9 Petua Untuk Bangkit Dari Kesedihan - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Oct 18, 2017

9 Petua Untuk Bangkit Dari Kesedihan



5 PETUA UNTUK BANGKIT DARI KESEDIHAN | Cukup-cukuplah tu nak bersedih pun. Tipu kalau ada yang mengaku tak pernah bersedih dalam kehidupan. Sedangkan setiap manusia Allah kurniakan pelbagai perasaan dalam diri, samada suka, gembira, duka, bahagia, marah dan lain-lain. Dan setiap manusia juga berhak untuk merasai semua perasaan ni. Tapi, beza antara kita dengan orang lain adalah macamana caranya kita handle perasaan sedih kita tu supaya tak mengganggu hari-hari kita.

Sedikit perkongsian untuk peringatan diri juga. In Shaa Allah.


Baca artikel : Redha Itu Kan Tanda Syukur


Petua Bagaimana Untuk Bangkit Dari Kesedihan

1. ISTIGHFAR DAN BERNAFAS DENGAN TERATUR
  • Marah. Sedih. Istighfar dulu untuk mula meredakan sesuatu perasaan. Lagi-lagi perasaan sedih yang melampau-lampau contohnya ketika kehilangan seseorang yang disayangi. Ia cukup menyedihkan, bukan? Perginya bukan kita minta tapi itu satu takdir untuk dia dan kita. Kita ni kena terima dan redha.

2. LUAHKAN PADA SESEORANG
  • Tak mudah kiranya tahu sesuatu hal yang menyedihkan dan kita pendam sendiri. Jangankan boleh jadi meroyan, gila pun boleh jadi kalau dah terlalu banyak yang dipendam. Carilah seseorang yang kita percaya, dan luahkan sedikit demi sedikit. Hingga perasaan rasa lega. In Shaa Allah, kita akan rasa lebih kuat lepas tu.

3. TULISKAN DALAM DIARI
  • Menulis pastinya bukan hobi setiap manusia. Tapi, ia juga boleh menjadi satu terapi untuk kita melupakan sesuatu kesedihan. Ibaratkan sedang menceritakan segala yang terpendam di hati pada seseorang. Lega, bukan?

4. ASINGKAN BARANGAN ATAU SESUATU YANG BUAT KITA SEDIH
  • Kejadian terjadi bila ditinggalkan buah hati. Atau lebih tepat, putus cinta. Perasaan kecewa lebih dari sedih rasanya jika perpisahan itu dari pihak yang lagi satu. Kadang-kadang perpisahan itu bukanlah semuanya buruk, tapi perpisahan itu adalah permulaan bagi kita menerima sesuatu yang lebih baik. Jadi, kalau dah yakin hubungan itu tiada hala tujunya, lebih baik angkat kaki. Daripada kita lagi sakit hati dan kecewa, pulangkan barangan pemberian si dia. Bukan tak boleh move on. Tapi, untuk move on, ini salah satu usaha yang perlu kita lakukan. Daripada selalu teringat-ingat kenangan lalu, baik dipulangkan awal-awal. Lagi best, bakar je. Haha

5. SIBUKKAN DIRI SETIAP MASA
  • Seandainya hubungan yang terbina tak ada kata pemutusnya. Lebih baik ambil inisiatif dengan pura-pura menyibukkan diri. Buatlah apa-apa aktiviti pun, kerja over time ke, bertandang ke rumah jirang tetangga ke untuk merapatkan silaturrahim ke, join aktiviti sukarelawan ke. Kan ke bermanfaat tu? At least, kita tak ada masa langsung untuk memikirkan soal dia. Masa pun terisi dengan baiknya. Gichew.

6. RIADAH BERSAMA YANG TERSAYANG
  • Masa bercinta, keluarga jauh tersisih dan kawan tak dipeduli. Apa salahnya kita tebus semula masa yang kita dah buang dulu untuk beriadah bersama keluarga tersayang atau sahabat handai. Mungkin ini lah hikmahnya, kan? Kita lebih mengenali siapa yang ada saat kita susah dan senang.

7. LAKUKAN AKTIVITI / HOBI MENYERONOKKAN
  • Masa bercinta dulu macam belangkas tengok movie lah, pergi dating lah sampai semua benda tak ingat. Apa kata kali ni kita buat aktiviti yang kita dah lama teringin nak buat. Hiking ke, travel ke, outdoor activities ke atau berjalan-jalan pusing keliling dunia. Kan dah single? Plan lah dengan kawan-kawan yang single juga.

8. BERIKAN HADIAH PADA DIRI SENDIRI
  • Selepas kita lalui masa-masa kritikal bersama yang tercinta tu, lepaskanlah perasaan sedih tu jauh-jauh. Raikan diri kerana terlepas dari cengkaman pasangan yang tak jujur tu. Bersyukurlah sebab Allah masih bagi peluang untuk mengenali si dia yang sebenarnya dari sebelum berkahwin lagi. Bersabarlah dan yakin bahawa esok masih ada. Apa lagi, jom kita enjoy!

9. UKIRLAH SENYUM YANG PALING MANIS
  • Bersabarlah ya. Yakinlah, sebelum kita jumpa dia yang terbaik untuk kita, kita memang akan berjumpa dengan orang yang salah. Berapa banyak yang salah, itu urusan Tuhan. In Shaa Allah. Kita akan lebih menghargai diri kita lepas terjadinya semua hal yang mengecewakan ni. Dan kita akan sentiasa sedar diri, bahawa kalau tak mampu bagi bahagia jangan datang bawa duka. Senyum! Tak perlu kata apa-apa.

Yang pasti, jangan pernah rasa putus asa.
Hasbunallah Wanikmal Wakil.


4 comments:

  1. tengah belajar mengatur nafas dengan betul..
    tak sedih, cuma stress.. errmmm.. mudah-mudahan membantu..

    :)

    ...

    ReplyDelete
  2. Tips-tips yang berguna..thanks sharing..:)

    ReplyDelete
  3. tip berfaedah untuk menghilangkan rasa sedih... mmg betul kita perlu 'melupakan' sekejap kesedihan tu, tp x bermakna kita perlu 'lari' daripada kenyataan,... bangkit daripada kepedihan dan hidup dalam realiti akan lebih mendewasakan kita..

    ReplyDelete
  4. Dulu kalau sedih saya tulis dlm diari

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,