Ayamas Ready-To-Eat Produk Terbaru Ayamas Kitchen - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 12, 2017

Ayamas Ready-To-Eat Produk Terbaru Ayamas Kitchen

AYAMAS READY-TO-EAT PRODUK TERBARU DI PASARAN | Baru-baru ni aku berpeluang bersama dengan beberapa blogger yang lain untuk menghadiri Ayamas Kitchen Ready-To-Eat range Blogger’s Party yang bertempat di Ibu Pejabat Ayamas Kitchen, Glenmarie. Party yang dianjurkan ini lebih kurang macam satu sesi makan tengaharilah atas tujuan utama untuk memperkenalkan satu rangkaian produk baru dari Ayamas iaitu produk Ready-To-Eat yang mana Ayamas menawarkan 3 jenis makanan Sedia-Dimakan iaitu Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Ayam Bukhara dan Nasi Pilaf Ayam Mentega.

Bersama rangkaian produk Ready-To-Eat dari Ayamas Kitchen


AYAMAS KITCHEN PERKENAL RANGKAIAN PRODUK READY-TO-EAT
Jika sebelum ini Ayamas telah menawarkan Ayamas Kitchen Pastry and Sauce, tapi kali ni berbeza sedikit kerana produk yang dilancarkan ini adalah produk yang sudah pun siap dimasak. Hanya perlu dipanaskan saja sebelum dimakan. Ia memang cukup sinonim dengan tagline Ayamas iaitu ‘Mudah dan Lazat’ kerana ianya mudah untuk disediakan hanya dengan 4-5 minit untuk dihidangkan dan lazat untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan juga para tetamu.

Program dilancarkan dengan ucapan aluan dari ENcik Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi KARA Holdings Sdn Bhd


Penuh satu pinggan dengan lauk masing-masing

TURUT MENGETENGAHKAN MESEJ PRODUK MELALUI SATU DEMONSTRASI PRODUK
Semasa party ni sedang berlangsung, ada satu demonstrasi yang comel dan mencuit hati bagi aku. Tujuan sebenar demonstrasi tu adalah untuk menyampaikan betapa produk Ready-To-Eat ini bukan sahaja memudahkan tapi ia juga dapat menyelamatkan keadaan bila tiba-tiba suami bawa balik tetamu tak dijangka. Dengan produk RTE, ia cukup memudahkan urusan kehidupan seharian kita.

PRODUK READY-TO-EAT ENAK DAN LAZAT
Masa hari kejadian, kitorang bukan saja ditayangkan satu demonstrasi yang lucu saja tapi turut disediakan dengan rangkaian produk RTE ni. Mana tak kenyangnya, ketiga-tiga produk RTE ni memang sedap belaka. Penuh satu pinggan aku ambil, ketiga-tiganya sangat sedap dan yang paling aku suka adalah Nasi Kandar Ayam Masala.

Terima kasih diucapkan kepada team Ayamas Kitchen yang telah memperkenalkan produk RTE yang memang cukup sedap dan berkualiti ini. Produk ini bukan saja akan memudahkan urusan orang-orang yang berkerjaya malah urusan suri rumahtangga yang sibuk nak uruskan anak-anak juga akan mudah.


Bersama rangkaian produk RTE

BAGAIMANA MENDAPATKAN PRODUK RTE?
Bagi korang yang berkeinginan untuk mencuba produk RTE ni boleh dapatkan di mana-mana Kedai Ayamas di seluruh Malaysia dengan harga yang berpatutan.

1. Nasi Kandar Ayam Masala : RM7.90 sepeket
2. Briyani Bukhara Ayam : RM8.50 sepeket
3. Nasi Pilaf Ayam Mentega : RM8.50 sepeket

Sebarang maklumat lanjut boleh layari website www.kedaiayamas.my atau di FB Kedai Ayamas – Ayamas Roasters.


Baca artikel :

2 comments:

  1. miza suka dah buat stok dalam peti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senanglah kerja akak lepas ni. Panaskan aje. hihi

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,