Bermulalah Kehidupan Bersama Si Kuning - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 11, 2017

Bermulalah Kehidupan Bersama Si Kuning

BERMULALAH KEHIDUPAN BERSAMA SI KUNING DIGI | Kalau sebelum ni dah masuk 3 tahun setia bersama UniFi dan akhirnya tewas juga. Aku terpaksa pilih pakej yaang lebih murah dan berbaloi.


Cukuplah sesuai dengan keperluan aku sebenarnya, penggunaan yang tidak terlalu banyak atau terlalu sikit. Walaupun asalnya nak tukar nombor telefon semasa kepada Digi tapi belum sempat. Bila sempat ni pula nak beli broadband lah pulek kan. hihi. Sebelum ke Digi Center, aku sempatlah google dulu berkenaan plan Broadband yang Digi tawarkan. Menarik! Pakej yang berbaloi dengan pakej yang diorang tawarkan. Dan aku? Semestinya ambil yang paling murah.


MAKESURE NAMA TIDAK DIBLACKLIST
Alkisahnya, masa first day ke Digi Center dah ready scan IC semua. Agen cakap nama aku blacklisted. Dengan Maxis pulak? Tak ingatlah pula tang mananya aku lari tak bayar hutang tu. Confiden betul aku ni kan ingat dah boleh settle payment malam tu tapi rupanya tak boleh.

Alaa, biasalah tu. Time nak buat benda baru memang terus lupa apa benda yang lama-lama kan. Terus lupa mana-mana hutang yang belum berbayar tu. Alah, biasa lah tu. Sekali amek hang, kena settle dulu mana-mana outstanding bill dengan Maxis. Tak kisahlah selain Maxis, Celcom atau lain-lain. Diorang memang boleh cek, cuma tak dapat cek lah berapa amaunnya.


PILIH PLAN YANG MURAH TAPI BERBALOI
Kenapa pilih Digi? Sebab ramai kawan-kawan claim Digi coverage luas. So, since kawasan aku stay ni bukanlah kawasan pedalaman, so aku kira in shaa Allah si kuning dapat cover. Apa-apa pun nak beli sesuatu tu, ukur baju di badan sendiri. Mampu ke tak nak bayar tu? Kalau tak mampu, rendahkan sikit bajet korang. Iyelah, yang bayar nya korang bukan orang lain. Kalau PaMa support, tu lainlah.

Dan aku sendiri memilih plan Broadband 60 yang berharga RM60. Tapi, aku tak ambil pakej dengan Mobifi tu sebab harga akan tambah lagi RM60. Lagipun dia bagi choice, kalau ada smartphone yang tak digunakan sangat kat rumah, boleh masukkan je simcard broadband ni. Once on wifi, telefon dan laptop dah boleh akses dengan internet ni.

Since ayah aku ada Mobifi yang dia gunakan masa Maxis dulu, so aku pinjam untuk tumpang letak Sim Card Broadband aku. Alhamdulillah fit dan yeay! Dah boleh connect. Dalam 5-7 minit dah boleh connect.

So, jumlah harga yang aku perlu bayar untuk dapatkan Simkad ni adalah RM74.20 (RM60 + RM10 Simkad + 6% GST)


Untuk info lanjut, boleh rujuk website Digi atau walk in ke mana-mana Digi Center yang berdekatan dengan korang okay.


Baca artikel : 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,