Henna Maharani Menaikkan Seri Di Hari Bahagia - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Oct 10, 2017

Henna Maharani Menaikkan Seri Di Hari Bahagia

HENNA MAHARANI BUAT JARI BERSERI DALAM 30 MINIT | Yang bakal menamatkan zaman bujang tu semestinya akan menambahkan seri dan aura pengantin dalam diri korang dengan memakai inai. Aku akui inai yang ada di pasaran memang terlalu banyak jenis dan jenama. Cuma korang sendiri kena pandai pilih dan baca review. Tengok testimoni mana inai yang bagus, tahan lama dan boleh dibawa solat.

Aku pula memang seketul manusia yang suka pakai inai sebab warna inai yang terang dapat bagi aku semangat dan aku rasa macam aku mempunyai kuku dan jari yang cantik! Pheww. Haha

So far memang suka pakai di jari je. Tak suka ukir-ukir sangat.

Beriya tak pakai sampai semua jari. Kehkeh ~


Kalau ikutkan, jenama inai yang selalu aku nampak di kedai-kedai runcit atau kedai kecantikan dan kesihatan yang ada di Kota Damansara ni memang kebanyakkannya jual Inai Maharani. Mungkin demand memang tinggi untuk jenama ni je kot atau mungkin sebab inai ni murah. 

Tempoh Tahan Pakai Inai Maharani

Sebenarnya tak perlu pakai lama pun sebab kuku memang akan terus pekat. Contoh yang aku pakai ni jari belah kiri dalam 30 minit. Belah kanan 15 minit je. Bila basuh kuku, warna memang sama pekat kedua-dua belah. Bezanya bila pudar, belah kanan akan cepat pudar dan lebih pada warna oren cair. Tapi, belah kiri warna oren pekat sebab aku pakai lebih lama dari jari kanan.

Mana Nak Beli Inai Maharani

Boleh dapatkan inai Maharani ni di mana-mana kedai kecantikan atau kesihatan yang berhampiran. Boleh try cari di kedai buku, sebab kedai buku tempat aku ada jual. Tempat korang aku tak tahu lah kan. Hihi. Harga pun tak mahal, satu bekas inai tu paling murah boleh dapat RM5 seketul, tapi kalau beli borong mungkin boleh dapat lebih murah.


Nak Kirim Inai Maharani Dengan Aku?

Sebenarnya aku tak adalah nak menjual pun. Tapi, kalau korang nak kirim dengan aku. Boleh juga. In Shaa Allah stok sentiasa ada sebab terus ambil dari stokis besar Inai Maharani ni.

Kalau nak beli seketul, RM5 tambah postage RM7 tau. Tak berbaloi beli satu. Boleh share dengan kawan-kawan sekali.

Kalau korang borong 10 ketul inai Maharani, aku bagi RM3.5 seketul tambah postage RM7 (SM) & RM10 (SS).

Murah kan? Sebab dapat deal terus dengan Stokis. Kehkeh. Tak ambil untung sangat pun. Bolehlah tolong kawan-kawan. Jangan lupa Whatsapp 0142366915 untuk buat tempahan.


Baca artikel :


1 comment:

  1. Kak ana pun suka pakai inai. Rasa mcm seronok pula. Tp selalu fail nK tunggu lama2. Selalunya 10 minit pakai dh basuh. Hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,