Penampilan Terbaru Blog Hasil Kerja Sis Hawa Design - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dec 2, 2017

Penampilan Terbaru Blog Hasil Kerja Sis Hawa Design

APPEARANCE TERBARU DARI BLOG MAWAR ASSUFI | Syukur syukur syukur alhamdulillah. Dah lama rasanya nak ada template yang kita selesa dan suka nak tengok setiap kali update blog. Boleh dikatakan blog ni dah macam rumah kedua je sebab aku memang jenis suka berkongsi maklumat dan sesuatu yang menarik dekat blog. So, kalau blog pun tak sempurna, hati pun rasa tak semangat nak update hari-hari. Pernah je dulu update sebulan 1 entri. Sebelum bertemu dengan komuniti AFB.

Penampilan terbaru sejak Nov 2017

Alhamdulillah sekarang sebulan lebih dari 10 entri. Tapi kalini bukan nak cerita berapa entri aku update sebulan haha. Nak bagitahu korang yang blog aku dah make over yeay! Cantik dan kemas kan? Mana tak cantiknya kalau ianya hasil tangan Kak SitiHawa.

Penampilan dulu yang banyak space, edit header pun senirik je haha.

Skrol bar yang kemas dan teratur

Susunan blog lebih kemas berbanding dulu yang susun pun ala kadar je. Siap ada scroll bar lagi. Scroll bar ni memang bagus sebab menjimatkan ruang dan nampak lebih sistematik. Kalau perasan, blog aku pun dah makin kemas dan teratur, template pun senang loading kan? Tak berat dah macam dulu. Tapi, blog aku tak diset dengan mesra SEO sekali, yang ni aku kena buat sendiri. Overall, aku berpuas hati lah.

So, sekarang tengah tinggal watermark saja belum dapat dari Sis Hawa. Thank Kak Hawa sudi melayan karenahku yang mengada-ngada walaupun tema asalnya nak design ala-ala backpack or travel theme. Lastly tak jadi sebab doodle kena caj lain pula. Gambar doodle dalam google juga tak ada yang betul-betul menarik hati.

Redha je lah naa. Pada korang-korang yang berminat nak tempah design blog tu, boleh contact Sis Hawa. Terus PM di facebook saja lebih cepat. Seriously memang korang akan berpuas hati dengan design yang diberi.



2 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,