TRIP #5 DENAI TIGA PUTERI, HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dec 3, 2017

TRIP #5 DENAI TIGA PUTERI, HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA

DENAI 3 PUTERI, HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA | Hutan Simpan Kota Damansara ni nama lain bagi kawasan hutan simpan ni. Lokasinya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara.

Signboard Puncak Denai 3 Puteri

PENDAKIAN DI HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA
Pertama kali sebenarnya naik Hutan Simpan KD ni. Aku nama saja menetap di Kota Damansara, tapi aku baru tahu tentang hutan simpan ini lebih kurang 2 tahun lepas saja. Masa tu dah ramai orang tahu tentang tempat ni dan dah ramai dah yang jadikan tempat ini sebagai tempat beriadah sekeluarga. Dan sampailah 5 November 2017 aku mendaki ke satu-satunya hutan simpan di Kota Damansara ini. Pastinya aku tak naik sorang, aku bawa ex kawan sekerja masa di UiTM dulu.

Pelan kawasan denai di pintu masuk Hutan Simpan Kota Damansara

PINTU MASUK HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA
Once masuk pintu pagar Hutan Simpan yang berhadapan dengan Sekolah Menengah Seksyen 10 Kota Damansara ni, akan ada satu pondok kecil dan satu pondok panjang sikit, masa kitorang masuk haritu ada satu kumpulan tengah exercise area situ. Plan asalnya nak naik ikut sesiapa je yang naik, so follow lah diorang sekali kan. Sekali masa nak naik takda pun orang yang nak naik lagi, semua menyembang-nyembang dulu kat bawah aduhhai Bila nak naik ni kan.

So, kitorang decide jalan saja. Sampai kat jalan masuk ada 2 jalan, kitorang ambil belah kanan. Ada 3 orang perempuan pun baru masuk, diorang pun first time so terus stick sekali lah dengan diorang sampai puncak.

DENAI SAHABAT ATAU DENAI TEMUAN?
Waktu kitorang sampai dalam lebih kurang 8.05 pagi. Mula naik dalam 8.10 pagi, sorang dari kumpulan perempuan tadi kata kita jalan je ikut trek yang ada sampai jumpa signboard. At first katanya kena naik Sahabat, cepat sampai. So, lepas mendaki dan mendaki finally kitorang jumpa signboard. Tapi Denai Temuan. Rupanya trek yang kitorang mula lalu tadi itu adalah trek Denai Temuan. Jauh lah nampaknya. Takpe, it's okay. So, berpandukan info dalam blog dan signboard, kitorang redah saja lah. Alhamdulillah jumpa dengan another group yang rupanya dah biasa naik sini. Dan dia kata kami lalu Temuan, Temuan jauh sikit nak sampai Denai 3 Puteri berbanding trek Sahabat.

Aku pun iya iya je lah. Dah sampai sini dah pun haha. Redah je lah. To be honest, trek sini okay-okay je, can be handled cuma agak panjang dan lama nak sampai puncak. Tapi, apa-apa pun tak boleh juga pandang enteng, trail pun nampak je macam mudah tapi banyak signboard yang kitorang pada awalnya pun tercari-cari nak naik atas lagi, kiri atau kanan. Nak-nak pula signboard yang ada banyak tanda jalan. Aduhaii.

Paling best bukan hikers je jumpa, siap jumpa bikers lagi, at first cannot brain macamana diorang cycling dengan keadaan jalan berlecak tu. haha

Denai Temuan

Terjumpa signboard Denai Unity

Dah sampai kawasan Denai Tiga Puteri

Kalau dari Temuan pun sebenarnya dah agak mencabar, naik, turun, naik, turun. Masa mula-mula naik tu je rasa landai, dah jauh sikit tu baru terasa kick dia. Boleh la tahan kaki menggeletar juga, bilalah nak sampai ni haha. Disebabkan trek yang agak jauh dan lama so itu akan menyebabkan korang rasa bosan, makesure korang tak lupa bawa air yang mencukupi okay.

Aku pun ada juga rasa perut masuk angin sikit cuma tak naik lagi ke kepala. Terus hidu dan sapu Biobax. Ni item favourite aku sebab aku tak bawa Minyak Cap Kapak.

Laluan ke Denai 3 Puteri

Kalau korang dah nampak satu laluan yang ada longkang belah kiri tu haaa, dah nak sampai dah Puncak Denai 3 Puteri tu. Dalam 1 minit je lagi nak sampai. Yeay! Masa ni dah rasa lega dah sebab, "Ya Allah, aku dah sampai satu lagi bukit milik Kau."

Alhamdulillah. Kami naik rasanya dekat 2 jam 25 minit (8.05 pagi - 10.30 pagi rasanya) mungkin sebab ada salah sorang budak perempuan tadi dia macam nak pitam. Mungkin sebab dia berhenti secara mengejut. Itu sebab orang selalu kata bila hiking, nak berhenti jangan terus duduk tapi  berdiri dulu makesure kaki gerak-gerakkan.

Sistur nak layan view highway NKVE dulu

View macam dekat Cameron Highland dah masa ni sebab berkabus haha

Sistur belanja view Highway NKVE dan Kota Damansara. Boleh nampak Mitraland tu haha. 

Terjoin group hiking diorang tapi lupa nama group pula lahaii

Siap ajak makan lagi. Serius segannya duhaii tapi layankan aje sebab perut pun lapar. Silap aku juga sebelum naik tadi patutnya beli makanan sikit, coklat sikit untuk tambah tenaga. Tapi, main bedal aje naik. Mujur tak jadi apa-apa yang pelik-pelik. Alhamdulillah.

