Azam Tahun Baru 2018 Adalah Update Blog Sekurangnya-Kurangnya .. - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Azam Tahun Baru 2018 Adalah Update Blog Sekurangnya-Kurangnya ..

AZAM TAHUN BARU 2018 ADALAH UPDATE BLOG SEKURANG-KURANGNYA | Masuk tahun 2018 sudah hampir 9 tahun blog ni wujud. Daripada sekolah menengah 16 tahun sampai lah dah masuk 25 tahun. Dari blog yang tak berapa nak ada rupa sampailah template yang sejuk mata memandang. Daripada nama yang merepek-repek dan dapat nama yang sesuai di jiwa. Daripada free domain sampailah dah ada domain sendiri. Daripada tak ada SSM sampai ada bisnes nama sama dengan blog. Nampak tak betapa fanaticnya dengan nama Mawar Assufi sampai sanggup branding nama. Nama ni ada aura dia sendiri tanpa aku sedar..


USIA BLOG MENINGKAT, UMUR TUAN TANAH PUN MENINGKAT
Alaaa, sensitipnya sebut pasal umur hihi. Eh mana ada sensitif. Haah yaa, umur aku 25 tahun 2018 ni. Dan ini maksudnya umur pun makin pendek. Komitmen semakin besar. Tanggungjawab semakin banyak. Ingat orang single tak ada tanggungjawab ke. Hello. Come onn..

Dan salah satu tanggungjawab yang terasa bertambah di bahu adalah komitmen terhadap blog ni. Dah masuk 5 bulan blog aku berdomain sendiri dan itu maksudnya dah 5 bulan juga aku serius berblog. Dalam 9 tahun lamanya, baru 5 bulan aku serius. Hihi. Nampaknya aku sangat newbie lagi lah kut kan.

Banyak perkara yang perlu aku belajar lagi. Dan terima kasih pada sahabat AFB yang banyak tolong aku bangunkan blog ni sampai harini. Syukur.

TARGET UPDATE BLOG
Dan disebabkan umur blog pun makin meningkat, jadi menjadi tanggungjawab aku untuk update blog secara konsisten. Tapi sebagai langkah permulaan, aku target untuk mula update blog dengan kadar minimum 15 entri dulu sebulan. In Shaa Allah, sikit-sikit aku akan improve dan perbanyakkan entri yang bermanfaat dalam blog ni untuk korang baca.

MACAMANA KALAU GAGAL?
Aku akan cuba sebaik mungkin untuk update setiap hari. Paling kurang pun 15 entri sebulan. Semoga dengan komitmen yang semakin banyak tahun ni akan buat aku terus semangat nak kongsi dengan korang. Dan andaikata lah gagal juga. Em, em, Okay. Korang boleh denda aku. Korang nak aku buat apa? Nak tulis entri berkaitan apa pula? Just mention it. Aku akan cuba penuhi hasrat dan harapan korang yang menggunung tu. Hihi

Sekali lagi terima kasih kerana sudi bersama aku hingga tahun ke 9 ni. Semoga blog aku akan terus survive untuk pembacaan korang sampai bila-bila. In Shaa Allah. Eh, korang dah tukar domain sendiri ke belum?


Baca artikel :



2 comments:

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)