13 AMALAN SUPAYA HIDUP SENTIASA TENANG | Kita akan hidup tenang selagi kita masih mengamalkan 13 petua hebat ini. Petua ni memang betul-betul applicable. Tapi, korang tak payah lah nak beriya-iya percaya sangat. Buat saja dulu.
13 Amalan Supaya Hidup Tenang
1. Tidak Membuat Perbandingan Hidup
- Jangan sekali-kali kita membandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan orang lain berbanding kita.
- Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada tenaga, masa dan wang yang kita ada, terhadap benda yang positif yang mampu kita buat pada masa ini.
- Tidak berlebihan melakukan apa yang kita mampu buat. Cukuplah setakat yang kita boleh dan mampu. Jangan terlalu obses takut memudaratkan diri sendiri.
- Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri. Jika ada yang memerli, senyum dan ketawa sama-sama. Jangan peduli sangat lah diorang tu. Diorang saja test kita tu.
- Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip kawan-kawan yang tak pernah ada penghujungnya tu.
- Sudah-sudahlah tu berfikiran terhadap masalah dan musibah yang menimpa. Daripada fikir masalah sampai pening-pening, demam-demam, adalah lagi baik kita fikirkan solusinya dan mula ambil langkah pertama untuk selesaikannya. Demam tak ada, masalah pun selesai.
- Iri hati adalah sia-sia. Sentiasa ingatkan diri bahawa harta orang lain bukanlah rezeki dan hak kita. Sematkan dalam diri molek-molek, rezeki Allah kirim takkan pernah salah alamat. Kalau betul ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, jangan pernah ada perasaan iri hati yang membawa padah pada kita dan orang lain.
- Lupakan perkara, memori atau kenangan yang sudah lalu. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Ianya hanya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa sekarang.
- Hidup ini terlalu singkat untuk kita cipta benci pada sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa, pasti hati kita lebih tenang dan selesa menerima takdir Allah SWT setiap saat.
- Berdamailah dengan diri sendiri dengan bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan pada kita. Lebih atau kurang, banyak atau sedikit, ada atau tiada. Terima dengan hati yang redha dan pasrah.
- Tiada siapa yang dapat menggembirakan kita selain dari kita sendiri. Jadi, apa kebaikannya kalau kita meletak rasa iri hati pada orang? Nanti hati sendiri yang geram dan sakit bukan? Baiklah sekiranya kita buat sesuatu yang happy-happy je, yang kita suka dan dapat menggembirakan hati orang sekeliling juga.
- Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah yang datang melanda.
- Senyum dan tertawa selalu kerana ia dapat menghiburkan hati sendiri. Paling penting membahagiakan diri sendiri dulu bukan org lain.
Baca juga artikel :
Suka akak baca tips2 ni. Memang elok amalkan tips ni kalau nak hidup tenang kan, sekrng ni kita tengok anak2 muda ramai yaang stres sangat, muka ketat lupa senyum walhal mudha nya lah nak hidup tenang2.
ReplyDeleteThank you ataas perkongsian ni
Rahsia kejayaan bisnes online
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat :) Hihi kaksu.
Deleteilmu yang bermanfaat ! trima kasih
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga bermanfaat :)
Delete