Komisyen Pertama Dari Sweet Muslimah Affiliate - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 22, 2017

Komisyen Pertama Dari Sweet Muslimah Affiliate

KOMISEN PERTAMA DARI SWEET MUSLIMAH AFFILIATE | Dari dua minggu lepas, ada beberapa payment notification masuk dalam email dan ianya dari Lazada, 11Street, Shoppe dan investment. Dan ada satu payment yang lain daripada yang lain, nama company juga kurang familiar. Tertanya-tanya juga ni salah masuk akaun aku ke apa? Macam mustahil kan.

Nama syarikat yang tertera adalah SM Rich Marketing Sdn Bhd. Masa tu cuma terfikir, duit investment ke ni, tapi kenapa sikit sangat. Hikss. So, tanpa berfikir panjang. Google dan terus nampak Sweet Muslimah punya website. Seriously?


Excited sebab ini pertama kali dapat komisen dari Sweet Muslimah. Alhamdulillah.

Bukti pembelian pertama dari pelanggan


Haaa, bila dah buka website Affiliate Sweet Muslimah ni, confirm! Confirmed yang payment ni dari Sweet Muslimah. Hihi. Dan aku dapati komisen ni dapat sebab ada seorang pelanggan yang membeli daripada blog aku. Alhamdulillah.

SIAPA SWEET MUSLIMAH?
Sweet Muslimah adalah satu pusat jualan yang menyediakan baju kurung dan pakaian muslimah readymade yang terbesar di Malaysia. Satu hal yang menarik tentang Sweet Muslimah ini adalah diorang selalu berikan promosi jualan kepada para pelanggan. Dalam banyak-banyak baju kurung yang diorang sediaka, aku paing berminat dengan Kurung Moden Najwa.

Antara baju muslimah yang sentiasa mendapat tempat di hati peminatnya adalah :
  1. Kurung Moden Najwa
  2. Kurung Najwa Nafisa

CARA MENJADI AGEN AFFILIATE SWEET MUSLIMAH
Dan aku yakin mesti ada yang curious nak tahu macamana nak daftar jadi agen affilliate juga kan? Cara yang sangat senang untuk mendaftar.
  1. Daftar maklumat di website Affiliate Sweet Muslimah.
  2. Pilih banner untuk dipromosikan dalam blog atau mana-mana media sosial.
  3. Monitor akaun affiliate anda.
Saya sendiri suka promosikan banner yang nampak lebih luas dan besar.

Kurun Najwa

Betullah apa kawan-kawan blogger kata, affiliate marketer ni kerja dia tak semudah ABC sebab kena banyakkan bersabar. Kita takkan dapat hasilnya esok atau lusa, mana tahu rezeki kita akan sampai lepas dah 4, 5 bulan join sebagai agen affiliate ni.

Alhamdulillah. Dan In Shaa Allah, tengah menunggu payment affiliate Lazada pula.

2 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,