Jurnal Tutor Menjadi Tutor Di Pusat Tuisyen - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 21, 2017

Jurnal Tutor Menjadi Tutor Di Pusat Tuisyen

JURNAL TUTOR MENJADI TUTORI DI PUSAT TUISYEN | Sebelum ni aku ada pernah kongsi cerita bila aku mula kerja sebagai tutor di tuisyen ni. Alkisahnya, dengan tak ada proper interview, tak ada mock teaching apa semua. Masuk pun sebab kawan sekolah yang dah memang jadi tutor kat situ ajak untuk mengajar subjek akaun.

JADUAL KELAS CLASH DENGAN TIMING FINAL EXAM
Asalnya memang nak terima tawaran untuk mengajar tu. Walaupun tak tahu berapa dia offer pun tetap nak mengajar situ. Hihi. Nak dijadikan cerita tarikh kelas Tingkatan 5 masa tu clash dengan timing last paper final exam aku. Memang waktu aku study untuk final exam tu aku tolong sebarkan pada kawan-kawan aku yang ambil subjek akaun ni. Sebab kata pusat tuisyen, diorang dah 3 kali cancel kelas. So, kalini tak boleh cancel lagi dah.

Nak tak nak aku terpaksa tolong. Tahu tak apa yang aku buat?

TOLAK ATAU TERIMA JOB?
Aku ingat lagi tarikh last paper aku masa tu, 19 Januari 2017. Kelas patutnya jam 5.30 petang yang mana aku baru keluar dewan peperiksaan kutt masa tu dan aku request untuk pusat tuisyen start kelas pada jam 7.45 malam. Boleh bayangkan tak masa tu, paper aku jam 2.15 sampai 5.15 petang. Dan aku terus shoot balik dari Shah Alam ke Kota Damansara dalam waktu 5 lebih macam tu. Mustahil tak jammed, kan?

Yes, memang jammed. Sampai Kota Damansara jam 7.15 malam. So, terus mandi, solat dan capai buku untuk mengajar. Nervous nya toksah cakap. Nak gugur jantung dah kut masa tu.

Mengajar pun so amatur bunyinya sebab nervous. Tapi, alhamdulillah first class aku sempat ready baca soalan aje. Soalan pelarasan Tingkatan 4, tu je aku confident. Screen soalan je sebab jawapan dia aku dah biasa buat.

TIPS HANDLE SITUASI YANG AKU HADAPI

  • Pilih subjek yang confident nak ajar
  • Pilih sub-topic tahun lepas untuk revised balik
  • Tak perlu prepare nota
  • Buat latihan topik yang diorang pernah buat untuk revised
  • Ajar sambil buat nota di whiteboard

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai tutor / nak mencari tutor / nak menjadi tutor / part time study / boleh email maklumat atau soalan korang ke : ikinassufi@gmail.com .


Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,