Mango Float Royale Melaka Jus Mangga Segar Wajib Singgah - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Oct 3, 2017

Mango Float Royale Melaka Jus Mangga Segar Wajib Singgah

MANGO FLOAT ROYALE WAJIB MASUK LIST MAKANAN ANDA DI MELAKA | Bukan saja penduduk tempatan menyukai Mango Float Royale, malah pengunjung luar negeri dan luar Malaysia pun suka ke sini. Dengan kedudukan kedai yang strategik, produk yang Aummm! dan harga yang berpatutan, memang patut pun ramai pelanggan.

Memang rugi la kalau korang datang Melaka tapi tak singgah sebentar untuk basahkan tekak dengan Mango Float Royale Original yang hanya ada di Sg. Putat, Batu Berendam, Melaka.

Mango Float Royale Original Sg. Putat, Batu Berendam

Asalnya memang Mango Float Royale tak ada dalam list makanan yang aku nak cuba pun. Tapi, partner ajak. Katanya ni tempat famous dan dekat sangat dah dengan kawasan perumahan dia. Bila dah masuk laluan Mango Float Royale ni, 3 kali fuhh fuhh fuhh. Memang ramai. Tapi taklah seramai di Original Coconut Shake Klebang. Hat tu memang ramai sangat. In shaa Allah. Tak lama lagi makin besarlah perniagaan depa ni. Demand tinggi ni. Ameen.



Ramai tak ramai yang serve customer kat kaunter depan ni? Hihi

Mana tak ramainya, kalau sorang customer order sampai 5, 6 cawan. Ini tak masuk lagi kalau yang order sampai 10, 15 cawan? Takkan sorang je nak serve kan? Haritu masa kawan beratur, memang cepatlah servis dia. Baru order, zap zap zap. Terus bayar, terus dapat. Sebelah Mango Float ada jual meatball. Yes, diorang sebumbung dan mungkin satu owner. Kalau korang berdua, sorang beratur tunggu Mango Float, sorang lagi meatball. Adil dan saksama, gitew.

 Masa ni lebih kurang jam 12 tengahari. Tengok pakcik tu, siap cekak pinggang kau. Haaa..

Yang beratur ramai, yang tengah makan pun ramai. Mostly beli bawa balik je sebab tak cukup meja untuk duduk situ makan ramai-ramai pun. Tapi korang tak perlu pun risau sebab servis sini memang cepat, nak bayar cepat, nak tunggu pun tak tunggu lama. Kalau agak-agak nak call mak masa order tu pun tak sempat dah, baru nak connecting, order dah siap. Fuhh.

APA MENARIKNYA MANGO FLOAT ROYALE SG. PUTAT?

Kandungan Mango Float Royale Sg. Putat yang Premium
  • Jus segar Mangga Original yang sejuk
  • Topping Ais krim vanilla 1 skop penuh (silap-silap 1 1/2 skop sebab banyak)
  • Dan ditambah dengan mangga original yang dipotong dadu (banyak juga sampai penuh cawan)

Harga Yang Murah, Berpatutan Dan Berbaloi

Kalau sekadar nak minum untuk merasa keenakan Mango Float Royale ni, boleh. Memang bolehlah untuk satu keluarga. Sebab cawan yang digunakan besar dan tinggi. Siap ada aiskrim dan mangga original yang manis lagi. Tapi kalau nak minum untuk membasahkan tekak dan menikmati betapa segarnya Mango Float Royale ni, bolehlah beli satu cawan untuk seorang. Bukan apa, takut berebut lepastu bergaduh. Kalau anak-anak bergaduh boleh tahan lagi, ni kalau mak pak yang gaduh. Hmm, tak tahulah. Kihkih

Harga hanya RM5 saja secawan. Takkan berkira kutt cik abang? Bukan selalu belanja anak bini kan? Hihi


Kalau korang ada perancangan untuk bercuti ke Melaka atau ada outstation ke Melaka, jangan lupa singgah ke Mango Float Royale Melaka untuk mencuba Mango Float yang fresh dan Aummmm ni tau.


MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

Lokasi :
Pintu Gerbang Kg Sungai Putat Batu Berendam Melaka

Waktu Operasi : 
Isnin - Sabtu (2 pm - 11.30 pm)
Ahad (11 am - 6 pm)
Rehat (6.30 pm - 8.30 pm)

FB :

Instagram :



Baca artikel :



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,