Tercapai Impian Mawar Assufi Officially Dah Tukar Dot Com - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 30, 2017

Tercapai Impian Mawar Assufi Officially Dah Tukar Dot Com

TERCAPAI IMPIAN MEMILIKI DOMAIN SENDIRI PADA 2017 | Setelah hampir 8 tahun bersama blogspot sejak aku 16 tahun lagi. Asalnya nama blog ni naurahnawwarah atas sebab aku sukakan maksud nama-nama unik ni. Selama 7 tahun blog ni kekal dengan nama tu sampailah tahun lepas aku tukar Mawar Assufi. Agak susah nak fikirkan nama yang unik, short and simple.

Punyalah aku suka sangat dan berkenan sangat dengan nama Sufi ni sampaikan nama blog saja Mawar Assufi, nama pena pun Akin Assufi (Akin nama manja masa kecil), Sufi (nama manja motor pertama hasil titik peluh sendiri) dan paling kenan sangat aku ni kat nama Mawar Assufi adalah nama perniagaan yang didaftarkan di SSM pun Mawar Assufi Empire. Wow! Nampak kan terkenannya kat nama tu. Hihi

Wajah baru, template baru dan domain name baru

Impian tahun 2017 untuk memiliki domain name sendiri akhirnya dah tercapai. Alhamdulillah. Memang tak mudah sebab kita kena tahu apa yang baik dan tidak baik once kita dah bertukar domain dan sebagainya. Kena ambil peduli juga semua tu, jangan ambil tak endah saja. Nak tukar pun kena ada mentor untuk dirujuk kalau ada sebarang permasalahan yang timbul. Nanti kalau jadi apa-apa, menyesal tak guna. Gituu.


Jadi, www.mawarassufi.com dah officially aktif. Alhamdulillah. Sujud syukur! Rasa macam blog ni bernyawa dari kebiasaannya. Entah kenapa, mungkin sebab semangat dia dah baru so semangat owner dia pun jadi baru juga kut.

So, kalau korang ada terfikir-fikir untuk tukar domain name. Boleh baca tips tukar domain name di bawah :



2 comments:

  1. Assalammualaikum. Tahniah MawarAssufi dah pakai dot com. Semoga lepas ni tercapai pula impian untuk blog yg seterusnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Syukur alhamdulillah :) AMeen.

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,