Masalah Template Yang Tak Boleh Diedit Langsung Dah Selesai - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 25, 2017

Masalah Template Yang Tak Boleh Diedit Langsung Dah Selesai

MASALAH TEMPLATE YANG TAK BOLEH DIEDIT DAH SELESAI | Selama tiga minggu lebih juga cuba macam-macam untuk repair masalah blog ni, siap hantar jumpa doktor lagi semata-mata nak bagi blog sembuh. Boleh kata dah cuba macam-macam juga, edit itu ini, buang widget itu ini, tambah dan buang itu ini. Bagi blog ringan dan sebagainya. Sampai pening, doktor Wayne Harraz pening, doktor Mya Farisha pun pening tak tahu nak buat macamana.

Masa awal-awal blog ada problem, aku syak datangnya dari warning ni, "Editing your theme so it mixes HTTP and HTTPS may affect the security and user experience of your blog when it is viewed over HTTPS" . Doktor blog aku pun dah cuba macam-macam, tetap template tak boleh buat apa-apa perubahan sebab tak boleh nak save langsung! Again, LANGSUNG! Bila tekan save theme, memang tak ada sebarang perubahan. Sampai rasa fed up kadang-kadang sebab buat itu ini masih sama. Sampai terfikir nak buat blog baru je taw. Hikss

Tapi, alhamdulillah. Slow-slow baca blog orang yang ada masalah macam aku ni. Tapi macam kebanyakannya tak ada pun bagi solutions sebab diorang pun mencari jawapan juga. Lastly, aku tengok Youtube. So, di sinilah titik permulaan blog aku untuk sihat. Kalau korang ada masalah yang sama macam aku, jom follow step kat bawah.


CARA SELESAIKAN MASALAH TEMPLATE YANG TAK BOLEH DIEDIT (MANUAL METHOD)

Pilih template pilihan korang yang sudah diekstrak 

Klik pada template yang version XML

Pilih 'Right Click' - Open With - Choose Notepad 

Select all (Ctrl + A) & Copy all (Ctrl + C)

STEP | Blogger - Theme - Edit HTML

Delete current template. Even widget pun akan dibuang juga. Select all (Ctrl + A) | DELETED! | Paste template just now (Ctrl + V)

 Sebelum SAVE, Preview Theme dulu

Complete! Perfecto!

Kalau sebelum ni ada saja yang aku tak berkenan itulah inilah. Lebar sangat lah, warna tak sesuai lah, tak ada menu tablah. Header kecillah dan macam-macam lagi.

Sekarang alhamdulillah. Segala sisi memenuhi cita rasa aku. Syukur sangat, nasib baik tak buat blog baru lagi. Haaa, tau takut. Hikss


Read more :


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,