, , , , ,

INSPIRE | Zikir-Zikir Sunnah Sebelum Tidur

August 05, 2017

ZIKIR-ZIKIR SUNNAH SEBELUM TIDUR | Perkongsian ni diterima daripada perkongsian group bisnes. Semoga bermanfaat. 



1- SUBHANALLAH 33 kali, ALHAMDULILLAH 33 kali, ALLAHU AKBAR 33 kali

عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّ فَاطِمَةَ ـ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ ـ شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنَ الرَّحَى، فَأَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم تَسْأَلُهُ خَادِمًا، فَلَمْ تَجِدْهُ، فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ، فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ. قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا، فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ " مَكَانَكِ ". فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ " أَلاَ أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ، إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ ".

‘Ali radiallahu menceritakan bahawa Fatimah ‘alaihassalam mengadu tentang kecederaan tangannya disebabkan dia kerja menggiling. Lalu dia pergi menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk meminta daripadanya seorang pembantu, tetapi baginda tidak ada. Lalu dia menyebutkan hal itu kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha. Apabila baginda pulang, ‘Aisyah pun memberitahu hal itu. Lalu baginda datang menemui kami ketika kami sudah berada di tempat tidur kami, lalu aku mahu bangun, baginda pun berkata: Tetaplah di tempat kamu. Lalu baginda duduk di antara kami berdua sehingga aku dapat merasai kesejukan kaki baginda pada dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kalian berdua sesuatu yang lebih baik daripada pembantu rumah. apabila kalian berdua pergi ke tempat tidur, ucapkanlah takbir sebanyak tiga puluh tiga kali, tasbih sebanyak tiga puluh tiga kali, dan tahmid sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini lebih baik untuk kalian berdua daripada pembantu rumah.

[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 6318].


2- AYAT AL-QURSIY

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ
Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menugaskan aku untuk menjaga kutipan zakat Ramadhan.

فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ ،
Lalu datang kepada ku seseorang lalu dia mengambil makanan (daripada simpanan zakat itu). Lalu aku menangkapnya.

فَقُلْتُ : لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ ،
Lalu aku berkata: Aku akan bawa engkau kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Lalu Abu Hurairah pun menceritakan kisah penuh hadis ini.

فَقَالَ : " إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ ،
Pencuri makanan itu mengajar: Apabila engkau pergi ke tempat tidur, bacalah ayat al-Kursiy. Engkau akan sentiasa berada di bawah perlindungan Allah, dan syaitan tidak akan menghampiri engkau hingga pagi.

فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ
Lalu nabi sallallahu 'alaihi wasallam berkata: Dia berkata benar walau dia seorang penipu. Itulah syaitan.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Bad'i al-Kholqi, hadis no: 3052]


3- MEMBACA 3 QUL

عَنْ عَائِشَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ،
'Aisyah radiallahu 'anha meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam apabila pergi ke tempat tidurnya pada malam hati, baginda akan menyatukan kedua tapak tangannya.

 ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا ، فَقَرَأَ فِيهِمَا : قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
Kemudian baginda akan menghembus pada kedua tapak tangan itu, lalu membaca padanya: Surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas.

ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ ،
Kemudian baginda akan menyapu bahagian tubuhnya yang dapat disapu dengan kedua tapak tangannya bermula dari kepala, wajah dan bahagian depan tubuhnya.

يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Baginda melakukan hal itu tiga kali.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhoil al-Quran, hadis no: 4655]


4- MEMBACA DOA TIDUR

عَنْ حُذَيْفَةَ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ ، قَالَ :
Daripada Huzaifah radiallahu ‘anhu: Apabila Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mahu tidur. Baginda akan membaca:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا ،
Dengan nama Mu Ya Allah aku mati dan aku hidup.

وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ ، قَالَ
Apabila baginda bangun daripada tidurnya, baginda akan membaca:

: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami, dan kepadaNya kami kembali. [Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 5876].

Jom azam berusaha untuk membaca sebahagian zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam sebelum tidur. Banyak lagi doa tidur yang ada dalam sunnah tetapi kita tidak tahu.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَةٌ ،
Sesiapa yang duduk dalam satu majlis yang dia tidak mengingati Allah padanya, maka dia akan mendapat pengurangan (dalam kebaikan) daripada Allah.

وَمَنِ اضْطَجَعَ مَضْجَعًا لَا يَذْكُرُ اللَّهَ فِيهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَةٌ
Sesiapa yang berbaring (tidur) pada di tempat perbaringan yang mana dia tidak mengingati Allah padanya, maka dia mendapat pengurangan (dalam kebaikan) daripada Allah.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no: 4217]




Credit : TazkirahMMMR


You Might Also Like

2 comments

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

TOP COMMENTATORS ♥

Broaden News





Blog Archive