Tempat Menarik Di Melaka | Backpacker - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 29, 2017

Tempat Menarik Di Melaka | Backpacker

PENGALAMAN SOLO BACKPACK KE MELAKA | Travel ke Melaka secara solo itu satu-satunya impian yang dah lama tersenarai dalam wishlist aku. Tak kiralah ke mana pun, tapi bergerak secara solo. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Dan disebabkan ini pertama kali solo travel dari Selangor. Kebetulan sangat jumpa kawan bisnes yang sudi jadi partner in crime di Melaka.

Semua orang tahu Melaka adalah negeri yang paling bersejarah di Malaysia. Dan kali ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Melaka. Kali pertama adalah 10 tahun lepas kalau tak silap, masa tu mungkin umur lebih kurang 13, 14 tahun atau mungkin lebih muda dari tu. Sebab pernah ada memori di kawasan sekitar Melaka ni. Contohnya, The Stadhuys dan A Famosa. Selain dari tu, tak ingat langsung. Dan alhamdulillah after 10 years, we meet again.

Dan entri kalini aku nak kongsikan tentang tempat menarik yang boleh dikunjungi di Melaka.

TEMPAT TARIKAN PELANCONG DI MELAKA

> The Stadhuys Malacca


Mengikut sejarah, The Stadhuys Malacca ni adalah bangunan tertua yang telah dibina oleh pemerintah Belanda pada zaman penjajahan dulu. Dan di sinilah kawasan kerajaan, sekolah-sekolah mula ditubuhkan.

Kawasan bangunan The Stadhuys sentiasa dibanjiri pengunjung tak kira dalam Malaysia mahupun luar Malaysia, lagi-lagi kalau waktu cuti, ada perayaan atau sambutan, memang ramai kat sini. Agaknya sebab itulah jarang orang Melaka round-round area Melaka, sebab diorang tahu kalau keluar masa cuti confirmed jalan sesak.


> The Pirate Adventure - Melaka Alive


Kalau masuk dari kawasan parking depan A Famosa, lokasi The Pirate Adventure ada di sebelah kiri. Aku tak sempat masuk untuk join The Pirate Adventure ni sebab kaunter tiket masa dekat Melaka sunyi tak ada orang jaga.

The Pirate Adventure merupakan satu tarikan kepada pengunjung yang datang ke Melaka. Tujuan The Pirate Adventure ni adalah untuk bagi pengunjung merasai sendiri debaran pengalaman sebagai seorang lanun.

Kebiasaannya Melaka Alive akan membuat persembahan teater di atas kapal. Teater yang dipersembahkan, antaranya kisah Parameswara, kisah kedatangan Puteri Hang Li Po ke Melaka dan lain-lain. Jadi, untuk pengunjung yang datang untuk mencuba pengembaraan The Pirate Adventure, korang akan masuk ke dalam perut kapal.

Barulah feel jadi lanun real, kan? Hehe


> Kota A Famosa


Sebut je Melaka, terbayang A Famosa. Tak? Eh toksah tipu lah. Sejarah mengenai A Famosa ni memang rasanya semua orang tahu. Tapi, kalau-kalaulah korang lupa. A Famosa dibina oleh Portugis semasa menawan Melaka pada 1511.

Yang terkesan dalam diri aku adalah bangunan ni sendiri. Bangunan yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah yang melibatkan dan mengorbankan banyak pihak.


> Muzium Islam Melaka


Lokasinya terletak di sebuah bangunan di Jalan Kota satu jalan dengan bangunan dari The Stadhuys Malacca. Muzium ni macam muzium lain juga bezanya muzium ni lebih kepada penyimpanan dan paparan dokumen dan artifak yang berkaitan dengan Islam.

Muzium ni bukan saja khas untuk paparan artifak lama, replika Al-Quran lama, sejarah masjid dan replika pedang Rasulullah SAW, mereka juga membenarkan pengunjung masuk untuk membuat penyelidikan mengenai proses kedatangan Islam ke Melaka dan sejarahnya.

Yang aku nampak, mostly family dan foreigner yang lebih banyak masuk dalam muzium ni sepanjang keberadaan aku kat situ.


