6 Perkara Perlu Elak Sebagai Seller Lazada - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dec 4, 2017

6 Perkara Perlu Elak Sebagai Seller Lazada

6 PERKARA PERLU ELAK SEBAGAI SELLER LAZADA | Awal-awal lagi aku dah bagitahu, aku bukanlah seller yang boleh dibanggakan sebab buat sale cecah 10, 20 ribu sebulan dengan Lazada. Aku hanya seller biasa yang mula berjinak-jinak dengan e-commerce Lazada ni sejak April lepas. Sale paling tinggi dapat buat pun RM700+ je sebab produk biasa-biasa dan ramai competitors. Bukan apa, saja nak bagitahu terang-terang takut ada yang salah faham, konon-konon aku ni share maklumat macam dah buat bisnes dengan Lazada ni hasil beriban. Tak pepasal akak kena kecam nanti haha.

Apa salahnya kongsi maklumat dan pengalaman. Kita ada kita kongsi. Tak ada, kita diam. Simple kan. So, kalini aku nak kongsi perkara yang pernah aku buat, dah kena warning dan dah kena dah customer received barang yang dah cancelled tapi tak nak buat payment. Sedekah je lah cerita dia kan.


6 Perkara Perlu Elak Sebagai Seller Lazada

1. Proses Order Pelanggan Lambat
  • Benda paling basic yang kadang-kadang ada seller buat. Tak dinafikan aku pun pernah. Tapi, honestly bukan dari side aku. Aku tak ada choice sebab stok baru belum sampai. So, aku decide order terus dari HQ. Dan HQ sebenarnya yang proses lambat. Banyak kali ingatkan supaya posting cepat sebab Lazada ni sensitif. Bila delay lebih tempoh, Lazada sendiri akan cancel order. Bukan 1, 2 kali tapi 4 kali. 2 kali awal tu nasib Lazada masih hold payment customer, so even order dah cancelled Lazada still boleh release payment pada seller. Yang lagi 2 tu customer cancelled, Lazada dah returned payment 100% pada customer. Kita contact customer directly (Lazada benarkan), mesej, senyap terus. Dah kasi discount 50% pun diam seribu bahasa haha. Takpa, saya sedekah jaa kat hampa naa.
  • Biasa jadi kat dropship yang ada HQ bermasalah macam ni. Produk cun! Demand cun! Harga cun! Servis tu aduhai..
  • So, rating kita dalam Lazada Seller Centre akan effect dan tak cun dah seperti dulu. Kesimpulannya kalau ada modal lebih sikit, simpanlah stok banyak sikit dalam tangan.

2. Suka Hati Cancel Order Pelanggan Tanpa Sebab/Notis
  • Ini seller yang kurang manner. Sebelum cancel sila notify Lazada atau customer tu sendiri. Nombor telefon kan ada, call lah. Takpun call Lazada, bagitahu sebab-sebab kenapa nak cancelled, kemudian biar Lazada yang settlekan dengan pelanggan.
  • Dulu masa awal-awal join Lazada, aku pernah terima order COD. Guess what? Aku pergi COD sendiri produk tu ke tangan customer haha! Seriously apa benda yang aku buat masa tu aduh! Then, cek Lazada Seller Centre, kenapa status order tu tak jadi completed? Rupanya aku silap tafsir. Yang COD tu maksudnya kita still packing dan post pada courier service dan pelanggan akan bayar once received produk tu. Aduh! Lepas kes tu, baru Lazada bantu aku remove option COD. Hanya buat online payment sahaja.
  • Rating masatu 4 terus turun 2.5. Sakit rasanya nak naik balik tu. Sebabnya Lazada consider order COD tu cancel walaupun customer recieved produk tu in good condition. Redha.

3. Tak Balas Soalan Pelanggan Di Website Lazada
  • Ini optionable. Biasanya kalau pelanggan ada soalan nak tanya mengenai produk yang dia nak beli. Tapi sebelum tu dia nak survey dulu dari segi harga, kuantiti, bila tarikh expired produk, ada pakej ke, tahan lama produk, bila sampai dan lain-lain. Notification mengenai persoalan tu akan dihantar melalui emel yang seller daftarkan masa mula-mula mendaftar.
  • Bagus kalau jawab, at least prospek nampak yang korang ni seller yang bertanggungjawab dan sentiasa updated. Kalau tak jawab, prospek rasa macam was-was, betul ke produk ni masih available ni. Sebabnya persoalan diorang tiada jawapan.

4. Hantar Produk Lain Dari Yang Ditempah
  • Boleh kata macam seller menipu. Disebabkan kekurangan Lazada ni adalah kurangnya komunikasi antara seller dan customer, jadi akan timbulnya pelbagai feedback negatif dari pelanggan tu andainya produk yang dihantar tu salah walaupun tanpa sengaja. Kemungkinan besar pelanggan akan bagi rating produk yang rendah, rating seller rendah atau beri feedback yang negatif.
  • Sebaiknya elakkan kesilapan semasa hantar produk kepada pelanggan. Pastikan baik-baik sebelum membuat sebarang penghantaran.

5. Berjanji Tapi Tak Tunaikan
  • Jadikan diri kita sebagai pelanggan. Jika seller janjikan ada hadiah percuma atau diskaun, tapi itu semua rupanya tak ada. Sakit hati kan? Jadi, seperti mana yang seller tulis dalam description product masa upload gambar tu, itulah yang seller kena bagi pada pelanggan. Sebelum produk korang live, makesure double check maklumat yang korang tulis supaya tak menimbulkan pertanyaan di pihak prospek dan diorang membuat andaian macam-macam.
  • Kalau ada free gift, kasitau betul-betul. Kalau taknak kasitau, tak payah mention langsung. Biasanya aku jarang bagitahu ada free gift walaupun memang ada di setiap pembelian tu. Nak tahu hadiah apa aku kasi? Jeng jeng jeng.

6. Pembungkusan Parcel Ala Kadar
  • Untuk yang pertama kali proses tempahan pelanggan dari Lazada, pastikan pembungkusan parcel tu mengikut standard yang ditetapkan oleh Lazada. Boleh tengok di Youtube. Memang banyak. Yang dari Indonesia ada, Filipina ada dan lain-lain.
  • Atau boleh tengok di sini. Cara pembungkusan produk oleh pihak Lazada sendiri.
  • TIPS : Untuk produk mudah pecah, pastikan dibalut serapi mungkin sebab produk memang sensitif. Untuk produk cecair, balut dalam kotak atau guna bubble wrap yang boleh dibeli di kedai buku, harga pun murah sangat tapi dapat saiz yang besar.

Cukup dulu lah 6 perkara yang perlu seller ambil berat untuk menjaga periuk nasi korang ni. Alhamdulillah, first time Lazada offer untuk join kempen bulan Disember nanti. Kalau ada persoalan yang bermain di minda tapi tak tahu nak settle macam mana, boleh usulkan pertanyaan pada aku. Aku cuba bantu mana yang aku mampu. See you soon.


Maklumat lanjut mengenai pendaftaran : Klik LAZADA
Pertanyaan Di Lazada : Klik LAZADA 

Anything yang korang query sangat,
boleh terus hubungi Lazada Malaysia : 03-2725 2925

Nak tanya pendapat aku, boleh email aku di :
ikinassufi@gmail.com


Baca artikel : 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,