Promosi Ayam Mentah Dari Ayamas Hanya Di Bulan November - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 13, 2017

Promosi Ayam Mentah Dari Ayamas Hanya Di Bulan November

PROMOSI AYAM MENTAH DARI AYAMAS DI BULAN NOVEMBER SAHAJA | Promosi dari Kedai Ayamas datang lagi! Kalau kebiasaannya promosi pakej-pakej ayamnya, tapi kalini Ayamas mempromosikan ayam mentah dengan harga yang murah.

Dengan harga biasa ayam mentah ada yang dah mencecah RM9.00/1 kg, aku tahu ia agak membebankan bagi kita yang sekarang ni harga barang semua pun dah naik. So, benda-benda asas keperluan ni memang kita amat titik beratkan. Betul tak?

AYAM MENTAH DENGAN HARGA RENDAH

Jom buat pilihan bijak

Sekarang ni korang boleh mula dapatkan ayam mentah dengan harga serendah RM7.50/1 kg di mana-mana Kedai Ayamas di seluruh Malaysia tanpa perlu tunjuk apa-apa baucar atau kod diskaun. Ayam yang dibekalkan juga dihasilkan sepenuhnya oleh syarikat tempatan (Malaysia) dan disahkan Halal oleh JAKIM. In Shaa Allah tak perlu ragu-ragu dengan status halal ayam mentah tersebut.

SAH PADA JUMAAT DAN SABTU DI BULAN NOVEMBER SAHAJA
Promosi memang dijalankan sepanjang November 2017 tapi bukanlah setiap hari ya. Promosi belian ayam mentah sah bila korang buat pembelian pada hari Jumaat dan Sabtu saja. Haa, jangan pula baru balik kerja hari Isnin singgah Ayamas nak beli ayam mentah sebab Ahad tak sempat beli kat pasar kann. Pagi Isnin tu pula sempat baca blog aku promote ayam mentah dari Ayamas ni. Aduhh.

Haaa, begitu alkisahnya. Hihi

CARA NAK BUAT PEMBELIAN
Ayam mentah tak boleh pos tau so memang korang kena rajin walk in ke mana-mana Kedai Ayamas berdekatan di sekitar rumah korang. Untuk maklumat lanjut, boleh layari website www.ayamas.com.my atau Facebook Page Kedai Ayamas - Ayamas Roaster

Baca artikel :


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,