Tips Jimat Duit Cuci Gambar Sehingga RM52 Untuk 32 Keping Gambar - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 28, 2017

Tips Jimat Duit Cuci Gambar Sehingga RM52 Untuk 32 Keping Gambar


TIPS JIMAT DUIT CUCI GAMBAR SEHINGGA RM52 UNTUK 32 KEPING | Kalau tak ada sebab yang munasabah, aku pun tak berapa nak rajin nak pergi buat gambar pasport ni. Gambar yang aku ada pun dah habis, itu pun 8 keping habis dalam 3 tahun. Inikan pula 32 keping, bertahun-tahun juga nak habis ni nampaknya. Silap-silap sampai 3 keturunan aku baru habis kut. Hihi

Bila fikirkan tempat ambil gambar di tempat aku dah tinggal satu which is Foto Super Image di Seksyen 6, colleague dan kawan aku baru je gambar buat kat situ. The review is mahal dan kurang berkualiti. So, aku macam "hmm mahal .." Haha. So, decide untuk ambil gambar sendiri dan edit dan just print saja di kedai. As per print saiz 4R ni tak adalah mahal sangat compared to buat semua kat kedai gambar.

Yang mahal tu sebenarnya kos upah ambil gambar, editing dan harga mesin printer tu mahal. Walhal diorang bukan edit molek sangat pun. Hihi. Diorang tak ada pun tanya korang, nak edit mana nak crop besar mana, kalau macam aku pulak, tak adanya dia nak tanya nak edit ke tidak jerawat ni, jerawat batu ni nak buang ke tak. Parut jerawat ni nasi kasi flawless ke tak. Hehh, tau-tau je "Kak, dah siap." Bila tengok gambar, mak aih! BIla masa aku sorok pau kat pipi ni! Hahaa

DIY sendiri je gambar pasport tu tapi makesure saiz gambar dan kualiti pixel gambar tu tak pecah. Kalau tak nanti gambar tak cantik. Tau tau!


CARA-CARA EDIT GAMBAR PASPORT 8 KEPING DALAM SATU GAMBAR SAIZ 4R

1. Download PhotoGrid Apps di PlayStore dalam smartphone korang & Klik 'GRID'

STEP DI BAWAH :
2. PILIH - Pilih gambar yang korang nak edit
3. RETOUCH - Untuk edit kasi flawless. Haha
4. OPTION - Banyak pilihan nak edit. Nak mata besar, pipi kurus, putih seputih Qu Puteh, segala jenis mak nenek jerawat jeragat boleh buang

STEP DI BAWAH :
5. CROP - Sila crop gambar
6. RATIO - Crop mengikut ratio ( 3 : 4 )
7. RESIZE - Klik pada gambar dan kecilkan gambar, tinggalkan sedikit warna putih di luar gambar

STEP DI BAWAH :
8. WATERMARK (Last Option) - Sila pilih watermark, option hujung sekali. Choose NONE.
9. KLIK GAMBAR - Tekan pada gambar sampai keluar grid warna merah, pilih +90 degree.
10. HORIZONTAL - Gambar akan jadi Horizontal.

STEP DI BAWAH :
10. SAVE - Klik NEXT dan SAVE. Pilih format seperti di atas.
11. DONE FOR 1 PASPORT PICTURE !

STEP DI BAWAH UNTUK COMPILE JADI 8 GAMBAR DALAM 1 4R SIZE :
1. PILIH GAMBAR - Pilih gambar yang telah disave tadi dan klik sebanyak 8 kali.
2. LAYOUT - Pilih layout seperti di atas. Ada 8 tempat kosong dengan saiz yang sama. Jangan pilih saiz lain.
3. RATIO - Pilih ratio ( 2 : 3 )

STEP DI BAWAH :
10. SAVE - Klik NEXT dan SAVE. Save guna kualiti terbaik untuk gambar korang, 2048P.
11. DONE FOR 1 4R PICTURE !

