REVIEW | BioXcellent Waistline Fiber Pelengkap Diet Harian - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 9, 2017

REVIEW | BioXcellent Waistline Fiber Pelengkap Diet Harian

BIOXCELLENT W.LINE FIBER MINUMAN KESIHATAN PERISA BUAH-BUAHAN | Cakap pasal badan langsing dan sihat semua wanita nak, bukan? Siapa taknak berbadan cantik molek dan sihat lagi-lagi kalau yang dah bersuami dan dah mempunyai anak. Kalini aku diperkenalkan dengan satu produk kesihatan yang rupanya tidak asing lagi dalam industri kecantikan dan kesihatan iaitu BioXcellent W.Line (Waistline) Fiber. Produk yang dihasilkan dan diinspirasikan dari France yang memang cukup sinonim dengan pakar dalam kecantikan dan kesihatan luaran dan dalaman badan.


Dengan keadaan diri aku yang bekerja, mengajar separuh masa, masih belajar dan berniaga separuh masa ini, aku akui masa yang aku ada cukup terhad untuk membolehkan aku bersenam dan memastikan bentuk badan ideal dan badan yang sihat dan cergas. Serious talk, lepas aku start kerja dari 2014 dulu agak susah nak maintain berat badan walaupun orang keliling selalu cakap metabolism badan aku tinggi dan berat susah naik. Sama sekali salah! Orang nampak yang luar je, hakikatnya jeans lama aku pakai dah sendat, slack beli 2016 tapi belum pakai pun dah sempit. It means?

Guys yang mengalami masalah berat badan, now I feel you.  Sebab tu lah aku decide untuk ambil inisiatif dengan consume BioXcellent W.Line (Waistline) Fiber cepat-cepat sebelum masalah ni jadi makin worst dan menjadi-jadi. You know what, percaturan yang membuahkan hasil bila seminggu consume, ukuran pinggang berkurangan dari before consume.

KENAPA AKU PILIH BIOXCELLENT W.LINE FIBER?
100% Botani Dan Selamat Diminum
Pilihan terbaik untuk diamalkan oleh wanita mahupun lelaki ini adalah produk yang diperbuat daripada 100% bahan botani dan ianya produk yang diyakini selamat. Tetapi, tidak dibolehkan untuk perempuan mengandung atau ibu yang menyusu okay.

Kuantiti yang disarankan untuk diambil (1 skop)

Manfaat Dari Rangkaian 10 Buah-Buahan Terpilih
Siapa saja yang tak kenal buah epal, nenas, buah kiwi, betik, lemon, buah pear, bayam,  timun dan lobak merah dan mangga? Semua orang kenal dan tahu yang buah-buahan ni ada pelbagai vitamin yang bagus untuk tubuh badan samada luaran mahupun dalaman. Satu produk, tapi vitamin lebih dari 1 jenis, rugi kalau tak amalkan. Dan itulah salah satu sebab aku rajin bancuh BioXcellent W.Line Fiber tiap malam sebelum tidur.

Produk Kecantikan Dan Kesihatan Yang Diinspirasikan Dari France

Melancarkan Sistem Pencernaan
Kesan pertama selepas malam pertama consume BioXcellent W.Line Fiber adalah waktu membuang lebih teratur dan sehari tu sampai 2, 3 kali ke tandas. No wonder lah disarankan untuk minum selepas makan malam dan sebelum tidur. Sebabnya selepas makan malam perut belum sempat hadam, kita dah tumbang. So, di situlah pentingnya kita amalkan BioXcellent W.Line Fiber sebagai pelengkap supplement harian kita.

Membuang Sisa Lemak, Toksin Dan Bahan Buangan Lama Yang Terkumpul Di Dalam Usus Besar Penyebab Berat Badan Mudah Naik
Tipulah kalau aku cakap orang kurus tak berlemak. Buktinya, aku. Hihi. Bila luaran kita tak bersenam, dalaman badan kita juga akan lemah dan tidak lagi aktif untuk menghadam dan membuang bahan buangan lama. Dan akhir sekali mudahlah badan, peha dan pipi aku mengembang tanpa amaran. Formulasi BioXcellent W.Line Fiber yang menggabungkan campuran buah dan sayuran cukup bagus untuk dijadikan sebagai detox, memandangkan aku pun seketul insan yang ‘rajin’ kan.

Merangsang Penyerapan Nutrien Baik Di Dalam Tubuh
Nutrien yang bagus untuk tubuh antaranya ialah, Protein, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Zat besi, Mineral, Serat dan banyak lagi. Seperti korang tahu, sebotol BioXcellent W.Line Fiber bersamaan pelbagai jenis vitamin dari 10 jenis buah-buahan dan sayuran di atas. Jika diberi pilihan, aku rela pilih serbuk yang lebih mudah, cepat dan efektif berbanding kena makan kesemua buah di atas setiap satu.

Mengempiskan Perut Dan Mengecilkan Pinggang
Feedback yang paling aku tunggu nak kongsikan dengan korang.
Tempoh : 2 minggu
Sebelum consume (belum makan) : +- 33inches
Selepas 2 minggu (belum makan) : +- 30inches

Ya, mungkin tak banyak bagi korang. Tapi, bagi aku inchloss lebih baik berbanding weightloss. Lagipun, ini baru 2 minggu, kalau sebulan, dua bulan? Helokkk sangat.



Mencerahkan Kulit Di Seluruh Badan
Kalau nak cakap soal putih, memang sejak azali lagi aku bukanlah putih sangat. Cuma since hari pertama baca kebaikan minum BioXcellent W.Line Fiber ni, adalah juga pasang angan-angan bila dah berjaya buang sisa-sisa toksin dalam badan ni, mudahlah untuk aku pudarkan parut jerawat dan parut chicken pox yang masih tinggal ni. Gitew, boleh tak?

Perubahan akan lebih ketara dalam masa lebih kurang 30 hari dengan pengambilan secara konsisten. Dan untuk pengetahuan korang yang berminat, sebotol BioXcellent W.Line Fiber berharga hanya RM70.00 boleh bertahan sehingga sebulan bergantung pada berapa banyak kuantiti serbuk satu skop kita gunakan. Macam aku, mungkin boleh bertahan lagi sebulan sebab aku gunakan ¾ skop saja sekali bancuh. Dan perlu dimasukkan dalam kuantiti air sebanyak 200-250ml air suam/air biasa.

Selepas dibancuh untuk diminum sebelum tidur 

Harga mampu milik oleh sesiapa saja dan mudah dibeli di Watsons atau korang boleh terus beli secara online di Lazada.



Website : BIOXCELLENT
Hubungi/Whatsapp untuk sebarang pertanyaan : +6016-316 3069


10 comments:

  1. Nak try jugak lah.. memang nak cuba kuruskan waistline kita

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Bagus utk yang nak langsing. Akak fieza langsing ngat dah aihh :D hihi

      Delete
  3. Nak try la. mne tau leh ramping. tp berak² tak erk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Pagi-pagi memang membuang. Memang bagus pun membuang pagi-pagi. Tanda perut kita bersih :)

      Delete
  4. senang je nampak nak bancuh tu..menarik!

    ReplyDelete
  5. Sy bru bli td..hrap berhasil lar..😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga berkesan pd awak tau :)

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,