7 Perkara Perlu Buat Sebagai Seller Lazada - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dec 7, 2017

7 Perkara Perlu Buat Sebagai Seller Lazada

7 PERKARA PERLU BUAT SEBAGAI SELLER LAZADA | Berniaga di Lazada nampak macam senang kan? Tapi proses dia tu kena lah hadap dulu. Lagi-lagi korang kena tahu 6 Perkara Yang Perlu Dielakkan Sebagai Seller Lazada. Dah khatam baru korang teruskan.

Kalini entri lebih kepada panduan untuk seller Lazada yang baru. Ini bukanlah kewajipan tapi hanyalah cadangan untuk membantu korang. Yang baik-baik korang ambil, yang kurang baik tinggalkan okay.


7 Perkara Perlu Buat Sebagai Seller Lazada

1. Kemaskini Maklumat Dengan Betul Dan Lengkap Untuk Setiap Produk
  • Once dah jadi seller di Lazada, upload lah minimum 5 produk korang dan pastikan kelima-lima produk korang live. Ada yang dah upload tapi Lazada tak approve atas beberapa sebab tertentu. Jadi untuk pastikan produk korang diterima oleh Lazada, silalah upload produk beserta description yang lengkap. Janganlah upload ala kadar saja. Alaa, bukan lama aih. Spend lah sejam dua untuk upload gambar produk saja. Once dah live, korang boleh rilek-rilek tunggu order masuk je. Kan ke best tu.

2. Proses Barang Tempahan Tepat Pada Masa
  • Kan dah bongkarkan 6 perkara perlu elak sebagai seller Lazada, kenapa buat lagi? Pastikan korang tak delay postage untuk mengelakkan Lazada sendiri yang cancel order. Silap-silap order cancelled, barang dah on the way dan payment dah returned pada customer. Jenuh wei nak minta customer buat payment balik pada kita. Silap-silap blue tick aje macam aku haritu haha.

3. Yakini Produk 100% Original
  • Lazada tak tahu produk korang original atau tidak. Korang sendiri sebagai seller kena jaga kredibiliti kedai online korang. Nak ke prospek tengok pelanggan komen buruk-buruk kat kedai kita? Prospek pun takut nak menyinggah yer. Rezeki pun elok baru nak singgah terus dia lari jauh-jauh tau.

4. Balut Parcel Dengan Cantik Dan Kemas
  • Bukan setakat untuk menjaga nama baik Lazada, tetapi nama baik kedai online kita sendiri juga. Ini menunjukkan kita ni seller yang menjaga kualiti produk kita atau tidak. Sekali lagi, jangan bungkus parcel pelanggan secara ala kadar. So far, alhamdulillah. Aku baru perasan ada 3 kali order pelanggan yang sama, nama sama, alamat sama, order yang sama. Awal bulan beli 1 botol, aku syak dia cuba-cuba dulu ni. Hujung bulan beli 2 botol. Bulan depannya lagi beli lagi 2 botol. Alhamdulillah. Kita tak kenal siapa pelanggan kita kan, tapi kita boleh attract hati dia dengan the way kita packing order dia dan after-sales service.

5. Sediakan Sesuatu Menarik Untuk Pelanggan
  • Hadiah percuma, penghantaran percuma, voucher, diskaun, rebate, buy 1 free 1 atau bagi sample percuma adalah antara contoh terbaik untuk contoh situasi di atas. Kalau kita jadi pelanggan, kita suka tak beli barangan yang dapat sesuatu yang menarik dari seller?

6. Sentiasa Berhubung Terus Dengan Lazada Partner Center
  • Sentiasa update dengan pihak Lazada. Ini kerana komunikasi tu amat penting. Dapatkan maklumat yang lengkap dan sahih supaya mudah untuk korang berniaga dan dapat stay lama dengan Lazada. In Shaa Allah. Kita anggaplah yang kita bekerja di bawah Lazada dan Lazada bos kita lah macam tu. Kita sediakan produk pada Lazada, Lazada bantu bagi traffic and sales pada kita. Win-win situation right?

7. Sertai Training Atau Course Secara Online Atau Offline (Datang ke HQ)
  • Yang ini aku sendiri belum pernah join. Oh ya, pernah join yang online saja. Yang offline belum pernah join sebab selalu clash time kerja. Training dia buat selalunya memang on weekdays. Yeelaah, mostly orang bisnes sendiri weekdays boleh lari kejap pergi training untuk bisnes dia tu. Aku ni haaa, kerja ada, meniaga pun part time je haha. Untuk korang yang memang nak focus on bisnes, memang bagus join these training. Boleh pilih Online Course by Lazada yang korang nak join.


Ada soalan? Nak tanya pendapat? Boleh email aku di :
ikinassufi@gmail.com

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran : Klik LAZADA
Pertanyaan Di Lazada : Klik LAZADA 

Anything yang korang query sangat,
boleh terus hubungi Lazada Malaysia : 03-2725 2925

Baca artikel :

3 comments:

  1. hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,