4 Tips Muat Naik Gambar Produk Di Lazada Sebagai Seller - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 24, 2017

4 Tips Muat Naik Gambar Produk Di Lazada Sebagai Seller

TIPS MUAT NAIK GAMBAR PRODUK DI LAZADA SEBAGAI SELLER | Setakat ni saja ada 8 orang bertanyakan cara seterusnya untuk menjadi seller di Lazada lepas baca Cara menjadi seller di Lazada yang aku kongsikan beberapa bulan lalu. Dan baru-baru ni Lazada ada notify aku melalui emel tentang dokumen yang perlu dihantar untuk memohon menjadi seller telah dilonggarkan. Untuk topik ni aku kongsikan kemudian.

Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan oleh korang yang baru menjadi seller di Lazada. To be honest, pencapaian aku bukanlah hebat sangat sampai sebulan boleh dapat ribu-ribu kan. Tapi, setakat ni alhamdulillah paling tinggi sale pernah dapat lebih kurang RM6 rat je. Walaupun sikit, ini dikira pencapaian terbaik aku setakat ni. Alaa, kasi can lah kan huhu.


Tips Upload Gambar Produk Di Lazada Sebagai Seller 

1. Gambar Jelas Dan Terang
  • Kalau korang selalu jadi customer di Lazada, perasan tak produk gambar sama je kan? Memang lah sama sebab sumber pun sama haha. Google. Ataupun dari gambar yang dibekalkan oleh HQ produk jualan korang. Pastikan gambar yang korang gunakan adalah gambar yang terang dan tidak blur. Kalau blur, mood customer nak tengok pun terus level zero. Sebab customer mungkin akan fikir seller ni tak serius berniaga. "Upload gambar pun sambil lewa, inikan nak hantar barang aku." fikiran aku haha.

2. Edit Dan Letak Icon Free Gift Atau Free Postage
  • Ada choice, samada nak guna je gambar produk asli yang kau download tu atau kau nak edit sikit bagi customer tertarik. Yelah, contoh customer cari "Kawaii Collagen Jihan Muse." Ramai seller jual ni, tapi offer lah sesuatu untuk tarik perhatian potential customer untuk masuk kedai kita. Contohnya, offer Free Gift, Free Postage, Buy 2 Free 1 atau Diskaun 20%.
  • Letak sesuatu di gambar produk korang. In Shaa Allah customer mudah tertarik. Letakkan diri kita di tempat bakal pelanggan tu. Mesti kita excited kan kalau nampak Free Gift tapi harga jualan sama dengan seller lain. Offer something good.

Contoh editing menggunakan Microsoft Power Point

3. Background Produk Putih
  • Kebiasaannya aku hanya akan pilih produk yang memang background kosong atau putih. Sebab bakal pelanggan hanya akan nampak produk kita je, keliling keliahatan luas. Dan In Shaa Allah akan menarik minat bakal pelanggan untuk tekan gambar produk kita.
  • Plus, jimat masa nak edit buang background kalau background tu agak messy. Haaa gitew.

4. Letak Watermark
  • Kalau tak nak orang ambil gambar yang kita dah edit cantik-cantik tu, silalah letak watermark siap-siap kat gambar produk tu. Aku tak letak sebab nampak serabut. Tak apa, korang nak ambil pun ambil lah. Sebab aku pun ambil dari Google, dari page HQ. Nasib baik HQ tak letak watermark sebab aku pun sebagai agen sah, mesti nak gunakan gambar tu untuk tujuan promosi.


After all, sebenarnya lagi kerap kedai korang buat harga diskaun dan join kempen-kempen yang dibuat oleh Lazada contohnya MyCyberSale lagi tinggi possibility korang untuk duduk ranking atas untuk setiap produk korang tu. Jadi, sebab aku pun tak berapa nak free nak join kempen Lazada buat tu, jadi produk aku samada akan stay tempat sama atau turun ke bawah dan ditutupi oleh produk-produk baru.

Kalau sentuh bab harga promosi tu lain kira lah kan. Biasanya yang jadi seller di Lazada ni yang memang dia jadi stokis sah sebab harga stokis kan rendah jadi dia mark down profit dari situ sebab even dia rendahkan harga produk, untung dia masih banyak sebenarnya.

Sebenarnya tak elok main harga ni tapi nak buat macamana, dah produknya 1 sellernya 100. Dah guane tu? So nak elakkan perang harga, jangan menjual di Lazada okay. Aku join Lazada bukan untuk fokus sepenuhnya tapi sebagai side income. Kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak apa.

Apa-apa pun aku percaya pada rezeki. Kalau ada rezeki aku dalam Loma Beauty House, alhamdulillah. Kalau tak ada banyak tempat lain lagi boleh cari rezeki.


Baca artikel :


1 comment:

  1. wahh snang la lepas ni siapa yg nk post di lazada sbgai seller.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,