REVIEW | Tudung Bawal Crepe Labuh Murah Tapi Berkualiti - MAWAR ASSUFI | Lifestyle & Travel Blogger

Jul 7, 2017

REVIEW | Tudung Bawal Crepe Labuh Murah Tapi Berkualiti


TUDUNG BAWAL TUDUNG SEPANJANG ZAMAN | Bunyi ala-ala klasik bila sebut sepanjang zaman kan? Mana taknya, tudung bawal adalah tudung paling senang nak pakai, senang bentuk dan boleh jadi tudung paling malas. Especially tudung bawal Crepe. Tudung ni dah lama wujud dah pun, cuma aku suka pakai tudung bawal Crepe baru menjak-menjak ni. Entah kenapa pulak kan.

Cuma agak susah untuk aku dapat bidang labuh. Biasa dekat mana-mana kedai, booth atau mall, mostly ada bidang 45 saja. FRUST kat situ! Mana taknya, pusing-pusing satu mall tu dekat 2 jam. Tudung bawal Crepe SEMUANYA bidang 45. Depa rugi taw, tak dapat customer macam aku. Haha. Sebab kalau aku datang kedai depa, aku borong kaw-kaw sebab boleh siap rasa material tudung, test labuh tudung dan pilih warna favourite.

Haaa. Beriya tak makcik edit gambar nak kasi korang tengok. Senang bentuk kan? Of course! Mungkin juga boleh jadi pilihan tudung utama aku buat masa ni. Sebabnya aku dah jumpa online shop yang jual bawal Crepe bidang labuh yang MURAH! Bukan sebarang murah. Tapi, murah yang berkualiti. Ini bukti jahitan tudung yang kemas, tak mudah putus benang atau benang tertarik. Plus material Crepe ni agak tebal dari yang aku beli bidang 45 dekat Giant Mall.

Jahitan tudung kemas, tak mudah putus benang atau benang tertarik. Material Crepe yang aku beli ni agak tebal. So, no worries kalau risau jarang.

Dalam banyak-banyak Instagram Shop yang aku survey, finally jumpa yang reply cepat. Dan alhamdulillah dapat warna Black bidang 50. In fact untuk korang yang nak try Bawal Crepe labuh tapi taknak extra labuh macam Bidang 60, korang boleh try bidang 50. Sebab Bidang 50 tak singkat mana pun. Masih tetap labuh juga.


Kelebihan Tudung Bawal Crepe

  • - Harga yang jauh lebih murah daripada bawal biasa
  • - Material yang sangat senang dibentuk
  • - Tak mudah berkelepet
  • - Kemas dan cantik kerana warnanya yang menarik
  • - Tahan lasak kerana material yang tidak mudah rosak
  • - Jimatkan masa sebab sangat senang hilang kedut apabila digosok
  • - Material yang selesa, tidak panas dan tidak merimaskan
  • - Sesuai dipakai dalam semua keadaan dan aktiviti harian


Kalau korang tengah cari Bawal Crepe labuh yang beli sehelai pun memang murah, korang boleh survey kat sini. In Shaa Allah, TRUSTED SELLER!



Koleksi warna dan bidang-bidang yang ditawarkan

HIJABSTYLIST.MY

Instagram : @hijabstylist.my/
FB Page : Aazzeemma
Hubungi : 013-970 8500

Alamat :
S2-15-12 Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1 Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia 40000


Jangan lupa dapatkan Bawal Crepe korang okay! Cekidaut!

2 comments:

Terima Kasih Sudi Tinggalkan Jejak ^^,