Lepas semua dah siap, masukkan gambar 4R yang korang dah siap edit tu dalam pendrive lebih mudah. Takmau Whatsapp sebab takut pixels gambar tu jadi kecil atau pecah ke nanti. Email pun boleh kalau risau pendrive kena virus, tapi mana tahu kedai gambar tu ada Internet connection problem pula masa tu. So, lebih selamat guna pendrive. Kalau risau kena virus, balik rumah terus scan pendrive korang okay!

Lepas tu boleh bawa pendrive tu untuk print out gambar bersaiz 4R. Tapi sebelum tu tanya dulu sekeping 4R berapa ringgit. Biasa paling murah boleh dapat RM1, tapi kat tempat aku tadi aku dapat RM2/keping. Kira bolehlah tu. Kalau sekeping sampai RM5 dan ke atas. Sila keluar dari kedai tu! No compromy! Cekik darah betul tu. Haha

Harga standard print gambar saiz pasport zaman sekarang ni :
4 keping : RM12
8 keping : RM18
12 keping : RM24
16 keping : RM30

Kalau macam dekat tempat aku tak silap RM15 untuk 4 keping. Kalau aku buat 32 keping which is 4 keping 4R bermaksud aku kena spend RM60. Tapi since aku print 4 keping gambar 4R yang aku dah edit ni, kira tolak tambah hanya RM8 saja. Tadi staf tu cakap print banyak boleh dapat diskaun, tapi dia caj RM8 juga. Tak apelah, maybe banyak kalau 5 keping ke atas kut. Haha

So, aku dah dapat jimat RM52 saja! Woww! Banyak juga kan.

Harga print gambar saiz 4R di tempat aku RM2/keping
APA YANG KORANG PERLUKAN UNTUK DIY GAMBAR PASPORT?
  1. Kamera : Tak perlu pun kamera mahal-mahal, cukuplah smart phone korang boleh ambil gambar molek, tak ada penyakit parkinson atau menggeletis atau menggeletek.
  2. Background : Biasa orang pakai langsir kan, atau tudung yang agak tebal untuk cover warna dinding atau maybe dinding korang dah warna biru laut. Tapi disebabkan aku tak ada langsir atau tudung warna biru laut ni. Hmm, haha. Guess what. Jangan tergelak kalau tahu behind the scene aku tau. Ehem, aku guna t-shirt mak aku. Siap bergosok lagi tau. Kau ada?
  3. Smartphone : Untuk edit guna Apps.
  4. Pendrive : Untuk simpan gambar dan bawa ke kedai untuk print.
  5. Masa & Tenaga : The most important thing yang korang perlukan. Of course!

All the best!

Credit : SiakapKeli

Read more :



14 comments:

  1. Wah! Kreatifnya :D
    Kaklong pun ingat langsir tadi tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan boleh jimat, tshirt pun bedal aje. hihi

      Delete
  2. wahhhh menarik. senang rupanya. tq sharing

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada kisah nak buat gambar ni. Mula2 mmg nk buat mcm ni. Tapi blur xreti nk guna. Lepas tu bermulalah kisah saya http://www.wayneharraz.com/2017/08/tak-perlu-bawa-gambar-semasa-buat-passport.html

    ReplyDelete
  4. ada guna apps ni kat handphone. tapi tak tahu plak boleh edit gambar passport. menarik ni. thanks for sharing.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  5. Sama la..haritu akak nk guna gambar passport..nak pi kedai gambar, amik gambar mesti mahal kan..penyudahnya..mintak ofismate amik gambar akak kat ofis guna hp..lepas tu edit guna pc & print kat ofis..gambar tu utk ofis pun..save duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat sangat ni kan kak. Syangnya, lagi best kalau idea cemni terfikir masa study dulu. wakakaka

      Delete
  6. hai hai hai .
    adik kakak dah pakai domain niii .
    btw, nice idea . nak guna nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Yippiee :)

      Kannn. Boleh jimat byk duit.. Kcing! Kcing! Kcing!

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,