Original Coconut Shake Klebang, Melaka - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 19, 2017

Original Coconut Shake Klebang, Melaka

ORIGINAL COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA | Perjalanan ke Klebang masa haritu ke Melaka lebih kurang petang. Dalam lingkungan pukul 3 atau 4 petang hari Sabtu. Jammed memang jammed, ramai memang ramai seang cakap. Selalu tengok orang review je dalam blog, update status upload gambar tengah hi-tea dengan Original Coconut Shake Klebang bagai. Jadi, atas pengaruh itulah termasuknya dalam list makanan nak try di Melaka.


Singgah sebentar merasa Coconut Shake yang viral sangat tu

Harga Coconut Shake Yang Murah Dan Berpatutan
Alhamdulillah, travel aku kali ni lebih pada Food Hunter sebenarnya. Pergi sana cari makanan, sini cari makanan. Tak percaya, baca Travelog Food Review Di Melaka. Kalini aku tertarik nak kongsikan Original Coconut Shake Klebang yang pada asalnya aku sangkakan kosnya mahal. Mungkin dalam RM5 lebih sebab famous kan. Dan ada ais krim lagi, kelapa lagi. So, tak salah lah kut aku kira harganya mahal. Sekali, tengok bil. RM5.40 untuk 2 orang. Tahu tadi, aku ambil 2 untuk aku sorang. Kehkehh

Harganya hanya RM5.40 untuk 2 orang

Customer yang tak putus-putus datang dari pagi ke petang

Permintaan Original Coconut Shake Klebang Sentiasa Tinggi
Aku kira kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai Original Coconut Shake Klebang ni sebahagian daripadanya adalah dari luar Melaka sebab kalau orang Melaka biasanya kan boleh je dapatkan coconut shake ni masa bukan masa cuti. So, bila time tengah holiday dan ramai orang luar berkunjung ke Melaka, orang Melaka malas lah nak keluar time-time tu kan. Dengan jammed nya lagi, dengan pengunjung yang terlalu ramai lagi.

Haa, itu teori aku lah kan haha.

Lokasi Original Coconut Shake Klebang
Kalau korang ada perancangan nak ke Melaka, jangan lupa masukkan Original Coconut Shake ni sebagai salah satu makanan korang patut cuba di Melaka tau. Lokasi yang senang saja nak cari, guna Waze je pun dah boleh jumpa sebab kawasan famous. Tak gitu cik kiah?

Akan ada 2 tempat untuk korang beli coconut shake ni. Lokasi kedua-duanya di Klebang, satu di tepi jalan untuk korang yang nak walk in je takmau makan kat situ. Masa kitorang sampai haritu, plan asalnya nak beli dan bawa balik. Tapi, nak tunggu turn je pun panjang betul sampai ke belakang. Adalah dalam lebih kurang 60 orang dan ke atas. Dah alang-alang tu, baik makan situ je kan. Itu punn ramai juga haha. Siap ada orang booked tempat kitorang lagi padahal belum pun habis sedut coconut shake tu. Aduduuu.


ORIGINAL COCONUT SHAKE KLEBANG

Encik Shafie Bin Ahmad
Hubungi : 013-399 4061

Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad (11 pagi - 6.30 petang)
Jumaat (2.30 ptg - 6.30 petang) Cuti Jika Perlu


Baca artikel :


4 comments:

  1. semua orang sibuk share coconut shake kat klebang ni.. ntah bila dapat merasa..

    ReplyDelete
  2. Wow murahnya.. boleh carilah nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,