Roti Canai Kayu Arang Melaka - Melaka Food Travel - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 27, 2017

Roti Canai Kayu Arang Melaka - Melaka Food Travel

ROTI CANAI KAYU ARANG MELAKA - MELAKA FOOD TRIP | Antara tempat makan yang menjadi tumpuan orang ramai dan pengunjung luar Melaka pada waktu pagi adalah Roti Canai Kayu Arang di Bachang Melaka. Kalau 10 tahun lepas, ia hanyalah sebuah warung kecil yang hanya menjual roti canai yang dimasak di atas arang.

Dan sekarang warung yang kecil tu dah menjadi besar dan luas dengan satu kawasan makan yang besar, siap ada tambahan pilihan makanan seperti sate, ayam goreng seperti Uncle Bob, sotong goreng, kuih-muih, lontong, nasi lemak dan lain-lain.

Lontong pilihan Fatin, partner travel Melaka.

Yes. It's for me. Roti canai & roti boom, my favourite roti.

Crowd di Kedai Roti Canai Kayu Arang.


Kalau korang nak tahu, kedai ni pernah masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Dan rugi kalau korang datang ke Melaka tapi tak try makanan yang ada di Melaka. Dan kedai ni memang kena masuk buku travel korang untuk korang singgah rasakan makanan kat kedai ni. Disebabkan kedai ni famous dan viral, memang ramai yang datang ke kedai ni masa hari Ahad haritu. Tempat kitorang duduk siap dah ada orang booked dah walaupun kitorang belum habis makan. Hahaa

Well, belum cuba belum tahu. Harga yang murah dan berpatutan. Dan jangan lupa cuba Roti Tampal yang special dekat sini. Kawan Fatin ada datang makan sama, dia order Roti Tampal. Boleh tahan kenyang kalau roti sebesar tu. So far, memang puas hati dan aku bagi 4 bintang untuk kedai Roti Canai Kayu Arang ni.

Jadi total untuk 2 roti canai, roti bom, lontong dan 2 teh tarik hanya berjumlah RM13 saja. Murah kan?


Untuk pertanyaan, hubungi :

Roti Canai Kayu Arang
Lokasi : Jalan Bachang, Melaka
Tel : 016-661 2434
Waktu bekerja : 7 pagi hingga 12 tengahari
(Buka setiap hari kecuali hari pertama Hari Raya & Hari Raya Haji)



Baca artikel :

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,