Doodle Art Bertemakan Travel And Dream - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dec 6, 2017

Doodle Art Bertemakan Travel And Dream

DOODLE ART BERTEMAKAN TRAVEL AND DREAM | My first ever doodle art yang berkonsepkan travel dan impian. Entah kenapa aku sangat jatuh cinta dengan lukisan ni maybe sebab ini adalah yang pertama kalinya kut. Jurnal travel pertama aku. Semoga ini menjadi langkah pertama untuk aku mulakan sesuatu yang baru mungkin?

Doodle Art konsep Travel dan Impian

Lukisan yang tak adalah cantik mana pun haha. Banyak kecacatan dia tu sebab tangan ni dah berhenti melukis sejak 6 tahun lepas. Sebenarnya melukis ni adalah salah satu terapi untuk aku meluahkan rasa stress dan satu cara menyampaikan sesuatu dan sesuatu itu adalah keinginan aku untuk travel atau mengembara ke seluruh dunia. Mungkin ini bahagian aku yang aku kena terima. Kadang-kadang tak semua yang kita impikan tu kita akan dapat.

Tapi, semua perkara tu tak mustahil akan berlaku kalau kita percaya pada Allah SWT.

Dan yaa. Aku percaya dan aku dah dapat membayangkan aku dah menjelajah ke seluruh pelusuk dunia dengan kudrat aku sendiri. Tak salah kan berangan apalgi berimpian kan.


Baca artikel :


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,