10 Tips Penting Belajar Sambil Bekerja - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Sep 6, 2017

10 Tips Penting Belajar Sambil Bekerja

10 TIPS PENTING BELAJAR SAMBIL BEKERJA | Sebelum ni aku pernah share beberapa cabaran belajar yang aku hadapi masa Semester ke 3 dulu iaitu lebih kurang 2 tahun lepas. Alhamdulillah cabaran tu aku dah lalui dengan baik-baik saja. Sekarang aku nak kongsikan pula dengan korang beberapa tips yang korang boleh gunakan once dah masuk Semester 1 nanti. Sebab korang akan lalui benda yang sama macam aku. So, apa salahnya aku nak bantu korang, kan?

Walaupun nampak mudah, ye lah bila kita kerja kita dapat income, pengalaman dan networking lebih luas. Pastinya menjadikan diri kita lebih dewasa dan matang dalam membuat keputusan atas kerjaya dan masa depan diri kita. Dan bila kita belajar, kita dapat elmu, kawan baru dan networking juga. Bezanya kita belajar teori. Bukan praktikal 100%.


Biarlah namanya separuh masa ataupun sepenuh masa, cabaran tu memang tetap akan ada. Berbeza dari segi cara kita kendalikan cabaran tu. Samaada kita biarkan cabaran itu berakhir dengan masalah atau handle sampai selesai. Korang ada jawapannya.

10 TIPS PENTING BILA BELAJAR SAMBIL BEKERJA

1. RANCANG JADUAL KERJA SEBAIKNYA
  • Korang tahu sendiri tahap kesusahan dan tahap kesenangan kerjaya korang. Aku tak akan sentuh soal tu. Aku cuma sekadar nak mengingatkan kalau-kalau korang lupa yang rezeki tu Allah bagi pada setiap orang lain-lain rezekinya. Jadi, kerjaya yang Allah bagi tu mungkin sukar bagi korang ditambah lagi dengan komitmen baru korang iaitu belajar. Jangan sesekali anggap ini beban. Anggaplah ini satu cabang rezeki yang Allah tengah buka untuk korang. Jadi, belajarlah susun waktu kerja korang sebaiknya. Jika kerjaya korang memerlukan perhatian korang lebih, selesaikan kerja sebaiknya dulu. Korang nak bagi parents duit gaji yang berkat, kan?

2. SUSUN ATUR MASA
  • Kalau kita boleh susun atur masa untuk kita tidur, makan dan solat. Jangan jadikan kerja dan belajar dalam satu masa ni sebagai alasan untuk kita pecah amanah pada diri sendiri. Masa bekerja adalah ibadah. Masa belajar juga satu ibadah. Susun lah waktu yang terbaik supaya hidup kita terisi dengan perkara yang bermanfaat saja.

3. HARGAI MASA YANG ADA
  • Semua orang ada 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Kita juga sama. Kita sedar yang orang lain ada 12 jam untuk diri sendiri, tapi kita hanya ada 8 jam sehari untuk diri sendiri. Tapi, itu tak bermakna kita tak boleh buat perkara yang sama macam diorang. Manfaatkan setiap saat yang kita ada, kurangkan waktu sosial yang sia-sia tapi lebihkan pada keluarga dan diri sendiri yang mana lebih bagi manfaat. At the end, kita dapat buat perkara yang sama dengan orang yang ada 12 jam masa lapang. Okay, tak payahlah nak percaya apa aku cakap. Buat saja dulu.

4. TENTUKAN WAKTU TERBAIK UNTUK BELAJAR
  • Lain orang lain caranya. Bagi aku sendiri, waktu belajar yang terbaik untuk aku ada 2 waktu. Yang pertama, untuk teori adalah sebelum masuk Subuh hingga pukul 8 sambil diiringi exam study mood music. Boleh siap Dhuha sekali. Lagipun kerja masuk jam 9 kan. Sebelum ni aku silap percaturan. Aku ingat lepas balik kerja boleh study, in fact aku tak boleh. Sebab energy dah digunakan 110% seharian di office. Boleh kata 1 semester aku buat experiment. It failed. Mujur tak effect result masa tu. Even tidur 2 jam untuk recover energy pun tak ngam! 20% saja yang kita akan faham. Selebihnya kirim salam. Untuk subject calculation, as for me waktu terbaik adalah malam weekend. Ambil masa lebih kurang 2 jam untuk fahami topik-topik yang dah dipelajari. Then, bila dah faham. Baru buat exercise seiring dengan music.
  • Senang cerita, aku 40% boleh ngam bila study dengan iringan music. Tapi hanya slow music bukan hard music. It actually depends pada diri sendiri punya style. Boleh try and error untuk tahu style sekian-sekian serasi atau tidak untuk improve kebolehan diri. Mana tahu sebelum ni tak pernah buat sebab tak suka dan tak minat tapi now bila dah buat, jadi selesa. dan mudah faham. Siapa tahu kan?

5. SEIMBANGKAN AKTIVITI HARIAN
  • Explanation lebih kurang point 3. Macamana kita nak waktu yang sama macam orang lain, kita boleh buat sama macam orang lain tapi bergantung pada kapasiti dan kemampuan diri kita. Tak mampu spend masa 2 jam, kurangkan kepada 1 jam. Janji boleh spend sedikit masa daripada tak ada langsung. Contoh terdekat seperti kerja, belajar, riadah, sosial bersama kawan dan waktu bersama keluarga tersayang. Semua ni kita nak buat macam biasa tapi limitkan pada waktu yang kita ada supaya sama adil. Boleh kan?

