INSPIRE | 5 Fasa Dalam Menuju Sebuah Kejayaan Bisnes Online


5 FASA DALAM MENUJU SEBUAH KEJAYAAN | Kejayaan bukanlah macam bola yang mudah datang bergolek. Kejayaan juga bukan macam air hujan yang datang menyembah bumi. Kejayaan juga bukan macam magician yang boleh buat sesuatu datang sekelip mata dan boleh hilang sekelip mata tanpa meninggalkan kesan. Betul, aku pun bukanlah orang yang selayaknya nak berbicara soal kejayaan.

Tapi, kejayaan bukanlah satu terma yang kita guna khas untuk bisnes saja. Atau hanya untuk kerjaya saja. Tak. Kejayaan boleh jadi untuk semua benda. Semua benda yang memerlukan kita bermula dari bawah. Sesuatu yang memerlukan kita mulakan dari Zero to Hero. Siapa pun kita hari ini, kita pernah jadi baby yang pernah bertatih untuk berjalan suatu masa dulu, kan?

Dan aku yakin korang yang berniaga online pernah lalui 5 fasa di bawah. Jom tengok pernah lalui atau tak?

5 FASA DALAM MENUJU SEBUAH KEJAYAAN BISNES ONLINE

1) Fasa EXCITED / SEMANGAT

  • Masa ni jiwa kita sangat bersemangat nak buat bisnes. Paling obviously bisnes baru. Setiap hari sharing dan posting di media sosial.
2) Fasa MULA DIUJI

  • Ada adik beradik perli, kawan-kawan rendahkan kita, tiada sokongan keluarga malah diuji dengan kata-kata negatif orang sekeliling berkenaan bisnes anda.
3) Fasa FEELING DOWN

  • Fasa ni ramai yang tidak mampu untuk bangkit sebab terlalu banyak layan biawak sekeliling. Akhirnya stop, berhenti di tengah jalan. TETAPI andai anda berjaya hadapi segala ujian, maka anda akan naik ke fasa keempat.
4) Fasa BANGKIT DARI KEGAGALAN

  • Orang yang berjaya bangkit dan istiqamah dalam fasa ini, maka dia akan terus buat tanpa henti. Perjalanan bisnes akan kembali stabil dan pasti akan naik ke fasa lima.

5) Fasa KEJAYAAN

  • Inilah fasa yang dinantikan & didambakan oleh semua usahawan. Jiwa raga kental dengan segala macam bentuk ujian yg melanda. Lebih tenang menghadapi segala kemungkinan. Ianya akan membuatkan anda berjaya  capai apa sahaja impian, Financial Freedom, bebas membeli impian, bebas hutang dan akan terus bersemangat melahirkan usahawan2 baru tanpa henti.

So, teruskan sahabat. Jangan stuck di fasa ketiga. Bangkitlah dan teruskan melangkah kerana kejayaan amat hampir dengan insan yang berusaha tanpa henti.        



Credit : Business Group

INSPIRE | 5 Fasa Dalam Menuju Sebuah Kejayaan Bisnes Online INSPIRE | 5 Fasa Dalam Menuju Sebuah Kejayaan Bisnes Online Reviewed by Mawar Assufi on August 02, 2017 Rating: 5

No comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,

Mawar Assufi © 2009 - 2017. Powered by Blogger.