Ini Dia 7 Tips Make Up Agar Kelihatan Natural Dan Segar - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dec 20, 2017

Ini Dia 7 Tips Make Up Agar Kelihatan Natural Dan Segar

INI DIA TIPS MAKE UP AGAR KELIHATAN LEBIH NATURAL DAN SEGAR | Menjadi cantik adalah satu lumrah untuk seseorang bernama wanita. Bukan hanya untuk nampak cantik penampilan semata, tapi ianya satu kepuasan dan meningkatkan keyakinan diri. Tapi sayang, sebahagian wanita tersilap memilih cara make up yang sesuai dengan wajah sehingga membuatkan wajah kelihatan berusia atau nampak fake sebab make up yang terlalu tebal. Jujurnya, cara mekap aku taklah sepakar make up artist, kadang-kadang tersilap langkah juga tapi kita belajar dari kesilapan dan pengalaman kan. Cuma bolehlah buat make up daily look yang fresh. Yang pasti hasil make up-nya tak akan mengubah wajah asal korang.

Jom baca apa yang aku buat untuk jadikan make up kita nampak lebih natural dan fresh.

Tips Make Up Agar Kelihatan Natural Dan Segar

1. Mulakan Dengan Pembersihan Wajah Yang Betul
  • Sebelum tepek apa-apa di kawasan permukaan kulit muka, pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu. Gunakan skrub seminggu satu kali untuk membuang sel-sel mati atau membersihkan pori-pori dan sabun pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka untuk membuang segala kotoran atau saki-baki make up yang masih lagi tersisa di muka.


2. Pilih Cara Make Up Ikut Bentuk Muka
  • Wajah manusia ada banyak bentuk seperti oval, bulat, bentuk hati, diamond, kotak mahupun bujur sirih. Jangan ingat cara make up untuk semua bentuk muka adalah sama ya! Memang totally tak sama. Korang kena tahu dulu bentuk muka baru mudah nak apply make up yang jenis macamana. Untuk maklumat korang, bentuk bibir dan mata masing-masing juga berbeza. Ada yang bermata sepet ada juga yang lebar. Lain bentuk muka, lain jenis make up yang korang perlu tahu. Tapi beriya-iya nak make up tu, make up tools dah ada ke? Kalau belum, tengok antara make up tools yang ada dulu.

3. Pakai Toner Dan Pelembab
  • Pakai toner sebelum apply apa-apa jenis make up sekalipun. Kemudian, gunakan pelembab untuk melembabkan wajah dan ini satu tips untuk menghilangkan kesan berminyak lepas korang apply make up yang berat. Tapi kebiasaannya, lepas apply pelembab aku hanya calit UV Cream saja untuk elakkan kulit muka terbiasa dengan make up yang tebal.

4. Pilih Foundation Atau  Ikut Warna Kulit
  • Bagi yang tak menggemari pemakaian foundation, boleh skip terus ke tips ke 5. Foundation terbaik adalah foundation yang berwarna yang hampir 99% menghampiri warna kulit wajah kita. Pemakaian yang terbaik adalah menggunakan jari supaya krimnya lebih rata di wajah. Kalau guna span pun boleh tapi bila dap dap tu, kesan pada kulit akan lebih tebal dan tak halus macam guna jari.
  • Foundation juga boleh guna untuk menutup cela atau parut di wajah. Kalau tetap tak mampu tutup, korang boleh guna concealer untuk tutup cela dan hasilnya pasti tiptop!

5. Pilih Bedak Yang Serasi Dengan Kulit
  • Pilih bedak yang sesuai dengan warna kulit samada bedak tabur atau bedak compact. Hasil yang lebih ohsem kalau korang dapat gunakan bedak yang warnanya agak hampir dengan warna kulit. Jika gelap sangat, ia akan kelihatan seperti kelabu asap. Jika cerah sangat, wajah akan kelihatan pucat.


6. Gunakan Eyeliner Secara Simple
  • Kenapa eyeliner ini penting? Ia diibaratkan sebagai pelengkap kepada make up yang kita tengah lakukan. Dengan cara melukis satu garisan halus di bahagian aliran mata akan lebih menampakkan diri kita sebagai seseorang yang tegas, yakin dan diri kita lebih menonjol dalam urusan harian. Ini juga dapat menarik orang keliling untuk tertarik berbual dengan kita.


7. Naikkan Seri Wajah Dengan Lipstik Sesuai
  • Yang terakhir sekali adalah lipstik. Untuk menjadikan wajah kita lebih berseri dan ada aura, jangan lupa calit lipstik yang sesuai supaya naik seri wajah. Jangan lupa juga, pastikan lipstik yang dipilih sesuai dengan warna kulit dan bentuk bibir korang. Untuk kesan yang lebih natural, gunakan warna lipstik yang lembut dan tidak begitu kontra dengan warna kulit seperti merah jambu atau nude. Elakkan warna merah cili, oren atau warna maroon, warna ni nampak macam beriya sangat lah pula. Tadi kata nak make up natural aje hihi.


Itulah antara 7 tips supaya make up akan kelihatan lebih natural dan lebih segar. Amacam, dah mula praktikkan petua-petua di atas? Nak lagi menarik, pastikan make up tools korang lengkap. Mana nak dapat?

Untuk makluman korang, hujung tahun ni ada pelbagai tawaran menarik sempena Year End Sale (YES). Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan set make up yang lengkap sementara tawaran YES ini masih berjalan.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,