Cara Mendaftar Affiliate Lazada - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Cara Mendaftar Affiliate Lazada

CARA MENDAFTAR EJEN AFFILIATE LAZADA | Kalau sebelum ni aku banyak fokus pada tips dan panduan sebagai seller Lazada. Tapi kalini aku berkongsi cara untuk mendaftar sebagai ejen affiliate Lazada. Bezanya korang tak perlu susah-susah nak ada produk secara fizikal untuk dijual. Ianya satu kelebihan buat para blogger untuk mencari side income melalui blog.

Cara Daftar Affiliate Lazada
Langkah yang cukup mudah. Hanya perlu ke Lazada Affiliate dan klik 'Register Now' dan lengkapkan maklumat yang diminta.

Landing page untuk daftar Affiliate Lazada

Berapa Komisen Jualan?
Disebabkan aku baru mula aktif dengan blog pun dalam tahun ni jadi aku tak pernah compare dengan Affliate lain macam Ashadee. Untuk pengetahuan korang, Lazada tawarkan kadar komisen yang berbeza bagi kategori produk yang berlainan. Lebih tinggi nilai sesuatu produk tu semakin tinggi lah komisen yang korang bakal dapat. Contoh produk yang masih menjadi pilihan ramai adalah gajet dan barangan elektronik. Tapi, sebagai anggaran kasar, kadar komisen yang diberikan adalah dalam lingkungan 6% hingga 10%.

Apa Yang Perlu Dibuat?
Korang hanya perlu pasang banner atau iklan di blog masing-masing dan komisen akan masuk sekiranya korang berjaya membuat jualan daripada iklan tersebut. Ada cara lain yang korang boleh buat iaitu promote melalui review produk-produk yang ada di Lazada. Hanya perlu buat entri dan publish. Jangan lupa masukkan link yang merujuk kepada Referral Id korang tu.

Mana nak dapat Referral ID? Lepas log in Affiliate Lazada, terus klik My Account - Account Detail - Company Detail - Affiliate ID.

Proses Affiliate Marketer Lazada

Boleh Promote Di Media Sosial Lain?
Boleh. Tiada larangan dan tiada masalah. Tapi, syarat asasnya adalah korang perlu memiliki blog atau website untuk korang promote produk Lazada. Masa daftar tu, manager Afflilate Marketing akan review dulu blog korang untuk analisis samada blog korang layak atau tidak untuk join komuniti Affiliate Lazada. Once dah approved, alhamdulillah baru boleh start dengan langkah yang seterusnya.

Korang boleh share sebanyak mana dan seberapa banyak kali dalam sehari pun iklan-iklan korang tu di semua media sosial korang, Lazada takkan halang. Lazada lagi suka adalah.

Yang paling penting, program Affiliate Lazada ni PERCUMA. Tak perlu keluarkan apa-apa modal, tapi once dah pasang iklan, lakukan promosi, ada jualan masuk melalui link korang, then korang dapat komisen. Mudah, bukan?

Aku sudah, korang bila lagi? Jadi, sesiapa lagi yang masih belum mendaftar sebagai Affiliate, yang tak ada blog tak apa, boleh buat blog dulu. Simple! Boleh daftar percuma di website www.lazada.com.my/affiliate

Daftar Percuma di sini : Klik LAZADA


Baca artikel :

4 comments:

  1. Hai. Saya tak boleh daftar lazada affiliate. Pakai blogsopt tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje blogspot pun.. Ada masalah line kot?

      Delete
  2. Hai. Saya tak boleh daftar. Pakai blogspot boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje blogspot pun.. Ada masalah line kot?

      Delete

Terima kasih sudi singgah blog Mawar Assufi. Sudi-sudilah tinggalkan satu dua komen. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari diri sendiri (^^,)