10 Tips Penting Untuk Hiker Baru - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Nov 16, 2017

10 Tips Penting Untuk Hiker Baru

10 TIPS PENTING UNTUK HIKER BARU | Ramai sebenarnya yang dah mula minat mendaki ni dan ramai juga yang dah jadikan aktiviti hiking atau mendaki ni sebagai salah satu hobi utama atau aktiviti yang mengisi masa lapang. Tapi, sayangnya ramai juga yang jenis langgar saja. Main terjah saja tapi tak aware perkara penting yang perlu kita ada atau buat sebelum mula mendaki.


10 TIPS HIKING UNTUK YANG BARU MENCUBA

Ramai orang suka mendaki tapi lain orang lain cara pendakian, waktu pendakian dan gaya pendakian. Semua tu berbeza atas perbezaan faktor-faktor tertentu. Contohnya, faktor kemampuan dan keupayaan badan, pengalaman setiap orang berbeza, ada yang baru nak berjinak-jinak, ada yang pertama kali, ada yangd ah lama tak mendaki tapi nak mendaki semula dan ada yang dah berpengalaman sangat. Tapi, untuk yang baru korang boleh cuba apply apa yang aku kongsikan. Ini berdasarkan perkongsian senior dalam hiking ni juga.


1. Warming Up / Personal Warming Up
  • Warming up itu memang satu keperluan. Benda ni benda basic, semua orang patut tahu. Lagi-lagi kan kita nak naik gunung atau bukit. Bukan jalan-jalan ke mall. Gunalah minyak panas atau krim serta calf protector, ikut keperluan sendiri jika perlu.
2. Makan Berat
  • Makan berat lebih kurang 2 atau 3 jam sebelum mulakan pendakian. Jika ada emergency di tengah jalan nak kena makan ubat sekurang-kurangnya badan dah bersedia dengan makanan dan bukanlah makan ubat dalam keadaan perut kosong. 
3 . Kawalan Pernafasan
  • Teknik kawalan pernafasan perlulah dipraktikkan terutama dalam kawasan sejuk.
  • Elakkan bernafas dengan mulut sebab rongga mulut akan kekeringan atas faktor kekerapan nak minum air bila mulut atau tekak kering. Mulut kita pula tak ada filter macam hidung.
4. Elakkan Bernafas Melalui Mulut
  • Bernafas berterusan melalui mulut adalah tidak digalakkan kerana kekurangan bekalan oksigen serta terbatas juga akan menganggu rangsangan darah dalam badan dan kita akan cepat lemah.
5. Kurangkan Minum Air
  • Kekerapan minum air lebih dari keperluan badan akan membuatkan badan kita lebih teruk bekerja dan cepat penat. Jika di kawasan yang sejuk kita akan kerap membuang air dan badan kita juga akan mula kehilangan haba dalam badan dengan cepat sebab terlalu kerap buang air.
6. Elak Berhenti Rehat Di Tengah Laluan Pacak
  • Kebiasaannya bila dah terlalu lama berhenti di tengah laluan kita akan rasa semakin kurang semangat sebab dah berehat terlalu lama lagi-lagi bila nak naik pacak. Ini pun disebabkan faktor keselamatan dan untuk kita memulakan semula pendakian selepas rehat dengan pacak sangat kurang sesuai untuk dapatkan momentum seperti awal-awal pendakian tadi.
7. Kawal Posisi Pergerakan

  • Jika di kawasan landai, jalan dengan langkah besar dan kawal penafasan.
  • Jika menurun pula turun dengan kaki lebih berposisi terbuka buka kekuda kaki.
  • Tips : Jika mendaki jangan kerap gunakan sebahagian hadapan tapak kaki sahaja, momentum keberatan sangat tinggi ditanggung oleh kaki untuk sepanjang perjalanan.

8. Elak Mengurut Kaki
  • Elakkan mengurut kaki semasa di puncak or camp site ketika rehat melainkan anda seorang yg terlatih dan tahu urutan sport. Lebih baik diamalkan dengan melunjurkan kaki dan rileks sambil regangkan otot untuk rehat. Dengan cara ni juga, dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan kita. Well, tak tahu tak apa jangan nak memandai-mandai.
9 - Elak Ambil Ubat Tanpa Nasihat Doktor
  • Sebelum mulakan pendakian pastikan korang ada bawa bekalan ubat yang cukup untuk sepanjang tempoh pendakian. Dan jangan lupa untuk memberitahu partner hiking korang kat mana korang simpan segala ubat-ubatan tu.
10 - Warming Down
  • Selesai pendakian jangalah lupa buat warming down.

Pesanan dari senior, sebelum kita nak tawan semua puncak, tawan dulu keperluan kepentingan badan kita. Barulah sebut je gunung mana-mana, semua dah pernah tawan. Tak gitew? Last, jangan lupa sebelum mulakan pendakian, berdoalah secara kumpulan untuk baraqah, tambah lah doa untuk diri sendiri dan jaga adab serta nawaitu kita mendaki tu.

Credit : Anak Perak Hikers (Kalau nak join Whatsapp Group boleh inform)


Baca artikel :

1 comment:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,