Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 27, 2017

Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

LAZADA MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST | 3 hari lagi Hari Kemerdekaan yang ke-60 akan tiba dan apa persediaan yang korang dah buat untuk menyambut Hari Bersejarah ni? Sejujurnya kalau zaman persekolahan dulu, semangat kemerdekaan sangat tebal dan boleh kata semangat patriotik tu kental lah dalam diri. Ceaaa! Siap pasang bendera keliling kelas, sanggup menghias kelas sempena Merdeka dan rata-rata student masa tu sangat cintakan Hari Kemerdekaan. Ohhhh, terimbau kenangan silam.


PERKARA YANG PALING AKU BANGGA MENJADI SEBAHAGIAN RAKYAT MALAYSIA
Walaupun negara kita dihentam dengan pelbagai cerita negatif. Tapi, satu hal yang aku bangga bila menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia adalah kesepakatan dan perpaduan pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Aku yakin semua tahu kan. Dan lagi satu disebabkan kepelbagaian kaum yang wujud dalam Malaysia inilah penyebab terwujudnya pelbagai bangsa, agama, adat, budaya, makanan, pakaian, bahasa, loghat dan sejarah. Malaysia ni unik kan?

PERNAH TAHU MAKSUD LAMBANG JALUR GEMILANG?
Bendera Malaysia yang kita sedia maklum ada 4 warna utama iaitu merah, biru, putih dan kuning. Tapi, pernah tak korang dalami maksud yang ada di sebalik warna-warna kebanggaan kita ni? Dari sekolah lagi aku selalu teringat cikgu BM aku selalu pesan, 4 warna yang berlainan pada bendera kita melambangkan sesuatu yang berbilang dalam negara kita. Sesuatu yang berbilang tapi ia gigih, bersatu padu dan bersepakat di bawah satu bumbung iaitu satu bendera yang kita namakan 'JALUR GEMILANG' dan kita semua menuju satu hala tuju yang sama.

  • WARNA MERAH - Lambang kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.
  • WARNA PUTIH -  Lambang keluhuran dan keikhlasan dalam diri setiap rakyat.
  • WARNA BIRU - Lambang perpaduan hidup yang rukun dan damai.
  • WARNA KUNING -  Lambang kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.


SENTIASA SUPPORT PRODUK TEMPATAN MALAYSIA
Setiap rakyat sesebuah negara pastinya ada sesuatu yang korang banggakan mengenai Malaysia, tanah tumpahnya darahku. Dan tidak terkecuali aku juga. Selain aku bangga menjadi anak Malaysia sebab perpaduan yang tercipta antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, aku memang penyokong tegar apa saja produk tempatan. Bagi aku, selagi masih ada produk Malaysia yang dapat menggantikan produk luar negara, kenapa susah-susah pilih yang luar negara. Gunakanlah produk Malaysia. Siapa lagi nak sokong produk tempatan kalau bukan anak Malaysia sendiri. Tak gitew?

Crown Mona CTD012D Coffee Table yang cantik dan mudah untuk dibersihkan memang menjadi pilihan hati aku. Cantik dan simple.


Khind SM350P Stand Power Mixer pilihan kedua aku as aku pun sekarang dah berjinak-jinak buat biskut dan roti

Tak susah mana pun kita nak support produk tempatan. Bukan sekadar kita pakai untuk kegunaan dan keselesaan diri sendiri. Malah, boleh bantu beri keselesaan sepanjang hari untuk seisi keluarga. Dan korang boleh dapatkan produk-produk ni dari Lazada sebab diorang tengah buat Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sale yang akan berlangsung dari 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2017.


========================================================

MACAMANA NAK JOIN MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST?


The contest runs from 21 August until 31 August 2017



PRIZES - MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST
1st Prize : 1 x RM600 LAZADA Shopping Voucher
2nd Prize : 2 x RM300 LAZADA Shopping Voucher
3rd Prize : 3 x RM200 LAZADA Shopping Voucher


========================================================

Lebih dari 10 jenama tempatan popular yang sedang melangsungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sale yang mana korang akan menerima diskaun sehingga 80%!!! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!


6 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,