Spicy Korean Burger McD Betul Ke Pedas ? - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 23, 2017

Spicy Korean Burger McD Betul Ke Pedas ?

BETUL KE SPICY KOREAN BURGER MCD PEDAS SANGAT | Ini dah dikira aku lambat cuba burger baru McDonalds ni sebab McD dah launched Spicy Korean Burger ni pada 25 Julai bulan lepas. Macamana? Korang dah try ke belum? Rasa-rasa berapa bintang nak kasi untuk set burger ini yaa?

ADA APA DALAM SPICY KOREAN BURGER?
Untuk pengetahuan korang, set Spicy Korean Burger ni datangnya dengan roti burger yang gebu yang berwarna hitam ala-ala warna arang, sangat lain daripada yang lain, dengan limpahan keju yang disalut dengan sos pedas Korea dan daging burger yang marvelous gila! Plus ada Air Fanta dan kentang chips.

KOMEN SIKIT SPICY KOREAN BURGER. SEDAP KE?
Nak kata aku tahan pedas sangat pun tak juga. Tapi baru je try burger viral ni kelmarin, pedasnya memang terasa tapi honestly taklah pedas sangat macam dalam iklan tu. Haihh, over nau. Boleh consider lagi kepedasan dia tu. Kalau 5 bintang nak kasi, maybe level pedas 3 je kot, bagi aku lah. Lagipun dah orang belanja, kita pun bedal je lah kan. Aku pun bukan rajin sangat nak membeli. hiks. Ada pepatah kata, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. So, here we go. My review for Spicy Korean Burger.

The advertisement is awesome! Tengok iklan saja dah terliur. Haha

1 Set Of Spicy Korean Burger McDonalds

Rasa daging burgernya yang sedap. Lain daripada yang lain.

MAHAL KE HARGA SPICY KOREAN BURGER?
Ni harga aku google je sebab bukan aku pun yang beli pun so aku tak tahu. Harga 1 set RM15++. Kalau harga ala carte RM12++. So beli je set, puas hati. Nyummy!

RATING NAK KASI UNTUK SPICY KOREAN BURGER
Okay lah. Nora kasi 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟 Hehe . Repeat! In Shaa Allah sebab sedap. Tapi, tak boleh selalu tau sebab mahal. Kehkehh


Go grab them before they’re gone! For more info, visit McDonald’s website and Facebook page.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,