Cara Mudah Mencarum KWSP Sendiri Melalui CIMBClicks - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 14, 2017

Cara Mudah Mencarum KWSP Sendiri Melalui CIMBClicks

CARA MEMBAYAR KWSP SENDIRI MELALUI CIMBCLICKS | Bulan Ogos 2017 merupakan caruman pertama aku yang aku bayar secara persendirian. Kalau nak buat autodebit  dari bank memang kena ke kaunter bank dan KWSP untuk uruskan proses autodebit. Caruman dalam KWSP adalah tak wajib sebenarnya tapi kita ada pilihan untuk membayar caruman secara persendirian atau secara sukarela. Ia bergantung pada kita samada nak buat pembayaran di kaunter KWSP, perbankan internet atau melalui autodebit terus dari bank kita.


SYARAT MENCARUM KWSP SECARA PERSENDIRIAN

1. Berumur 18 tahun semasa ingin mencarum :
  • Pekerja sambilan, pekerja sementara dan pekerja dalam tempoh percubaan;
  • Pengarah yang menerima upah dari syarikat;
  • Pekerja sehingga umur 75 tahun sekiranya masih bekerja sama ada sudah atau belum membuat pengeluaran penuh/sebahagian selepas mencapai umur 55 atau 60 tahun;
  • Pekerja yang telah mengeluarkan kesemua simpanannya di bawah Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan, dan bekerja dengan majikan selain daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan;
  • Pekerja yang telah mengeluarkan simpanannya di bawah Pengeluaran Hilang Upaya, dan telah sembuh dan bekerja semula.
  • Umur maksimum : 75 Tahun

PROSEDUR MEMBUAT CARUMAN MELALUI ONLINE BANKING


1. Login CIMBCLICKS
2. Pilih : INVESTMENT - EPF


3. Isi maklumat yang diperlukan.
Nota :
- Isi Member's EPF No : Nombor akaun KWSP kita
- Member's Name : Nama kita


4. Submit dan isi TAC Code.


5. Yakin proses hingga dapat final receipt yang menyatakan 'SUCCESFULL' ini sebagai bukti pembayaran.

Dan tunggu KWSP update pembayaran kita. Selalunya KWSP update perbankan online dalam masa 2-3 hari bekerja. Dan lepas 3 hari bekerja, korang boleh update dalam statement KWSP, samaada sudah update pembayaran terbaru atau belum.





Maklumat lanjut, hubungi terus pihak KWSP di bawah :

EMAIL : KWSP
HUBUNGI :
TEL : 03-8922 6000
FAX : 03-8922 6222
Maklumat Lanjut Pencaruman





1 comment:

  1. terbaik..membantu sangat ..tq sis :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,