Yuran Belajar? Guna Wang Simpanan Atau Pinjaman PTPTN? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Oct 13, 2017

Yuran Belajar? Guna Wang Simpanan Atau Pinjaman PTPTN?

DAH DAPAT OFFER SAMBUNG BELAJAR DI UITM?
TAPI, TAK MAMPU BAYAR YURAN?
NAK APPLY PTPTN ATAU BAYAR GUNA SIMPANAN SENDIRI?


Semua tu tak jadi satu masalah besar pun. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangannya. Ada orang bayar yuran gunakan duit gaji yang disimpan setiap bulan untuk menyambung pengajian. Ada yang bayar yuran menggunakan KWSP yang dicarum setiap bulan. Dan ada juga yang gunakan PTPTN. Yang gunakan duit PTPTN pula boleh jadi dia bayar menggunakan terus duit pinjaman tu atau dia invest dan duit pulangan tu dibuat bayar yuran. Masyuk!!

Bagi aku sendiri, yuran belajar separuh masa ni memang mahal kalau nak dibanding dengan sepenuh masa. Yuran satu semester saja adalah dalam lingkungan RM1,200 ke RM1,800 bergantung pada berapa banyak subjek kita ambil dalam satu semester tu.

Baca : Betul ke yuran pelajar separuh masa di UiTM dah naik?




PENGALAMAN SENDIRI BAYAR YURAN BELAJAR
Sepanjang 3 tahun pengajian setakat ini sebagai pelajar separuh masa, yuran paling mahal aku pernah bayar adalah lebih kurang RM1,500++ sebab subjek semester tu paling banyak jam kreditnya, tapi masa ni yuran masih kadar harga lama, sekarang je yuran baru yang dah bertambah. Jam kredit paling sikit adalah semester terbaru. 9 jam kredit saja dan jumlah RM1,200 sebab ada 3 subjek bersamaan 9 jam kredit.

Alhamdulillah. Setakat ni kesemua semester aku gunakan duit gaji sendiri. Syukur, dah 3 tahun dah. Kalau nak gunakan duit gaji sendiri ni kena pandai manage belanja-belanja yang selalu kita spend setiap bulan. Sebab sampai waktu nak bayar yuran, kita terpaksa tutup mata untuk bayar yuran yang cecah RM1,000++ tu.

Percayalah, bila kita bayar sendiri menggunakan duit gaji sendiri kita akan lebih menghargai dan buat yang terbaik untuk masa depan diri sebab kita tahu kita belajar menggunakan hasil titik peluh sendiri. Dan kita kena buktikan hasilnya berbaloi.


Baca : Pilihan Kursus Untuk Pelajar Separuh Masa UiTM


Yuran pengajian aku setakat hingga semester baru ni

KENAPA PERLU BAYAR YURAN GUNA DUIT SIMPANAN SENDIRI?
Bagi aku, aku lebih memilih untuk menggunakan duit simpanan sendiri bukan lagi pinjaman macam zaman Diploma. Di sini aku hanya nak senaraikan kebaikan saja, jadi bolehlah decide option yang mana satu sesuai untuk keadaan kewangan korang.

  • Tak perlu tanggung beban hutang lagi
  • Tak rasa sesak bila tengah bulan sebab dah kumpul awal-awal
  • Dapat train diri untuk lebih disiplin dalam menyimpan/menabung
  • Kewangan lebih sistematik sebab dah ada senarai bajet belanja tiap bulan

KENAPA PERLU BAYAR GUNA PINJAMAN PTPTN @ YAYASAN?
Aku akui tak semua orang bernasib baik kan. Jadi, jangan risau kalau tak berkemampuan pun masih boleh sambung belajar. Sekarang ni dah banyak yayasan yang ditubuhkan untuk bantu golongan remaja yang nak sambung belajar tapi tak berkemampuan. Contohnya, PTPTN atau Yayasan Negeri (yang menerima pelajar separuh masa, ada juga yang tak terima).

  • Tak perlu rasa sesak di tengah bulan sebab tiap semester duit PTPTN masuk
  • Boleh rancang untuk investment, dapat dividen, buat bayaran PTPTN Diploma
  • Duit gaji boleh spend untuk komitmen lain seperti kereta, rumah atau anak-anak
  • Tidak membebankan buat masa sekarang tapi agak beban di masa depan

Apa-apa pun, ini hanya cadangan, jadi yang baik boleh diambil. Yang tak baik, boleh tinggalkan. Flexible, right. Tapi, lagi baik kiranya kau kumpul duit dulu dan baru sambung belajar kalau tak mahu sesak tengah bulan atau tak mahu buat sebarang pinjaman.

Tapi, masa tu kena bijak deal dengan komitmen masa depan pula. In Shaa Allah. Semuanya akan baik-baik saja. Kena bijak merancang dan banyakkan berdoa. Semoga perancangan yang kita buat akan berjalan dengan lancar.


Mohon Pinjaman PTPTN

Sebarang pertanyaan, boleh email pada aku : ikinassufi@gmail.com
Atau hubungi aku di SINI


Baca artikel :

1 comment:

  1. Kalau rasa macam tak dapat, baik pinjam PTPTN je. Tapi berpada-pada la mengunakannya.

    Masa sem1 Dip, saya pernah makan megi belah dua, sebelah untuk pagi, sebelah untuk malam.

    Akhirnya saya buat keputusan untuk ambil PTPTN.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,