Cara Booking Hotel Bajet Melaka Melalui Apps Traveloka Dengan Cepat Dan Mudah - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 26, 2017

Cara Booking Hotel Bajet Melaka Melalui Apps Traveloka Dengan Cepat Dan Mudah

CARA BOOKING HOTEL PERCUTIAN BAJET MELALUI APPS TRAVELOKA | Bercuti dengan bajet yang rendah sangat disukai ramai orang terutamanya yang masih bergelar pelajar tapi suka travel ke negeri orang. Bagi aku sendiri yang dah bekerja tapi masih belajar, aku anggap ini peluang keemasan untuk aku grab sementara harga bilik di Melaka tengah murah. Yang pastinya lepaa aku bandingkan harga bilik di Traveloka dengan yang lain. Boleh tahan jauh juga.

Untuk yang sedang berjimat macam aku, tentunya aku pilih yang murah iaitu melalui Apps Traveloka. Korang tahu tak kalau kita buat sebarang tempahan melalu Apps, kita akan dapat bilik dengan harga diskaun kalau nak bandingkan dengan harga yang kalau kita tempah terus ke hotel berkenaan.

Untuk yang pertama kali nak buat tempahan melalui Apps Traveloka boleh follow langkah di bawah :

CARA MEMBUAT TEMPAHAN HOTEL MELALUI APPS TRAVELOKA

Search, Download & Install Apps 'TRAVELOKA' di Google Play Store.

1. Search Bilik di kawasan yang diingini. Contoh : "Melaka City, Melaka"
2. Pilih bilik yang berhampiran dengan Pusat Bandar Melaka (Mudah untuk round ke bandar tanpa perlu naik kereta) & High Rate atau review.
3. Select bilik yang dipilih.
4. Masukkan maklumat penginapan (Nama, nombor telefon dan emel) - Continue
5. Double check booking detail - Continue
6. Select payment method (Ada 3 pilihan utama - Debit/Credit Card, Internet Banking atau 7Eleven)
7. Continue
8. Link akan redirect ke website internet banking yang korang pilih.
9. Confirm payment (Means confirm booking bilik)
10. Korang akan terima pengesahan pembayaran yang dibuat.
11. Manage booking - Let say nak cancel booking, refund, nak contact Traveloka or what so ever yang berikatan dengan booking yang dah dibuat tu, boleh update di 'Manage Booking'.
12. Send Receipt - Tanda korang dah buat payment dan ini sebagai bukti pembayaran sah diterima. Resit tu akan dihantar ke emel yang korang daftarkan tadi.
13. Cek emel, print receipt.







Dalam banyak-banyak apps untuk booking hotel, aku prefer untuk cek yang ada Free Cancellation. Sebab in case apa-apa jadi in future macam emergency cancel or ada something yang terpaksa cancelkan short vacay ni, aku boleh get ready untuk minta refund dari pihak sana since aku nak cancel tempahan bilik. Tapi, biasanya refund takkan dapat seminggu dua lepas cancel booking. Diorang akan proses dan ambil masa lebih kurang 30 hari. Dan pastikan korang cancel booking sebelum date yang diberitahu which is at least 2 hari before hari kejadian. Ini kebiasaannya lah.

Kalau after date tu baru korang cancel, kemungkinan besar diorang akan caj korang sebab langgar terma dan syarat diorang. Silap-silap no refund. Hihi


Baca artikel :


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,