> Melaka River Cruise


Melaka River Cruise antara tempat wajib datang dan kena try naik river cruise ni. Dan masa aku sampai sini dalam jam lebih kurang 7.45 ke 8 malam macam tu. Hampa sebab kaunter tiket punyalah berderet orang beratur, lepas tu yang tengah tunggu turn kat belakang tu punyalah ramai. Masatu laparnya ya ampunn walhal dari pagi sampai petang asyik jalan-jalan cari makan.

Jangankan budak-budak excited, makpak budak pun excited juga. Aku je tak excited sebab teringin juga nak try river cruise. Dah imagine betapa terujanya nak bergambar sebab orang kata lighting sepanjang perjalanan tu cantik-cantik.

But, it's okay. In Shaa Allah next time.


> Jonker Street Night Market


List nak makan kat sini banyak. Antaranya Cendol Durian, Onde-onde dan Nasi Lemak. Tapi, entah kenapa tak jumpa pula Cendol Durian. Semua yang menjual warga Cina, dan kalau was-was tak boleh makan. Jadi, aku dan Fatin ambil inisiatif untuk teruskan perjalanan. Dan ke akhirnya kitorang tak beli apa-apa pun. Bolehlah kos ke Jonker Street hanya RM5 buat bayar duit parking. Hihii

Okaylah. Merasa juga masuk Jonker Street yang memang sesak dan padat dengan pengunjung.


> Pantai Klebang, Melaka


Aku singgah Pantai Klebang dalam lebih kurang jam 5 lebih rasanya, lepas minum Original Coconut Shake, Klebang. Dekat Pantai Klebang ada makanan dan minuman yang dijual di tepi-tepi jalan (yang menyebabkan jalan sesak. huhu), ada toilet awam dalam bas lama, boleh main layang-layang, ada Coconut Shake (makan lagi) dan memang port cantik lah untuk ambil gambar kat sini.


> MENARA TAMING SARI


Menara Taming Sari mejadi tarikan pengunjung kerana kita dapat melihat pemandangan yang sangat cantik dari atas. Ini apa yang aku baca dari blog. Aku tak sempat ke sini atas sebab nak mencuba Kuih Keria Antarabangsa yang akhirnya tak dapat juga sebab yang beratur pun sampai 5, 6 baris. Fuhh..

Sayang, kan? Tapi tak apalah. Tak ada rezeki. In Shaa Allah satu hari nanti.


> Masjid Bukit China


Lokasi kedua terakhir aku sebelum bergerak ke Melaka Sentral semula adalah Masjid Bukit China. Dalam banyak-banyak masjid, entah kenapa tertarik nak solat Zuhur di sini. Macam biasa, aku lebih tertarik pada ukiran dan design masjid ni.

Maybe aku tertarik sebab design luaran masjid ni, bentuk bumbung dan ukiran senibinanya macam antik sangat. Macam zaman dulu-dulu punya bentuk.

Lokasi yang sangat dekat dengan hotel tempat penginapan aku di Hotel Emperor.


Hotel : Emperor Hotel
Booking Website : Traveloka Malaysia
Alamat : 123, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Bukit China, 75100 Malacca-City, Melaka, Malaysia


Baik. Setakat ni saja perkongsian aku tentang tempat menarik di Melaka. Akan bersambung next entri untuk review makanan yang aku dan partner aku dah try di Melaka.


Salam dari Orang Melaka

Baca juga artikel : 

8 comments:

  1. Replies
    1. Melaka memang seronok sebab asam pedas sedap. hehe

      Delete
  2. bestnya.. dulu2 sllu pi time belum bgelar blogger... rindunyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi blogger kena la pergi lagi. ngeee :D

      Delete
  3. Cikla ni ada jugak beberapa kali pergi Melaka. Merasa jugaklah naik cruise dgn beca keliling bdr Melaka. Tp tugu I love Melaka tu baru eh? Cikla tak pernah nmpk pun masa pergi sana. Hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la cikla. Rasanya dulu macam ada jee. eh ke takde. tak ingatlah cikla. Kin dah pi lama dah. hehe

      Delete
  4. tak tahu kenapa coconut shake di Kelebeng tersohor sangat, boleh jelaskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viral sebab ni yang 1st coconut shake di melaka kott. Tapi, sy lagi suka Coconut Shake di Batu Berendam sebab hampas kelapa dia tak terasa sangat. Haluihh jaa.

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,