CARA MEMPERBAHARUI LESEN SSM DI KIOSK EZBIZ | EzBiz yang aku maksudkan kalau korang belum pernah mendaftar EzBiz secara online tapi malas nak beratur di kaunter. Cara yang sangat simple, korang hanya pergi ke Kiosk EzBiz di luar pejabat SSM tu. Pejabat SSM yang aku maksudkan ni adalah di Ground Floor, UTC Pudu Sentral. Kalau korang dah register EzBiz secara online, tak perlu dah ke kaunter atau Kiosk EzBiz sebab boleh renew SSM secara online saja.
Since masa nak ke SSM semalam, aku lupa nak register EzBiz online dulu dan bawa surat tu untuk diaktifkan di kaunter SSM. Terus gamble je pergi sana. Tu yang boleh renew kat Kiosk EzBiz saja. nak renew online nanti tak boleh.
Sebelum datang makesure daftar EZBIZ ONLINE untuk memudahkan kita renew secara online saja in future
Seorang guard bantu customers yang first time guna Kiosk EzBiz termasuklah kami
Step yang mudah. Hanya ikut arahan yang diberikan di atas skrin machine EzBiz tu.
PERKARA YANG DIPERLUKAN :
- IC Pemilik (Jika pemilik sendiri yang datang) Semalam nak renew company mak aku, so mak aku datang dengan aku.
- IC Wakil (Jika wakil yang datang) Semalam orang belakang aku nak renew untuk wife, husband sorang yang datang so guna IC husband sebab nanti perlukan cap jari orang yang me-renew.
- Jika lewat renew (Bayaran pembaharuan @ renew akan ditambah dengan bayaran penalti sekali)
- Tiada sebarang dokumen diperlukan.
- Resit, sijil dan maklumat pendaftaran yang terbaru (jika mahu) akan keluar di mesin EzBiz sejurus lepas pembayaran.
Tarikh pendaftaran company mak aku berganjak sedikit sebab lambat renew.
Kalau renew lebih awal tak apa, sebab tarikh masih akan ikut tarikh masa mula-mula kita mendaftar.
Contoh :
- Tarikh pertama kali pendaftaran : 12 Julai 2015. Sepatutnya kena renew pada 11 Julai 2017.
- RENEW LEWAT. Tarikh pendaftaran baru nanti akan berubah pada tarikh bila kita daftar harini. Contoh, renew pada 29 Julai 2017. So, tarikh pendaftaran baru akan jadi 28 Julai 2018 bukan 11 Julai 2018.
- RENEW AWAL. Contoh, bila renew pada 1 Julai 2017, tarikh pendaftaran baru nanti akan sama iaitu pada 11 Julai 2018.
Manakala, untuk bayaran pula seperti pada tarikh aku tulis artikel ni harini (30 Julai 2017), tarikh renew SSM adalah RM60/setahun. Bayaran penalti pula adalah sebanyak RM20. Sepatutnya total semua RM80 tapi kami tambah RM10 plus 6% GST untuk pembelian Maklumat Perniagaan yang 2 helai belakang sijil tu.
Katanya boleh je pakai yang lama, tapi kalau ada perubahan atau ada masalah dekat bank, bank nak refer pada latest company information. So, beli saja lah. Precaution gitew! So, overall RM90.60 untuk renew SSM sahaja. So, conclusion di sini, jangan pernah sesekali melewat-lewatkan renew SSM, nanti sia-sia je bayar penalti RM20. Boleh beli baju selai tu. Hihi
See You Soon!
Tak sedar lesen SSM dah mati. Kena denda la jawabnya, ingat nak buat kat mesin sabtu nanti kat putrajaya.
ReplyDeleteAduhai boleh pulak takperasan kan? haha. Sama macam mak saya punya hehe
Deletedekat mana je ada ya kiosk ni?
ReplyDeleteTak pasti. Sy tahu di UTC pudu je.
DeleteAah nk Tau juga,Kat man je ade kiosk tu slain kt utc pudu? Sllu mmg g sne,tp kot ade yg lg dekat.lg bgus.sy dok gombak.tq
ReplyDeleteTry call kaunter SSM :)
Deleteterima kasih atas perkongsian infonya, mudah la saya renew lepas ni :)
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteDokumen apa yg perlu dibawa? Kalau wakil yang buat, tanpa bawa dokumen hanya IC saja, boleh kat?
ReplyDeleteBoleh.. Tapi kena tahu no pendaftran syarikat yg nak direnew tu.
DeleteBoleh ke kalau nak gi tolong renew ssm adik? Kalau adik x datang boleh ke?
ReplyDeleteBoleh.. Tapi kena tahu no pendaftran syarikat yg nak direnew tu.
DeleteKalau dah mati setahun,boleh ke dftr yang baru kat mesin?..ke kena daftar kt kaunter?
ReplyDeleteHari ahad buka tak kiosk tu
ReplyDelete