RESEPI | Kue Teow Goreng Simple Dan Sedap - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 19, 2017

RESEPI | Kue Teow Goreng Simple Dan Sedap

CARA BUAT KUE TEOW GORENG SIMPLE DAN SEDAP | Niat buat entry ni tak lain tak bukan cuma nak buat simpanan koleksi resepi yang dah pernah cuba. Sebenarnya jarang sangat masak kue teow goreng atau bihun goreng ni. Sebab selalu ingat leceh, rupanya alaa macam masak sambal ayam campak-campak je. Hihi

Btw, resepi ni ihsan dari Resipi Cik Matahari. Simple sangat resipi dia, kalau bahan tak banyak pun aku rasa jadi juga Kue Teow Goreng ni. Cumanya tak adalah sesedap dan selengkap rasa kalau bahan yang cukup kan.



Hidangan : 4 orang

Bahan-bahan :
  • - Satu bungkus kue teow (500g)
  • - Satu biji bawang sederhana besar (Dihiris)
  • - Tiga biji bawang merah (Ditumbuk)
  • - Tiga ulas bawang putih (Ditumbuk)
  • - Setengah genggam ikan bilis (Ditumbuk)
  • - Satu packet fish ball / fish cake (Dihiris nipis)
  • - Sayur sawi dan taugeh
  • - Daun kucai (Dipotong)
  • - Telur dua biji
  • - Cili kering blend (3 sudu makan)
  • - Sos tiram (2 sudu makan)
  • - Kicap lemak manis (3 sudu makan)
  • - Garam dan gula secukup rasa
  • - Minyak untuk menumis

Cara memasak :
  1. Tumis bawang merah, bawah putih, bilis yang telah ditumbuk dan hirisan bawang besar.
  2. Lepas tumisan naik bau, masukkan cili kering blend, sos tiram, kicap manis.
  3. Kacau sambal tersebut perlahan dan sebati.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Lepas pasti yang sambal korang dah naik minyak, boleh terus masukkan fish ball, fish cake, ayam (kalau ada) dan lain-lain kalau ada.
  6. Masukkan kue teow. Kacau sebati.
  7. Kemudian, baru masukkan segala jenis sayuran yang kita ada iaitu taugeh dan daun kucai. Ada sawi, masukkan.


Well, not bad juga rasa dia. Walaupun rupa hancus! Haha


Sekian .


4 comments:

  1. sedapnya kue teow. Memang peberet kue teow ni. nyum nyum

    ReplyDelete
  2. kueh teow ni la makanan y x blh masuk tekak... padhl tengok org makan sedp je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish ruginya. Lagi-lagi char kuey teow. Peberet ni . hehe

      Delete

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,