Tips DIY Wedding Guestbook - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 5, 2017

Tips DIY Wedding Guestbook

TIPS CARA NAK DIY WEDDING GUESTBOOK | Kalau tanya pasal melukis, mewarna dan mendesign bendalah ni rasanya pencen lama dah. Dari zaman habis SPM lagi. Tapi, masa Diploma ada lah juga asah-asah bakat melukis cuma hasilnya simpan aje bukan pekasam.

Dan selepas 7 tahun berlalu, kawan aku sorang ni sibuk nak suruh aku buat Wedding Guestbook lah pulak. Alasannya bila lagi aku nak sumbangkan tenaga terakhir sebelum wedding dia. Nak pelempang sangat kan alasan tu kan. So, tak apalah atas dasar kawan aku buatkan juga. Paling best aku siapkan advance 2 bulan sebelum tarikh pernikahan dia. Ni kalau tak hargai juga, siap kau.

My Own Handmade Wedding Guestbook.

Barang yang diperlukan tak banyak pun dan tak perlu pun kau beli barang baru kalau barang-barang seperti reben, lace, manik, gam, kertas warna dan printer dah ada kat rumah. Paling best kalau ada printer warna! Tak perlu kau bazir tenaga buat tulisan berangkai macam zaman sekolah rendah kau dulu-dulu. Haih. Taip je dalam laptop, pilih tulis brangkai cantik-cantik, pilih warna best-best. Print! Gunting! Tampal! Siap!


BAHAN ASAS UNTUK WEDDING GUESTBOOK
1. Buku plain atau kosong (Hardcover)
2. Pembalut buku (Boleh pilih yang kertas biasa, aku punya belakang dia licin, mahal sikit sebab nak design blink-blink)
3. Kertas A4 warna
4. Selotap
5. Gam
6. Gunting
7. Reben (Warna & Bercorak - Depends)
8. Stiker (Jenis Huruf & Corak)

Buku Plain atau garis satu. Makesure hard cover.

Antara bahan asas yang diperlukan.

Macam aku cakap tadi, kalau bahan-bahan kat atas ni dah ada kat rumah, boleh beli stiker comel saja sebagai penaik seri buku tu. Kalau malas nak hias-hias ni, boleh print ucapan korang dan tampal dengan stiker. Settle. Ni kalau jenis pemalas tahap gaban. Aku rajin lah sikit sebab aku suka menghias. Suka tu bila mood dah datang, kalau mood tak datang juga, tsunami ke gempa bumi ke tetap buat besye-besye je.

IDEA UNTUK BUAT WEDDING GUESTBOOK
1. Print tulisan berangkai yang cantik-cantik, gunting dan tampal.
2. Lukis sendiri berpandukan Google Image.
3. Doodling gambar-gambar (Google Image)
4. Buat Ucapan di page depan dan belakang (Kalau rajin, di setiap muka surat. Hihi)
5. Tampal gambar berdua pasangan pengantin dari sebelum kahwin, bertunang dan dekat nak tarikh perkahwinan (Ni kalau bestfriend forever maybe kau update pasal diorang sampai simpan gambar berdua lagi. Yeke BFF ni?)
6. Print ucapan dari Google 'Love Quote'.
7. Tampal stiker penuh buku.
8. Paling worst, kau beli buku kosong bagi je kat kawan kau. Suruh DIY senirik! Hihi (Jangan lupa bagi resit, claim duit)


So, ya. Amacam? Agak-agak boleh jadi tak wedding guestbook korang dengan tips aku kongsikan ni? Harap-harap bermanfaatlah ya.

Baca artikel :


2 comments:

  1. hi Mawar, kak pip datang melawat #afbdotmy...
    cantik guestbook tu, kalau tangan kreatif, pakai benda simple2 jer pun boleh nampak cantik...
    mcm kak pip ni memang out la benda benda mcm ni ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, bakat boleh je diasah. Sedangkan pisau yg tumpul boleh diasah. inikan lagi tangan manusia.. Gituu palsapah dia. haha

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,