Langkah-Langkah Mudah Beli Domain Dari NETKL - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 1, 2017

Langkah-Langkah Mudah Beli Domain Dari NETKL

CARA BELI DOMAIN TERBAIK DARI NETKL | Baru 5 hari menggunakan domain sendiri iaitu www.mawarassufi.com, dah ada yang bertanya mana aku beli domain. Maybe sebab dah terlalu lama dia asyik buka blog aku asyik masuk blogspot je kan, kalini terkejut kot sebab dah berdotcom. Baru lah nampak esklusif sikit kan. Gitu.

Sebenarnya impian nak berdotcom ni dah lama. Dari awal tahun 2017 lagi, mana taknya. Blogging dari 2009 masuk tahun 2017 dah hampir 8 tahun tau setia dengan blogspot. Cuma kalini tak boleh tahan dah, nak tukar mood pula. Tapi bila fikirkan nak baca review dulu pasal domain ni, nak tahu kelebihan dan kebaikannya, terpaksa lah hold sebab tak berkesempatan nak baca. Alhamdulillah, kalini dipermudahkan juga.
MENGENAI NETKL
NetKL merupakan satu rangkaian yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran nama domain dan hosting bagi sesiapa yang inginkan nama domain sendiri. Tapi yang bagus dan berbeza berbanding syarikat lain, korang boleh dapatkan panduan secara langsung dari admin live chat yang bertujuan untuk memudahkan korang dalam pembelian nama domain. Satu persatu panduan akan diberikan siap dengan question and answer live lagi. Boleh je tanya apa-apa soalan yang korang rasa nak tanya tentang nama domain ni.

Info selebihnya boleh baca lanjut di NetKL pilihan terbaik membuat domain name sendiri.


LANGKAH-LANGKAH MEMBELI DOMAIN NAME DI NETKL
1. Buka website NetKL
2. Pilih Register New Domain


Masukkan pilihan domain name korang dan Check availability nama pilihan korang

  • Tick (/) Available Order Now
  • Makesure harga domain name ialah RM45/tahun
  • Add to Cart


Domain yang aku beli tak ada security. Sebab aku tak tick ID Protection. Kalau nak secure boleh Tick (/). Kalau nak jimat tak perlu tick. Itu maknanya nama domain yang korang pilih tu diorang secure kan so tak ada lah problem in future. Blogger otai Wayne kata tak beli pun tak apa, domain name dia pun dah 2 tahun guna. So, iols ikut je. Jimat RM15 aku.


  • Makesure amount to be paid adalah RM45/tahun
  • Klik Checkout



  • Isi maklumat dalam Checkout Details
  • Dan teruskan ke pembayaran domain name
  • Charges boleh pilih samada nak bayar melalui Online Banking (Free Of Charge), Credit Card (RM12.13) atau PayPal (RM13.98).



  • Tick (/) seperti yang dibulatkan seperti di atas.
  • Complete Order
  • Invois ini diterima sebelum membuat pembayaran sebagai bukti berapa amaun yang perlu dijelaskan.
  • Kalau pilih Online Banking, akan redirect ke website bank pilihan korang
  • Teruskan pembayaran
  • Tunggu email pengesahan penerimaan pembayaran (Biasanya 15 ke 20 minit) Aku haritu dalam 5 minit macam tu dah dapat feedback yang inform domain name pilihan dah aktif

Alhamdulillah. Step yang simple kan? Lepas je pihak NetKL sahkan yang domain name aku dah boleh guna. Eksaited sangat, terus try tapi tak boleh. Hihi. What is happening right now! Haha

Aku pun email pada NetKL tanya kenapa tak appear juga blog aku apa semua. Rupanya aku belum setting dalam blogspot. Hihi. Terasa dungu di situ, kekeke. Kalau tak ada hosting dia mana nak appeared. Rupanya ada step-step yang perlu aku buat selepas domain name disahkan. Step untuk setting dalam blogspot aku agak lemah, jadi aku follow Cara Nak Set Up Nama Domain Dalam Blog yang ditulis oleh Rahim Aim. Kalau tak reti nak set up juga, boleh email pada NetKL, cakap nak minta setup kan blog sekali. So, diorang akan caj RM10 sekali set up.


Alhamdulillah settle panduan untuk membeli domain dari NetKL. Semoga berjaya! Kalau berminat nak beli domain juga, boleh terus beli dari NetKL tanpa ragu-ragu.





2 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,