Jurnal Tutor Pertama Sebagai Home Tutor - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 14, 2017

Jurnal Tutor Pertama Sebagai Home Tutor

JURNAL TUTOR PERTAMA SEBAGAI HOME TUTOR | Bulan ini adalah November yang mana Oktober lepas adalah bulan terakhir aku jadi tutor di satu pusat Tuisyen di Kota Damansara. Alhamdulillah jujur aku katakan ini pengalaman kedua yang aku kumpul untuk menjadi tutor yang berpengalaman satu hari nanti.

PENGALAMAN PERTAMA SEUMUR HIDUP
Pengalaman pertama aku sebagai home tutor tak lama. Dalam 2 bulan iaitu September dan Oktober 2016. Client pertama aku masa tu adalah jiran aku sendiri merangkap guru sekolah SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Dia mengajar subjek BM dan anak dia sangat perlukan bantuan untuk subjek Akaun. Memandangkan aku pun masa tu tak ada komitmen yang lain selain bekerja sepenuh masa, aku pun grab peluang ni dengan niat utama untuk bantu anak dia skor SPM.

Aku memang totally tak ada pengalaman hanya mengharapkan pengetahuan yang aku kumpul dari SPM hingga Diploma yang sikit tu lah, dia percayakan aku untuk aku ajar anak dia. Siap bayar mahal lagi. Terharu rasa masa tu. Iyalah, aku pun bukan siapa-siapa, tak ada skil tak ada pengalaman, dia tetap percaya.

ASAH KEMAHIRAN MENGAJAR
Bila lagi aku nak asah skil mengajar aku yang tumpul ni kalau bukan atas dasar kepercayaan dari orang-orang terdekat, betul tak? Jadi, aku gunakan peluang ni untuk asah balik ilmu-ilmu akaun SPM yang dah lama tinggal tu dan asah skil mengajar tu.

Aku rasa ini asbab je untuk aku mulakan langkah pertama sebagai pendidik. In Shaa Allah.

TESTIMONI / FEEDBACK CLIENT
Alhamdulillah. Siapa tak suka bila hasil daripada hasil ajaran kita pelajar tu dapat keputusan yang bagus? Okaylah, itu bukanlah sepenuhnya hasil didikan aku sebab ajar pun 2 bulan saja. Tapi, sekurang-kurangnya keputusannya meningkat dari B kepada A. Syukur kerana Allah permudahkan urusan student aku tu masa exam.

So, kesimpulannya kalau kita dah ada niat untuk menjadi pendidik atau berkongsi ilmu dan manfaat dengan orang lain. Ambil langkah pertama dan mulakan walaupun rasa takut-takut tu masih ada. Benda tu memang tetap akan ada. Tapi, lama-lama akan okay sebab dah jadi kebiasaan.


Jika ada sebarang pertanyaan mengenai tutor / nak mencari tutor / nak menjadi tutor / part time study / boleh email maklumat atau soalan korang ke : ikinassufi@gmail.com .


Baca artikel :

6 comments:

  1. kak pip dulu pun jadi part time tutor (sains & maths),
    tapi selepas setahun kak pip stop. tak larat time tu,
    mana nak kerja kat site, mana nak mengajar malamnya pula.
    kadang2 dpt studen dengar cakap, kdg2 dapat student yg lebih byk main hp.
    adoi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena byk sabar kak kalau dgn student yg tak dengar kata. So far alhamdulillah. Masih dlm kawalan lagi. hihi

      Delete
  2. God Luck Kin. Miza dulu bujang pun sempat buat part time home tutor dah kawin ne home tutor dengan anak-anak jew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai tutor ckp camni. Dah kawen slow down. Yelah, nak fokus keluarga lagi kann. Byk dah komitmen tu.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Niat ikhlas dan Allah permudahkan segalanya.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,