5 Tips Apa Nak Buat Bila Keputusan Exam Teruk - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Dec 8, 2017

5 Tips Apa Nak Buat Bila Keputusan Exam Teruk

TIPS APA NAK BUAT BILA KEPUTUSAN EXAM TERUK | Sebelum kita capai kejayaan kita akan sentiasa dan selalu merasai kesakitan, kekecewaan, kepahitan, kegagalan dan kejatuhan. Itulah rahsia kejayaan sebenar. Sedangkan genius, Albert Einstein pun 1000 kali gagal sebelum bertemu formula terbaik dalam penemuannya? Inikan kita yang gagal baru sekali. Gagal sekali tak bermaksud esok takkan hidup lagi.

Hidup perlu diteruskan walaupun pahit. Gagalnya hanya sekali tapi buktinya kita mampu berjaya walaupun pernah merasai erti kegagalan tu. Bukankah usaha tu tangga kejayaan. Jadi, bukitkan.

Tips Hadapi Keputusan Peperiksaan Yang Teruk

5 Tips Apa Nak Buat Bila Keputusan Exam Teruk

1. Syukur Dan Redha
  • Orang lain pun pernah gagal bukan kita seorang. Cuba belajar jadi manusia yang tidak obses pada diri sendiri. Takut bila terlalu obses, kita akan merasa tak adil bila kita gagal dan boleh jadi kita pula menyalahkan takdir Allah, qada' dan qadar Allah. Sedangkan itu semua bahagian kita. Orang lain ada bahagian dia. Bahagian kita gagal, kita kena syukur dan redha. Sedangkan orang lain terlalu struggle untuk nak sambung belajar tapi tak pernah ada rezeki, inikan kita yang dah nak final year. Nak syukur ke tak nak?
2. Tak Mengeluh Atau Menyesal
  • Cukuplah jadi manusia yang menerima takdir Allah walau apa pun jadi. Faham. Kita ni kan manusia biasa, mana boleh lari dari perasaan sedih kerana gagal, lagi-lagi bila gagal dalam peperiksaan. Apa nak tunjuk dengan parents bila result gagal? Cuma jangan berlarutan sehingga menyebabkan kita mula menyalahkan diri atas sesuatu yang dah terjadi. Percayalah. Peperiksaan tu keputusan hanya atas sehelai kertas je, yang penting ilmu yang kita ada tu kita apply tak dalam kehidupan seharian kita?
3. Audit Diri Dan Cari Kelemahan Diri Untuk Diperbaiki
  • Perkara paling penting sekali adalah jangan menyalahkan orang lain mahupun diri sendiri. Perkara pun dah jadi, sentiasalah audit balik diri kita. Siasat balik apa punca kita leka, apa sebabnya boleh jadi macam tu dan apa punca yang mungkin menjadi punca perkara ni berlaku.
4. Buat Sesuatu Untuk Perbaiki Diri
  • Bila dah jumpa kelemahan diri atau kekurangan diri, kita sendiri kena belajar untuk perbaiki kelemahan tu. Jangan jadikan kelemahan itu satu kekurangan tapi sebaliknya jadikan kelemahan tu satu kelebihan diri kita. Buktikan yang kegagalan ni akan ada kejayaannya satu hari nanti. Cuma kita perlukan masa dan usaha, usaha, usaha dan teruskan usaha.
5. Sentiasa Berdoa Dipermudahkan Urusan Belajar
  • Lepas usaha pun dah dibuat bersungguh-sungguh, kita tawakal dan serahkan segala keputusan pada Allah. Dia lebih tahu segalanya. Berdoalah supaya segala sesuatu yang kita buat tu akan ada pengakhiran yang manis-manis, baik-baik dan kita terima dengan redha. In Shaa Allah.

Tak semua orang bertuah macam yang kita ada harini. Akan ada satu saat kita rasakan orang lain lebih mewah dari kita, lebih beruntung dan lebih bertuah daripada kita. Hakikatnya bila sekali kita rasa bersyukur dan redha dengan takdir Dia, in shaa Allah selebihnya Allah pasti permudahkan urusan kita. Walaupun gagal di dunia, berdoalah semoga Allah permudahkan urusan akhirat kita. Ameen.

Ini juga sebagai satu peringatan penting buat diri aku sendiri juga. Manusia, kadang-kadang mudah sangat lupa nikmat yang Allah dah bagi. Nikmat nyawa, keluarga, kehidupan, kerjaya, kemerdekaan, agama, Islam dan iman. Allah dah bagi tu semua.


Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,