Dalam lebih kurang 12.30 tengahari kami nak turun kebetulan cuaca macam nak hujan pula. Group tadi siap dah pasang flysheet untuk diorang stay dulu kat atas tu sebelum turun bawah. Tapi budak 3 orang tu nak balik dulu, so kitorang pun turun sekali lah. Dah naik sekali, kitorang decide nak turun sekali lagipun takut hujan lama sangat, den takmau balik petang-petang sangat.

So, tu yang dalam hujan pun tetap turun. Tawakal saja in shaa Allah tak ada apa-apa. Tapi disebabkan aku ni susah sakit, sekali balik hiking ni terus demam panas 3 hari, batuk sampai 3 minggu tak henti weh hahaa.

Pasang flysheet sebab cuaca macam nak hujan dah masa ni

Alhamdulillah sampai bawah dah

Alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 1.45 atau 2 petang macam tu. Tempoh lebih kurang 1 jam 15 minit. Naik lama tapi turun sekejap je? Sebab masa turun kami turun jalan lain rupanya haha. Jalan jauh sikit dari pintu masuk awal-awal tadi sebab tu masa turun sekejap je. Jalan masa turun memang turun dan turun dan turun saja. Tak ada landai sangat. Maka, disebabkan hiking ni saja, kuku kaki aku dah 3, 4 kali rosak dan elok dan rosak balik dan elok balik. Mungkin faktor kasut yang tak  berapa nak sesuai.

APA KORANG PERLU TAHU TENTANG HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA (KD)?
Untuk yang baru nak naik Hutan Simpan ni, ada beberapa info yang perlu korang take note. Korang akan nampak signboard menuju ke beberapa denai yang wujud dalam hutan simpan ni. Antaranya :

1. Denai Petaling
  • Denai petaling adalah denai asal yang dibina untuk pendidikan alam sekitar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Denai ini mengelilingi tasik dan sesuai untuk kanak-kanak dan semua tahap kecergasan. Perjalanan denai ini mengambil masa kira-kira 25 minit. Terdapat papan berkod sepanjang laluan.
2. Denai Pengakap (Scouts' Trail)
  • Denai ini adalah denai yang mudah dan mengambil masa kira-kira 30-45 minit bergantung kepada kelajuan berjalan pengunjung. Denai ini sesuai untuk pengunjung yang pertama kali ke hutan dan tudak mempunyai masa untuk berjalan jauh.
3. Denai Temuan
  • Denai Temuan lebih jauh berbanding Denai pengakap iaitu kira-kira 4km iaitu kira-kira 80 minit perjalanan mengikut kelajuan berjalan pengunjung. Terdapat hentian berkelah dengan bangku disediakan untuk pengunjung melepaskan lelah.
4. Denai Sahabat
  • Denai Sahabat adalah sepanjang 6km iaitu tambahan 2km dari Denai Temuan. Denai ini adalah laluan tunggal yang membawa kepada pusingan kecil yang membawa ke laluan Denai Temuan. Denai ini mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan mengikut kelajuan dan kecergasan pengunjung.
5. Denai Unity
  • Denai ini sepanjang 2 km menghubungkan rangkaian keseluruhan laluan dengan menyabungkan Denai Harmoni dan Denai Sahabat. Perjalanan laluan ini menghubungkan laluan dari seksyen 10 ke seksyen 9 dibawah kanopi hutan.
6. Denai Harmoni
  • Denai ini dicipta menghala ke seksyen 9, Jalan Rimba Riang 9/1, adalah denai pertama yang dibina menghubungkan seksyen 9 dan seksyen 10. Denai ini mengunjur lurus ke titik pertemuan dengan jejak perpaduan. Wakaf dan bangku berehat turut disediakan di denai ini.
7. Denai Tahak Sipew
  • Denai ini adalah taman etnobotani iaitu kira-kira 800 meter yang mempamerkan tumbuh-tumbuhan digunakan secara tradisional oleh masyarakat Orang Asli Temuan. Tumbuhan-tumbuhan ini digunakan untuk makanan, perisa, perubatanm kraf dan bangunan dalam persekitaran semulajadi mereka. Pengunjung boleh menghubungi pihak berwajib untuk mendapatkan khidmat pemandu pelancong dari Orang Asli Temuan.
8. Unity Peak
  • Denai Unity Peak boleh diakses melalui Denai Unity. Denai Unity Peak adalah berdekatan Denai Harmoni . Laluan sepanjang 2 km Denai Unity Peak, pengunjung akan melalui beberapa anak sungai dan pelbagai jenis tumbuhan herba, Jika di hari cerah, pengunjung boleh melihat jalan ke Batu Caves dari puncak Unity Peak.
9. Denai Tiga Puteri
  • Denai Tiga Puteri boleh diakses dari Denai Unity iaitu berdekatan Denai Sahabat. Sepanjang 1.5 km, pengunjung akan 'disaji' permandangan yang menarik dan memikat hati. Dari puncak Denai Tiga Puteri, pengunjung dapat melihat Lebuhraya NKVE dengan bandar Kota Damansara pada jarak jauh.

Sekian ini saja coretan untuk trip hiking di Hutan Simpan Kota Damansara.


Untuk maklumat lanjut, sila layari website : www.kotadamansaraforest.org



Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara
99, Jalan Rimba Riong 9/15, 
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
No Tel: 012 3520215


Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,