Drama Bersiri Dendam Aurora 100 Episod Bakal Tamat - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 26, 2017

Drama Bersiri Dendam Aurora 100 Episod Bakal Tamat

DRAMA BERSIRI DENDAM AURORA BAKAL MELABUHKAN TIRAI | Drama bersiri ni adalah adaptasi dari drama bersiri yang popular dari Itali. Entah kenapa aku boleh melekat dengan drama yang berepisod sampai 100 episod ni. Biasanya aku tak adalah nak follow sangat melainkan setakat 20 episod tu kira okay. Kali ni 100 episod. Wow! Syabas to me haha.


Sinopsis Drama Dendam Aurora

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya, Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia. Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis.

Komen Drama Dendam Aurora

Sebenarnya macam tak percaya sebab berjaya follow drama 100 episod ni hingga harini dah 90 episod. Tak pernah missed tengok sebab sentiasa tengok setiap episod walaupun tak tengok di TV. Hanya tengok di Youtube saja sambil buat assignment. Kalau tak tengok 2, 3 episod, mula lost apa benda jadi kat depa-depa semua. Tahu-tahu dah kena bunuh, kena culik hahaa.

Tak tahu siapa sebenarnya yang berdendam dalam cerita ni sebab kebanyakannya orang keliling keluarga Aurora ni yang dendam pada dia. Salah tajuk ni haha.

Haris is So Charismatic
  • Haris yang berperwatakan matang, smart, bijak dan steady dalam selesaikan masalah is so cool. Satu je annoying dengan Haris, tak romantik langsung. Dingin je cakap tu. Tapi, overall Haris sangat berkarisma. Dia ada aura dia dalam perjalanan cerita ni.
Aurora is So Hmmm..
  • Aurora pula hmmm.. Baca komen rata-rata cakap Aurora ni cakap tak serupa bikin lah, buat keputusan terburu-buru dan ikut suka hati dia je. Degil. Overall, aku suka side berani dalam diri Aurora, sanggup buat apa saja asalkan dia dapat bersihkan balik nama keluarga dia yang dah tercalar sampaikan terpaksa korbankan banyak nyawa.

Aku syak sebenarnya dendam Aurora tu sikit je, part mula-mula yang dia nak sangat cari kebenaran yang dia tak bunuh Dato' Hamzah. Itu je. Selebihnya dendam Puteri, dendam Engku Azhar, dendam Lydia dan sebagainya. Hahaa




Baca review :

2 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,