Cara Tukar Syarikat Courier Service Untuk Seller Di Lazada - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 28, 2017

Cara Tukar Syarikat Courier Service Untuk Seller Di Lazada

CARA TUKAR SYARIKAT COURIER SERVICE UNTUK SELLER LAZADA | Fasa untuk menukar pilihan courier service ni adalah selepas saja korang mendaftar sebagai seller di Lazada. Ramai yang email pada aku bertanyakan satu soalan yang sama. Dan daripada asyik copy paste jawapan yang sama, meh sini baca langkah-langkah di bawah ramai-ramai. Boleh buat rujukan di masa depan kan. Letih nooo duk copy paste hihi.

Soalan yang sama berbunyi :

Macamana nak tukar courier service. Dari Skynet pada Poslaju contohnya.


Berani kerat jarilah soalan ni memang soalan favourite korang tau hihi. Aku tak nafikan ramai nak tukar pada Poslaju sebab mungkin lebih dekat dengan rumah atau kedai korang supaya mudah untuk korang walk in. Kalau order dah banyak, korang hanya tunggu courier service pick-up saja. Tapi yang ni kalau orang bawah 5 parcel 1 hari. Courier service memang confirmed takkan layan. Unless ada 10 parcel sekali pick-up. Yes, diorang akan layan request kita. 


Langkah Menukar Courier Service Untuk Seller Lazada
1. Pilih courier service pilihan (Poslaju, Skynet, NinjaVan dan lain-lain)
2. Email kan masalah ke emel partnersupport@lazada.com.my atau klik sini. Aku prefer emel terus.
3. Pastikan isi maklumat seller yang diperlukan
  • Seller ID (Account - General - Seller Account Information)
  • Seller Shop Name
  • Terangkan masalah serba ringkas dan kenapa nak tukar? (Sebab yang munasabah untuk tukar)
4. Tunggu update dari Lazada dalam 1 -2 hari waktu bekerja
5. Once dapat approval. Tunggu dalam 2 minggu. Jika terdapat order semasa penukaran courier service tu, korang still kena guna courier service yang asal selagi dalam sistem masih belum tukar lagi. (Courier service provider memang akan ada satu je dalam sistem)
6. Selepas dua minggu. Yeay! Updated!
7. Jika belum update dalam 2 minggu, terus call Lazada Helpdesk.

Sample untuk melihat Seller ID dan Seller Shop Name

Pastikan Ikut Cara Packaging Yang Ditetapkan Oleh Lazada

So, korang dah boleh packing tempahan pelanggan korang tanpa ragu-ragu dah. Cara packaging pun dah mahir kan? Kalau belum mahir lagi, boleh baca Cara Packaging mengikut standard yang ditetapkan oleh Lazada. Cara packaging kena kemas dan kalau seller yang menjual barangan kaca atau yang berisiko tinggi, disarankan snap gambar before packing dan before posting sebab boleh jadi ada 3 kes untuk satu isu yang sama.

Contoh, barang retak, patah atau pecah. Pelanggan salahkan seller. Seller ada proof (gambar) yang dia dah packing kemas, cantik dan selamat untuk dipegang. Poslaju juga ada proof (gambar) contohnya. Rupanya ada silap di pihak pelanggan. Dia sengaja buat timbulkan isu, untuk minta ganti rugi dan minta barangan baru. Isu ni teramatlah lecehnya. Sebab once barang dah rosak, seller rugi dah kat situ. Pulak tu poslaju tak tanggung sebarang kerosakan. Jadi, isu macam ni korang kena deal dengan Lazadalah. Bagi proof dan segala macam bukti supaya semua pihak berpuas hati dan isu selesai. Okay, ini contoh tau haha. Kalau betul kita tak salah dan rezeki berpihak pada seller, Lazada akan release duit pada kita. Kalau tak, hmm..

Jelas? Jangan lupa khatamkan 4 Tips Muat Naik Gambar Produk Di Lazada.


Ada soalan yang bermain di minda korang? Nak tanya pendapat aku, boleh email aku di :
ikinassufi@gmail.com

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran : Klik LAZADA
Pertanyaan Di Lazada : Klik LAZADA 


Anything yang korang query sangat,
boleh terus hubungi Lazada Malaysia : 03-2725 2925

Baca artikel :

8 comments:

  1. baguih info ni. lain kali boleh tukar courier yang bermasalah barulah barang tak hilang...

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini dan follow :)

    btw, jom join GA saya

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak Juliaa :) Thankyou. Nak terjah blog kak satt.

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,