Vitamin C Serum Annona Beauty Jaminan Kulit Lebih Segar - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Oct 15, 2017

Vitamin C Serum Annona Beauty Jaminan Kulit Lebih Segar

SEGARKAN KULIT WAJAH DENGAN VITAMIN C ANNONA BEAUTY | Dah selalu sangat iklan Vitamin C Serum dari Annona Beauty ni lalu di Instagram. Dah asyik-asyik lalu je, best sangat ke serum ni. Haaa, bila dah selalu sangat nampak iklan ni. Terus terasa macam nak cuba. Lagipun Vitamin C kan sangat bagus untuk kulit. Dengan kandungan Vitamin C nya adalah 10 kali lebih banyak dari vitamin C biasa memberi satu kelebihan dan keistimewaan kepada pengguna setia Vitamin C Serum ni.



10 Sebab Perlu Pakai Serum Di Wajah?
  • Melembabkan wajah
  • Memudarkan parut atau tompok hitam bekas jerawat
  • Menghaluskan dan mengecilkan liang pori
  • Meransang penghasilan kolagen secara semulajadi
  • Menghalang kulit dari kering kerana sinaran matahari
  • Merawat luka dan merangsang penyembuhan kulit kerana luka
  • Menguatkan pertahanan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Membuatkan kulit lebih licin, halus dan lebih anjal
  • Memberikan kesan glowing dan menaikkan seri wajah
  • Melambatkan proses penuaan dan kedutan di wajah




Kandungan Vitamin C Serum

Vitamin C, Glutathione, Asid Hyaluronik, Ekstrak daun Saxifraga, Ekstrak akar pokok Peony, Ekstrak akar pokok Peony, Ekstrak akar pokok Skullcap & Ekstrak buah Delima

Kelebihan Memakai Vitamin C Serum Annona Beauty
  • 100% Dijamin Selamat
  • Tiada SLS / Parabens
  • Tiada Alkohol
  • Tiada Pewarna / Pewangi Tiruan
  • Mesra Wudhuk & Boleh dibawa solat
  • Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur



Masa hari kelima apply Vitamin C Serum ni, aku dapat rasakan permukaan kulit lebih lembut dari biasa. Itu pun lepas aku praktikkan malam sebelum tidur aku cuci dulu muka dengan Cetaphil, kemudian scrub dengan Himalaya Aprikot Scrub, biarkan kulit muka kering sendiri atau letak ais untuk tutup pori-pori kulit muka dan apply Vitamin C Serum ni masa pori-pori muka tengah separa terbuka tu. Aku beranggapan mudahlah serum ni nak serap dalam kulit kan. Gichew.

So far aku jarang apply Vitamin C sebelum tepek muka dengan make up. Untuk daily look, sebelum makeup aku tepek Aloe Vera je dulu bagi meresap dalam kulit. Dan baru apply make up. Err, bukanlah makeup pun. Tepek-tepek asal boleh jee. Nak guna Vitamin C pun bagus. Tapi, sebab sayang nanti cepat habis. Haha. So, aku gunakan malam je sebelum tidur. Muka pun tengah berehat kan time tu.

Tapi, mana-mana pun boleh. Ikut selesa korang. Cuma tak digalakkan apply masa muka tengah berjerawat atau jerawat tengah masak. Katanya kena tunggu jerawat kering dan dah stabil baru apply Vitamin C Serum ni.



VITAMIN C SERUM BY ANNONA BEAUTY

Brand : Annona Beauty
Product Type : Liquid form
Skin type : All suitable (Jika berjerawat, gunakan setelah jerawat sudah kering)
Availability : Stokis / Ejen berdaftar seluruh negeri
Price : RM90 tidak termasuk pos


Tapi, korang jangan risau sebab Annona Beauty ada pakej jimat. Boleh baca sini untuk tahu lebih lanjut mengenai promosi dan pakej-pakej Vitamin C Serum by Annona Beauty.

Facebook : Annona Beauty HQ


Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,