Doorgift Mini Tasbih Dan Pin Tudung Murah Harga Borong - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Oct 12, 2017

Doorgift Mini Tasbih Dan Pin Tudung Murah Harga Borong

MINI TASBIH DAN PIN TUDUNG MURAH DENGAN HARGA BORONG | Sekarang ni bukan saja majlis perkahwinan sediakan doorgift seperti Yasin dan mini tasbih untuk tetamu, peniaga-peniaga online sekarang juga jadikan mini tasbih dan pin shawl ni sebagai hadiah percuma kepada pelanggan setia. Aku tahulah sebab aku pun buat macam ni. Jadi, setiap pelanggan Loma Beauty House, aku akan bagi sekali free gift.

Sebagai pelanggan, kita mesti suka kan kalau ada apa-apa hadiah percuma seller bagi. Acah-acah surprise gichew. At least kalau parcel sampai lambat, reda sikit hati pelanggan kita tu. Terus tak jadi nak marah. Kehkeh

Warna mini tasbih secara random

Tahun lepas lagi aku tempah mini tasbih dan pin shawl untuk dijadikan sebagai free gift untuk pelanggan. Tak silap aku dalam 50 pcs mini tasbih dan 50 pcs pin shawl. Pin shawl ada beberapa jenis yang berlainan dengan harga yang berlainan tapi masih dengan harga yang berpatutan. Lagi-lagi kalau beli secara pukal.

Antara jenis pin shawl yang aku tempah


Antara sample pilihan pin shawl yang ditawarkan oleh Seller Izzah

Keychain Flower yang dihasilkan Seller Izzah

Tempah Mini Tasbih, Keychain Dan Pin Shawl Untuk Event

Bukan saja boleh dijadikan hadiah percuma kepada pelanggan dan wedding doorgift, tetapi boleh juga dijadikan sebagai cenderahati atau goodies untuk majlis kesyukuran, majlis aqiqah, hadiah untuk yang tersayang dan juga sumbangan untuk masjid atau sekolah-sekolah. Setidaknya kalau diberi sumbangan kepada yang memerlukan, ada lah sedikit saham akhirat kita. In Shaa Allah.


4 Sebab Kenapa Perlu Pilih Mini Tasbih Sebagai Doorgift Majlis
  • Mudah untuk dibawa ke mana-mana
  • Ringan dan jimat ruang
  • 100% Handmade
  • Boleh request warna yang diingini


Tasbih Tawaf yang comel dan unik

10 Event / Majlis Yang Sesuai Untuk Beri Mini Tasbih
  1. Majlis perkahwinan
  2. Majlis aqiqah
  3. Majlis cukur jambul
  4. Majlis kesyukuran
  5. Majlis sambutan hari jadi
  6. Majlis tahlil
  7. Majlis doa selamat
  8. Sumbangan untuk sekolah, madrasah atau masjid
  9. Hadiah kepada yang tersayang untuk menunaikan umrah atau haji
  10. Hadiah untuk pelanggan setia




Bagaimana Nak Buat Tempahan?

Untuk pertanyaan harga dan tempahan mini tasbih, keychain dan pin shawl, boleh hubungi Seller Izzah. Deal sampai jadi. In Shaa Allah puas hati.


Instagram : @Izzah Azmi
H/P No. : +60136232331


Baca artikel : 



4 comments:

  1. Nak buat majlis cukur jambul nt boleh contact..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah boleh.. Boleh buat cenderahati tu kn :)

      Delete
  2. dah jadi budaya sekarang, jamuan atau kenduri mesti disertakan dengan cenderamata kenang2an... tanda tuan rumah menghargai tetamu masing2, tapi kenale ukur baju di badan sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Apa-apa pun ikut kemampuan. Janganlah nak grand, habis tanah digadai. Haaa giteww. hehe

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,