9 Makanan Dan Minuman Utama Yang Perlu Dielakkan Ketika Haid - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Aug 29, 2017

9 Makanan Dan Minuman Utama Yang Perlu Dielakkan Ketika Haid

9 MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA PERIOD | Bila sentuh soal haid atau period, dalam kepala otak dah terbayang senggugut. Ya, inilah yang perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku. Sakit yang amat perit bagi seorang perempuan yang belum pernah bersalin. Jangankan yang belum pernah bersalin, even yang dah banyak kali bersalin pun kalau tahap senggugut dia teruk, boleh buat dia tidur seharian tak buat apa-apa sebab menahan sakit.

See! Perempuan yang mengalami haid sebenarnya perlu tahu banyak perkara berkaitan menstruation lagi-lagi bila sentuh soal pemakanan. Satu sebab utama kenapa pemakanan perlu dijaga ketika haid adalah bagi mengelakkan sakit yang perit bertambah seksa peritnya dan perubahan hormon yang tak tentu ada kalanya boleh mengharukan hidup ramai orang sekeliling. Tak percaya? Cubalah kacau perempuan tengah mood tak helokk. Hehe

MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN



1. AIS BATU / MINUMAN SEJUK
  • Kita, orang perempuan sedia maklum bahawa masa haid, dinding rahim kita tengah dalam proses untuk membuang semua darah kotor yang ada di dinding-dinding rahim kita. Yang mana sepatutnya kita support perut kita untuk buang darah kotor. Tapi, nafsu kita pula teringin minum air sejuk atau ais batu yang mana menghalang proses pembuangan darah kotor tadi. Ais batu tadi dah membekukan balik darah-darah yang nak dibuang jadi kesannya perut kita akan mengalami kejang atau cramp akibat darah kotor yang membeku tadi.

2. KAFEIN
  • Kafein yang terdapat dalam kopi sebenarnya sangat tak bagus untuk perempuan yang sedang haid kerana boleh mengembungkan bahagian perut dan menyempitkan pembuluh darah dan ianya akan menyukarkan angin dan darah kotor untuk keluar dengan cepat. Malah, pembuluh darah yang sempit juga akan menyebabkan beberapa kesan sakit lain kepada kita iaitu cepat pening dan rasa nak muntah.

3. MINUMAN BERGAS
  • Kesan minum minuman bergas juga mempunyai sedikit kaitannya dengan kafein kerana minuman bergas juga mampu membuat perut kita rasa kejang dan sakit di sekeliling bahagian rahim. Itulah antara sebabnya juga kita tak mampu untuk bergerak sediti pun kerana dalam perut sedang mengalami kekejangan. Kalau kaki kejang pun kita tak bergerak, inilah kejang dalam perut. Tak gitu?

4. MINUMAN MANIS / LEBIH GULA
  • Gula yang terlampau tinggi boleh menyebabkan keradangan. Keradangan yang mampu mengakibatkan kekejangan di bahagian rahim. Sama seperti makanan yang terlampau manis. Contohnya coklat, biskut dan kek yang berkrim dan manis.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN


1. DAGING BERLEMAK
  • Kajian membuktikan kandungan yang wujud dalam daging merah yang berlemak adalah asid asam arakidonat yang boleh menyebabkan kejang-kejang di bahagian rahim. Jika anda teringin untuk makan daging, boleh gantikan dengan ayam atau ikan.
2. MAKANAN BERGORENG
  • Makanan yang digoreng biasanya mengandungi lemak dan berminyak. Makanan yang mengandungi minyak ini boleh menyebabkan kadar hormon esterogen semakin meningkat dalam badan. Dan atas sebab ni, perut kita akan rasa sakit sepanjang masa. Tetapi, kita mempunyai pilihan untuk menggoreng menggunakan minyak yang tidak berlemak. Pilihlah untuk menggoreng menggunakan minyak sayuran kerana kandungannya yang serasi dengan tubuh kita.
3. MAKANAN SEPARA PROSES
  • Elakkan makanan seperti 'junk food' atau makanan ringan kerana ianya mempunyai kandungan garam yang cukup tinggi. Makanan yang mempunyai kandungan sodium yang tinggi akan menyebabkan ketidakstabilan keadaan air di bahagian perut dan keadaan rahim yang sedia kejang akan bertambah kejang kerana kandungan sodium yang pekat.
4. ACAR
  • Antara makanan yang sangat-sangat digalakkan untuk dihindari ketika haid adalah apa-apa makanan yang berasaskan masin dan masam. Kerana kandungan yang kita consume kemungkinan akan menjadi pekat di dalam perut dan ia akan menyukarkan perut kita untuk me-nyahkan darah kotor yang tersimpan.
5. PRODUK TENUSU
  • Contoh produk tenusu yang terdekat adalah susu, yogurt, mentega dan keju yang boleh membantutkan proses pembuangan darah kotor.

Sebenarnya ramai perempuan yang buat tak peduli soal makanan bila masa haid. Padahal ini lah perkara yang paling penting kita kena ambil tahu. Contoh terdekat adalah aku, aku memang susah nak minum air kosong berliter-liter dalam sehari. Jadi, masa datang bulan, terbawa-bawa sikap pemalas minum air kosong tu.

Dan aku juga antara perempuan yang kerap senggugut, hormon tengah bergaduh agaknya. Masing-masing nak menang. So, antara amalan yang aku amalkan selama ni adalah, makan makanan karbohidrat tinggi seperti nasi putih kosong yang panas dan elakkan minuman sejuk. Nak kata senggugut semakin elok pun tak juga. But, alhamdulillah I manage to reduce the pain and tak sakit lama-lama macam dulu. Kalau dulu, berkerut-kerut muka, asyik mengerekot atas katil. Siap skip kelas (tak pernah skip kelas kalau tak penting tapi ni emergencu teruk ni. hihi), roommate masa diploma dulu pun dah faham. Bila mengerekot tu, tengah period pain la tu. Thanks to them, siap belikan nasi putih dengan tomyam. Walaupun pedas, tapi yang aku nak makan sebenarnya nasi putih. Balance boleh makan malam bila perut dah elok.

Dan kejayaan terbaik aku adalah aku dah tak consume painkiller or tak ambil dah any medicine macam panadol menstruation yang warna pink tu dah. Rasa aku hampir 2 tahun juga aku dah tak ambil painkiller. In fact, painkiller sebenarnya tak berapa bagus untuk tubuh badan kita, berdasarkan kajian yang aku ada baca lah.



Baca artikel :

2 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,