Azam Disiplin Simpan Duit 2018 - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Azam Disiplin Simpan Duit 2018

AZAM DISIPLIN SIMPAN DUIT 2018 | Harini genap sebulan kita lalui tahun baru 2018. Dalam banyak-banyak azam tahun baru korang ada tak selit azam nak disiplinkan diri menyimpan duit setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Atau mungkin tak ada terlintas azam menabung? Atau lagi worst memang tak ada azam langsung? Oh no. Korang kena ada azam baru at least azam tahun baru korang adalah untuk melangsaikan hutang azam tahun lepas. Okay, ini boleh.


Menabung Atau Simpan Di Bank?

Idea untuk bercerita soal menabung dan simpanan ni tak dinafikan setiap orang ada definisi penabungan tersendiri. Kebanyakan orang tahu menabung adalah menyimpan sebahagian daripada duit yang kita ada dalam satu tabung dan buka tabung tu bila sampai waktu yang kita sasarkan. Itu definisi kebanyakan orang dan termasuk aku masa aku masih kecil. Ya, itu definisi aku.

Tapi, makin aku dewasa. Definisi simpanan atau menabung tu berubah. Okay fine. Tak semua orang akan mempunyai pendapat yang sama macam aku. Tapi, tak apa. Setiap orang ada cara masing-masing.

Setiap orang ada impian yang berbeza, kan? Untuk beli rumah, beli kereta, untuk tunaikan umrah atau haji, kahwin dan sebagainya. Memanglah, impian aku pun juga macam tu. Yang membezakan antara kita semua dalah usaha masing-masing.

Kalau sebelum ni aku tak berapa nak serius dalam menyimpan. Hanya tahu bayar komitmen sikit, bagi parents sikit, saving sikit. Okay dah. Baki aku boleh belanja. Nampak? Betapa aku tak seriusnya nak mencapai impian aku huhu. Tapi sejak 2018 ni, aku mula serius dan mula disiplin dalam menguruskan kewangan. Kerana banyak sasaran yang aku perlu capai. In Shaa Allah 2018 adalah waktu untuk aku betul-betul kukuhkan ekonomi aku balik. Syukur alhamdulillah juga, job sebagai home tutor dan tuition tutor di Selangor juga semakin bertambah. Allahu Rabbi. Syukurnya tak terkata. Jadi, jadual simpanan pun aku dah buat. Pengasingan bank untuk pelbagai tujuan simpanan juga dah buat.

Kenapa Tak Praktikkan Tabung Hijau, Biru Dan Syiling?

Sebelum ni aku ada praktikkan. Tapi, aku rasa agak susah bagi seketol aku sebab selalu sangat bocor. Jadi, cara orang bujang macam aku adalah macam ni. Setiap kali lepas gaji dan duit bisnes masuk, aku akan pastikan semua komitmen di bayar tepat pada masa. Biasanya dalam minggu pertama gaji, memang sebahagian duit dah bayar komitmen. Bakinya aku akan pecahkan ke beberapa bahagian. Untuk Takaful, investment, saving untuk travel, rumah, umrah dan kahwin. Bakinya aku hanya akan masukkan dalam bank aktif beberapa puluh ringgit sahaja. Bagi aku, ini adalah cara aku untuk mendidik diri sendiri jadi orang miskin tapi 'ada'. Biar orang nampak kita miskin tapi kita berduit, jangan orang nampak kita berharta tapi sengkek! Ini yang penting tau anak-anak hihi.

Kesimpulannya, kewangan yang terbaik adalah mengasingkan sebahagian duit korang dan beranakkan duit tersebut. Dan belajar berbelanja ikut kemampuan sendiri bukan kemampuan orang lain haha. Kalau ada duit lebihan nak buat pelaburan jangka masa panjang, boleh hubungi aku. Eh tak tak. Aku bukan onsultant. Cuma aku boleh rekemen consultant aku. Omnomnom.

Doakan aku selesaikan komitmen PTPTN hujung June 2020 yang masih berbaki RM11,000 lagi ni. In Shaa Allah aku boleh. Korang pun boleh tau!

Baca artikel : 

No comments:

Post a Comment

Orang berbudi Kita Berbahasa, Orang Member Kita Merasa <3
Terima kasih sudi singgah :)