Petua Bebaskan Diri Dari Sebarang Hutang - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 9, 2017

Petua Bebaskan Diri Dari Sebarang Hutang


PETUA BEBAS DARI SEBARANG HUTANG | Memang dengar macam mudah je nak bebas hutang tu kan. Tapi tak mustahil. Kita silap kalau set dalam minda yang kita takkan bebas dari hutang sebabnya sekarang ni pun dah ramai yang bebas dari hutang selepas bertahun-tahun berungkus-mlumus melangsaikan hutang yang tertunggak. Percayalah. Hutang kita pasti akan langsai cuma bezanya, sebanyak mana usaha kita untuk langsaikan segala jenis hutang tu.

Hutang PTPTN?
Hutang MARA?
Hutang kereta?
Hutang rumah?
Hutang personal loan?
Hutang Insurans Tertunggak?

Setiap orang ada hutang. Baik hutang dengan manusia atau dengan bank, banyak atau sedikit. Besar atau kecil. Ya, memang tak semua orang ada hutang yang banyak. Tapi, alangkah bahagianya hidup jika hidup dah bebas dari berhutang walaupun hutangnya sikit. Dan masa tu boleh rasa macamana kehidupan orang kaya rasa. 

Antara sedekah dengan hutang. Who come first? Nak selesaikan hutang, Kena banyakkan sedekah. Sebabnya makin banyak sedekah, makin banyak boleh bayar hutang. Makin cepat boleh settle lumpsum. Betul ke? 

Haaa! Betullah tu 😊

Mencabarnya rasa waktu lepas gaji masuk akaun bank

TIPS PAY AND SPEND (P & S)
Especially time dapat gaji. Katakanlah gaji masuk waktu pagi, terus bawa isteri ke bank sekali, biar isteri tunggu dalam kereta. Sampai ke bank, keluarkan dulu semua duit yang ada tu. Masuk saja ke dalam lereta, bagi dulu bahagian isteri. Itu lah sedekahmu yang utama, wahai suami.

Kemudian, masuk ke bank semula untuk menghantar sebahagian duit gaji itu untuk ibu dan ayah di kampung, anak saudara yatim piatu. Dan kalau ada ahli keluarga yang susah. Masukkan semampu dan seikhlas hati kita juga. Kemudian, barulah bayar segala jenis hutang yang perlu dibayar, loan kereta, loan rumah, bil air, bil api, PTPTN. Ada lebih lagi? Boleh buat belanja makan keluarga, kan jarang-jarang dapat spend time bersama.

Dan akhir sekali bayarlah hutang korang dengan manusia. Percaya atau tidak? Hutang yang sepatutnya korang bayar RM100 (sebagai contoh) pada masa itu, Tidak mustahil boleh dibayar lumpsum sebanyak RM500. Dari mana datangnya RM400? Turun dari langit ke? Hujan duit? BUKAN!  Itu rezeki dari Allah. ITU kuasa sedekah.

Kerana semasa kamu bersedekah, mereka berterima kasih padamu Dan mengucapkan "Semoga murah rezeki selalu". Alhamdulillah. Nampak tak macamana nak menarik rezeki datang Kepada kita? Cuba dulu, baru tahu. Semoga sntiasa dimurahkan rezeki selalu. Ameen 😊

Credit : JemaahAffiliaterFTR (Tiada backlink, credit Business Group)

Baca artikel :



2 comments:

  1. Hutang ni tak boleh kita jadikan kebiasaan. Sebab tu kena bebaskan diri dari hutang supaya hutang tak bertambah2

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,