6. IKUT KEMAMPUAN DIRI
  • Pernah dengar kata pepatah "Ukur baju di badan sendiri"?
  • So, berbelanjalah ikut poket sendiri, berjimbalah ikut waktu lapang sendiri dan melantaklah ikut saiz perut sendiri. So, konklusinya ikutlah kemampuan diri sendiri bukan tengok orang lain.


7. BERITAHU STATUS BELAJAR KEPADA ORANG SEKELILING
  • Kalau aku sendiri aku akan bagitahu orang sekeliling bila keadaan memerlukan saja. Tak semua orang perlu tahu keadaan kita, hanya yang betul-betul perlu tahu saja kita bagitahu. Tak payah nak rahsia sangat. Orang tak rajinnya nak korek-korek rahsia kau tu. Hihi. Salah satu sebab kenapa kita kena explain yang kita masih belajar and so on adalah supaya orang akan faham keadaan kita yang mungkin akan kepenatan. Dan dia tidak memaksa kita untuk join aktiviti diorang yang kalau kita tak ada pun tak apa. So, just leave it. Lagi satu kena bagitahu mana tahu ada promotion ke, merasa jugaklah nak naik pangkat ke apa kan. Begitu.

8. PILIH SUBJEK IKUT KEMAMPUAN
  • Ini pengalaman aku sendiri, aku terlalu nak ikutkan kawan sangat. Aku rasa kalau aku tak ada sama-sama dengan diorang, aku tak boleh jawab exam lah, aku tak pandai lah, aku tak boleh belajar kalau tak faham lah dan lain-lain alasan. Tapi, itu masa awal tempoh belajar. Sampailah satu saat result aku drop, tak lagi Dean List dan masa tu rasa macam baru tersedar yang sebenarnya kita belajar bukan sebab nak ikut orang. Tapi aku belajar untuk diri sendiri dan demi masa depan diri sendiri juga.
  • Lepas dari tu, subjek yang aku ambil tak sama dengan diorang sebab ambil sikit. Biasa ambil 5 subjek tapi aku ambil 3 subjek saja. Sebab kalau drop lagi at least tak jauh sangat tersungkur CGPA tu. Haha. Alhamdulillah, baik-baik je result aku. Dan sekarang semester kalini adalah semester terakhir untuk diorang. In Shaa Allah. Dan aku ada lagi 1 semester sebelum grad yang berbaki 2 subjek lagi. In Shaa Allah.

9. PILIH RAKAN BELAJAR YANG POSITIF DAN MEMBANTU
  • Aku terima banyak betul aduan dan keluhan dari junior-junior yang suka sangat ganggu aku time daftar subjek. Diorang ni memang nak kena tau. Ingat aku masa daftar subjek baru je! Cubit korang baru tau. Haha. Yang masalahnya diorang ni, jumpa aku nak mengadu. Asal mengadu jumpa aku. Mengadu sebab failed. Mengadu sebab CGPA jatuh (aku pun pernah drop jugak! huhu). Mengadu sebab kawan lulus, dia tergelincir (Itulah kau. Percaya kawan kau sangat. Depan kau je nampak main-main, belakang kau? Haha. Buruk sangka sikit tak salah) Mengadu sebab kena dismissed. Mengadu sebab kucing mati. #Eh? Haaa, memanglah kakak ni kaunselor korang semua kan.
  • Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah sila pilih kawan yang baik dan positif demi masa depan korang. Kalau rasa tak boleh go, sila go cari orang lain. Kala tak, nanti akak pula yang merana. Haha

10. TIDAK TERLALU BERGANTUNG PADA ORANG LAIN
  • Kalau dulu dah terbiasa ke sana sini berteman. Makan berteman. Semuanya berteman. Apa kata kalini cabar diri sendiri untuk bergerak solo. Kakak tahu korang dah ada love partner, tak payahlah sindir kakak. Haha. Tak semua benda kita kena berteman tau. Dan tak semua benda kita boleh buat sendiri. Contohnya kalau nak buat group project, jadi ke group kalau kau sorang ahlinya? Pfftt
  • Bergerak solo ni ada sebabnya. Salah satunya, kita ada rasa bertanggungjawab dan komited pada diri sendiri. Taklah sikit-sikit tanya orang lain melainkan kau memang pelupa macam kakak kau ni. Herrr.


Semua benda kita buat dalam hidup ni ada cabarannya. Yang berbeza adalah cara kita handle. So, dah tahu macamana nak handle masalah yang korang hadapi sekarang? All the best okay!

Aku rajin sangat nak berkongsi perasaan dan pengalaman yang sedikit ni sebab sekurang-kurangnya aku akan ingat macamana perasaannya masih belajar dan aku yakin aku akan merindui saat-saat aku masih bergelar pelajar. Aku tak akan lupa. Mana tahu satu hari nanti aku merindui segala momen-momen indah masa ni kan. Boleh aku baca semula dari awal perjalanan aku mula sambung belajar di UiTM Shah Alam ni.


Baca artikel :


2 comments:

  1. dulu time sha study pun sha pun cr rezeki hihi, buat2 tmbh pndapatn, tp tips ni mmg sgt bguna, thanks for sharing

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,