Shopping Sakan Dengan Harga RM2.12 Setiap Item - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 3, 2017

Shopping Sakan Dengan Harga RM2.12 Setiap Item

SHOPPING SAKAN BARANG RUNCIT DENGAN HARGA SERENDAH RM2.12 | Dengan harga serendah RM2.12 setiap item boleh buat aku ternganga dan terpaksa dalam rela untuk menghabiskan RM50 tapi dengan barangan yang pelbagai. Dalam otak ni dah siap-siap listing nak beli borong nak meniaga. Haaa siap nak meniaga kau. Haha


Asalnya hanya teman mak saja ke Selayang, nak membeli wallpaper nak hias rumah sewa untuk disewakan. Tapi, bila masuk mini mart ni "Wah luasnya! Seriously RM2.12 saja?!" Yes, exactly. Ada yang RM12.72 tapi itu adalah set pinggan mangkuk. See! Set pinggan mangkuk pun cuma RM12.72 saja. Memang sesuai sangat kalau korang nak memborong barangan untuk buat wedding doorgift ke, hadiah pertandingan atau lain-lain.

Memang murah!

Entrance door dia ada 2. Cashier lebih kurang 4 atau 5 kaunter saja. Tak berapa nak perasan.

Dari luar nampak biasa je. Nampak kecil. Bila dah masuk dalam, jadi excited sangat sebab luas dan banyak barang boleh borong.

Masa masuk, lepas tengok part stationeries yang merambangkan mata aku. Ini lagi satu bahagian yang aku rambang mata. MAKANAN!


Harga yang biasa kita dapat RM4 - RM6 kat kedai biasa, kita boleh dapat hanya dengan RM2.12 saja 1 item.

Memang tak berbaloi lah kalau shopping sini semata-mata jimat RM2 saja kan? Kena lah borong banyak sikit. Sedekah kat sedara-mara ke, anak jiran tetangga ke, sedekah kat kawan-kawan ofis ke. Sedekah ni bukan mengurangkan rezeki malah sedekah akan menambahkan lagi rezeki kita. In Shaa Allah.

Tupperware besar ke, kecik ke, panjang ke, pendek ke, lonjong ke, bulat ke, petak ke, tiga segi ke kesemuanya RM2.12. Rugi tak grab! Silap-silap boleh buat meniaga tepi rumah tau.

"Borong kakk jangan tak borong. Gitew."



Sepanjang-panjang jalan ni bahagian botol saja. Yang besar, kecik, ada penutup takde penutup semua sama harga. Kedai lain kita dapat RM10, kat sini diskaun 80% tau.
Stationeries yang aku beli dengan harga RM2.12 saja. Total belian RM10.60.

Jumlah belian RM12.72 saja untuk 6 item.

Dan jumlah belian untuk makanan ringan dan keropok untuk simpanan di office adalah lebih kurang 11 jenis makanan dan berharga hanya RM23.32 saja. Haaa, spesifik tak aku tolong kirakan. Weh, masa aku kira sebelum bayar tu aku ingat macam dah hampir RM80 sebab banyak dah dalam bakul. Okay, aku mengaku bakul kitorang 3 ketul saja. Tak banyak pun. In fact, rupanya baru RM46.64. Siap berkira-kira nak ambil lagi tapi bila fikirkan kena berjimat nak bayar hutang PTPTN. Terus ke cashier, takut nanti jumpa yang macam-macam, tangan pun macam-macam hal karang. Haha


Jadi, bagi pendapat aku kalau korang nak borong barangan murah-murah, korang boleh singgah sini. In fact bukan kat Selayang je ada Eco-Shop Mini Mart ni. Haaa, nampak tak atas bumbung ada mention yang dekat Selayang ni adalah Cawangan ke-87! It means that kat luar sana sebenarnya dah banyak dah kedai ni dan aku pulak baru tahu kewujudan kedai murah macam ni. Aku yakin sales turnover diorang sangatlah tinggi.

Sebabnya kalau korang lambat, barang yang korang nak Hari Isnin tapi tak cukup duit. Hari Selasa datang balik, barang tu dah out of stock. Kena tunggu pulak pekerja dia letak lagi barang yang korang nak tu. Means, memang laku la barang kat kedai ni. Mana taknya, haritu aku pergi dah petang jugaklah, ramai yang berpusu-pusu baru masuk dann dann dann aku tak nampak sorang pun pekerja dia rilek goyang kaki sembang-sembang. Hahaa

Kalau korang yang duduk berdekatan Selayang tu, bolehlah singgah ke Eco-Shop Mini Mart ni. Memang berbaloi-baloi!



Lokasi : Selayang Branch
BRANCH : Selangor Branch


 


2 comments:

  1. wah jimat sgt ni..kat sabah ada juga cmni, ninso namanya..smua brgan rm2.50 tp sha blm masuk lg..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ninso . Cute name. Dah bunyi macam daiso jee. Daiso sini RM5. hehe

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,