TRIP #4 SAGA HILL, AMPANG - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 18, 2017

TRIP #4 SAGA HILL, AMPANG

HIKING SAGA HILL, AMPANG | Macam biasa entri kali ni 2 bulan dalam simpanan. 23 September 2017 tarikh aku dan kawan-kawan naik Bukit Saga yang terletak di Ampang ni. Lokasi sepatutnya mudah dicari walaupun kitorang sempat sesat jalan 2 kali sebab salah masuk. Ingatkan pintu masuk dalam kawasan perumahan rupanya Waze tu yang salah bagi laluan masuk. Sepatutnya tak perlu masuk kawasan perumahan, dah naik satu jalan lurus yang agak mendaki sikit tu, teruskan je sampai atas.



BUKIT SAGA DAN BUKIT APEK, BUKIT BERKEMBAR
Untuk pengetahuan korang yang pertama kali mendaki Bukit Saga, Ampang ni korang perlu ambil tahu beberapa info penting mengenai Bukit ni. Bagi aku, Bukit Saga ni sesuailah kalau nak dibuat latihan stamina. Bukit yang berketinggian 410 meter ni sebenarnya sebahagian dari Hutan Simpan hulu Langat yang terletak di antara Ampang dan Cheras. Menariknya, Bukit Saga ni bersebelahan dengan Bukit Apek. Kalau korang memang berniat untuk mendaki Bukit Saga, boleh lah mendaki di Bukit Apek sekali.

Kadar kesukaran : Sederhana

Kedua-dua bukit ni dianggap sebagai bukit berkembar sebab sejauh mana yang aku tahu, ada 4 jenis trek atau laluan yang berbeza yang menyambung antara dua bukit ni iaitu melalui Taman Saga, Cheras Hartamas, Cheras Awana dan Wangsa Cheras. Jadi, kalau korang daripada mana-mana trek ni, korang akan boleh mendaki kedua-dua bukit ni.

Kawasan pintu masuk akan jumpa banyak kenderaan usang atau macam kedai spare-part

3 LALUAN BERBEZA DARI TAMAN SAGA
Yang lagi menarik, sebelum naik Bukit Saga ni aku ada buat survey dengan kawan-kawan yang dah pernah naik Bukit Saga. Pesan diorang Bukit Saga ni ada 3 laluan kalau naik dari Taman Saga. Laluan A, B dan C. Kalau tak silap aku, laluan A sangat mencabar, bertangga dan tinggi tapi katanya dekat. B bertangga dan ada kawasan landai. C pula mendatar tak ada tangga tapi jauh sikit sebab macam mendaki di jalan rata.

Disebabkan kitorang plan nak test-test stamina je masa tu. So, kitorang plan ambil trek C yang pada asalnya kitorang harapkan ada papan tanda yang tunjuk trek A, B atau C. Bila dah sampai tempat kejadian, TAK ADA SEMUA TU hahaha. Dah naik trek, jumpa hikers dari satu trek. Katanya trek dia jauh dan better ambil trek lagi satu. Tanpa berfikir panjang kitorang pun ikut trek lagi satu yang mana berapa ketul je nampak orang naik situ.

Dan 30 minit pendakian baru perasan, perjalanan kitorang bertangga-tangga je dari tadi. SAH! Memang sah! Trek A yang kawan aku bagitahu tu hahaha. Cis! Rasanya hampir 2 jam juga naik sebab lutut dah menggeletar yahamatt masa tu.


Masih gigih mendaki menuju puncak

Orang kata ni dah sampai Hilltop.
Sebab Saga Hill ni tak ada lah puncak bukit macam Broga Hill atau Gunung Datuk tu.


TANDA PUNCAK ADALAH TEMPAT PERALATAN GYM
Kitorang tak puas hati betul ke tempat tadi dah hilltop. Siap ada foreigner nampak kitorang, tanya "This is the hilltop right?" Kitorang pun haah kan aje lah. Dah itu yang kitorang baca. Then, jalan depan sikit dengar bunyi macam orang tengah sakan mandi manda so aku assume tempat kitorang berada masa tu tak jauh dari Air Terjun Bukit Saga

Dan dalam lebih kurang 5 ke 10 minit pendakian, finally jumpa juga dengan kawasan peralatan gym di Bukit Saga ni. So, tandanya kami dah sampai puncak dia.

MANA VIEW CANTIK BUKIT SAGA?
Siapa cakap Bukit Saga boleh nampak view cantik-cantik macam bukit lain? No lah, sebab kawasan puncak Bukit Saga ni dah ditutup dengan pokok-pokok yang tebal. Memang takkan nampak view cantik kat bawah tu. Kan dah bagitahu tadi, Saga Hill ni bagus untuk beriadah dan kuatkan stamina. Nak selfie wefie, boleh. Dengan view pokok-pokok je lah hihiks.

Paling tak tahan, siap interview uncle tu lagi

ADA PETITION UNTUK KORANG ISI DAN SUPPORT
Kata uncle yang aku tengah interview tu, belakang dia tu ada satu whiteboard untuk hikers yang naik untuk isi dan sign. Masa ni baru-baru lagi Hari Malaysia, so diorang boleh isi tu sempena Hari Merdeka uncle tu cakap.

Tapi, yang aku faham dari hikers lain. Ada petition untuk korang support "Selamatkan bukit kita." Sebab dengar-dengar bukit ni samada akan diratakan atau ditutuplah atas sebab-sebab pembinaan. Selebihnya aku tak pasti kesahihannya.

Kawasan boleh makan, masak dan berehat


Baca artikel :



2 comments:

  1. i kinda miss hiking.

    jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiking ni pun boleh jadi satu terapi kan :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,